Silauan cahaya dari atas membuatkan Farrid kembali memejamkan mata dia. Tak sampai lima saat, dia terus terbangun.
Shafika!
" Auch "
Farrid memegang kepalanya. Sakit sangat.
" Weh. Alhamdulillah kau dah bangun "
Suara Iman kedengaran.
Dia melihat sekeliling. Cuma ada Iman serta Adwan sahaja di dalam wad itu.
" Eh kau nak pergi mana ni? " kalut Iman bila Farrid cuba turun dari katil.
" Cari Shaff. Aku nak jumpa dia " ujar Farrid. Dia tak hiraukan kesakitan dia sebab sekarang Shafika paling penting.
Tiba-tiba dia rasa diri dia ditolak ke arah katil.
" Kau baring dulu. Kau nak tahu keadaan dia kan? Aku cakap semua. Baring sekarang. " tegas Adwan. Farrid ni pesakit dia jadi apapun berlaku nanti dia kena tanggung pula.
Iman cuma diam. Ikutkan hati dia serba salah nak cakap tapi melihat ketegasan Farah tadi, dia ikutkan sahaja.
Semoga hati Farrid kuat nak dengar.
Perlahan-lahan Farrid kembali berbaring. Telinganya fokus untuk dengar apa yang ingin disampaikan oleh Adwan.
" Shafika dah lahirkan anak korang. Tapi disebabkan baby tak cukup bulan, doktor terpaksa letak dalam inkubator. But its okay. Baby boy kau sihat je cuma perlukan pemantauan lebih. " ujar Adwan.
Farrid mengucap syukur dalam hati sebab anak dia selamat. Tapi lega itu tak bertahan lama bila soal Shafika, langsung Adwan tak sentuh.
" Shaf? "
Adwan dan Iman merenung antara satu sama lain.
" Shaff koma. Hentakan dekat kepala dia tu kuat sangat sampai effect diri dia. Dengan baby yang terpaksa dikeluarkan daripada badan dia lagi. Dia koma hampir dua hari dah. And satu hal lagi, kau kena kuat. Sebab maybe hm Shaf lupa kau bila sedar. Tapi miracle tu ada. Kau kena banyakkan berdoa. " Adwan rasa serba salah sangat bila lihat muka kejung Farrid.
Berita itu bukan apa yang dia nak dengar. Kenapa mesti Shafika yang kena? Kenapa bukan dia? Ya Allah.
Perlahan-lahan Iman dan Adwan terkejut melihat seorang Farrid Affiq menangis di hadapan mereka.
" Tabah bro. Allah sedang uji kau. Kau kena kuat untuk anak kau juga. He needs you . " Iman menepuk bahu Farrid. Sebagai sahabat, dia sendiri sedih tengok keadaan Farrid.
" Salah aku sebab tak fokus dekat dia, Iman. Salah aku, dia terlantar. Semua salah aku " esak Farrid.
Adwan mengeluh. Tak tahu nak cakap apa.
" Takdir bro. Kau jangan salahkan takdir. Semua jadi ada hikmah. By the way, polis dah tangkap siapa pelakunya. " ujar Adwan. Dia sendiri melihat keadaan itu.
Mendengar ayat itu, Farrid terus bertanya siapa gerangan itu. Dan jawapan Iman mengejutkan dia.
" Sorfina. "
Tangan Farrid mengepal sampai timbul segala urat lengannya. So memang betullah anggapan dia?
" Kau tak payah belasah perempuan tu. "
Farrid pelik. Kenapa?
" Sebab Farah dah lunyaikan minah tu sebelum kau. " jawab Iman untuk persoalan Farrid.
Terbuntang mata Farrid. Dia memandang Adwan minta kepastian.
Dengan anggukan Adwan itu semuanya terjawab.
" Dengan tengah pregnant tu!? "
Adwan sengih. Farah tu aktif dia lain macam sejak pregnant. Nak halang tak boleh sebab Farah nampak sangat tengah marah.
" Cerita how benda tu happen "
Iman menarik nafas panjang bila Adwan menyuruh dia cerita. Asyik-asyik dia je kena. Nampak sangat budak Adwan ni malas tahu tak. Hish.
Tbc
Nak flashback ke Farah belasah sapi tu? Hahaha!
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...
