18

7.8K 272 11
                                    

Farrid memandang Shafika yang duduk di hadapan meja solek itu. Macam mana dia nak beritahu hal ni dekat isteri dia ni? Farrid tergaru kepala tanpa sedar sehingga ditegur oleh Shafika.

" Awak dah kenapa? Macam serabut je " Shafika mengerutkan dahi melihat perbuatan Farrid.

Farrid menyandar pada kepala katil sebelum menyuruh Shafika menghampiri dia. Nak tak nak dia kena juga beritahu isteri dia.

Sebaik sahaja Shafika melabuhkan duduk di sebelah Farrid, lelaki itu terus menggenggam erat jarinya sampai tersentak dia. Dah kenapa buat perangai?

" Saya kena pergi London. Dua bulan dekat sana. Tapi saya nak bawa sayang cuma tak boleh sebab tu protokol kerja. "

Shafika terus terdiam. Farrid cakap apa? Dia tak salah dengar kan? Suami dia akan tinggalkan dia? Dua bulan?! Dekat sini? Seorang diri!? Dengan ada baby ni?!

Salah kau juga tak beritahu dia kau mengandung, Shaff.

Shafika mengeluh. Ye salah dia sebab nak diamkan berita ni. Sekarang dia kena tinggal. Haha padan muka kau, Shaff.

Farrid rasa serba salah bila nampak tubir mata Shafika yang bergenang tu. Meskipun Shafika diam, dia tahu isterinya terluka. Mana pernah dia pergi selama tu lepastu tak bawa sekali Shafika.

" Bila pergi? "

Farrid tersentak. Oh Shafika tanya ke. Hm ni lagi serba salah ni.

" Lusa "

Ni lagi mengejutkan Shafika. Lusa nak pergi,harini baru beritahu dia!?

" Dengan siapa? "

Farrid menelan air liur. Ni kalau cakap ada Sorfina sekali, mahu perang besar. Baik diamkan je.

" Budak-budak syarikat tu lah. Sorry sayang. I don't mean it. Dah terpaksa pergi " Farrid cuba menggapai tangan Shafika namun tak tercapai bila Shafika alihkan tangan.

Shafika mengeluh. Tak tahu nak cakap apa.

" Go ahead. Pergi jelah. Dah kerja kan. Saya tak boleh buat apa dah. Just take care yourself. For me. And for this coming baby " Shafika terus baring lalu selubung selimut. Dia pejamkan mata sebab dia tahu Farrid terkejut dengan ayat dia tadi. Dia taknak cakap apa-apa dah.

Farrid terkedu. She said what? Coming baby!? Shafika mengandung ke?!

Baru nak bertanya, dia dah pandang Shafika yang dah tertidur. Tapi dia tak silap dengar kan?

Ya Allah, dia gembira sangat tapi senyuman dia mati bila teringat lusa dia akan berangkat ke London.

Ya Allah, takkan dia nak tinggalkan Shafika seorang diri dekat sini? Layan morning sickness tu semua. Mengidam lagi.

Farrid dah mengeluh. Dia buntu sekarang.

¤¤¤¤

Farrid terbangun bila dengar suara orang muntah di dalam bilik air. Dia capai telefon dia sebelah.

3 pagi.

Tiba-tiba dia teringat isteri dia.

Ya Allah, Shafika!

Berdesup Farrid lari ke dalam bilik air. Dia terbuntang bila nampak tubuh itu dah terbaring di lantai bilik air.

Terus dia pangku isteri dia.

" Shaff! Bangun lah " pipi Shafika ditepuk tapi langsung tak bangun. Tanpa menunggu lama, Farrid terus dukung Shafika.

Ke hulu ke hilir dibuatnya sementara menunggu doktor dekat dalam tu. Apapun jadi dekat Shafika nanti, dia salahkan diri dia. Serius.

Klakk!

Pintu terbuka.

" So how? "

Doktor itu tersenyum. Risau sangat lelaki depan dia ni.

" She's fine. Cuma morning sickness dia agak melampau juga. Kami tahan dia dua hari. Mungkin lusa dah boleh balik. "

Farrid menghela nafas lega. Ya Allah, terima kasih.

Sebaik sahaja masuk ke dalam, terlihat Shafika yang sedang lena di atas katil. Taknak ganggu isteri dia, Farrid duduk di sofa lalu dalam tak sedar, dia tertidur.

Sinar cahaya menyebabkan Shafika mengedipkan matanya berkali-kali. Dekat mana dia ni? Seingatnya tadi dia muntah teruk lepastu terus pengsan sebab penat.

Dia rasa ada genggaman kuat pada tangan dia. Terkedu seketika bila nampak Farrid yang terlena di sisi dia. Jam dipandang.

10pagi.

Lamanya dia lena.

Taknak gerakkan Farrid, dia pejamkan mata balik. Teringat setiap kata-kata lelaki itu.

Esok.

Dia akan ditinggalkan.

Sendirian.

Dengan baby.

Tanpa sedar, dia mengusap perutnya.

" Sayang? "

Tbc

Ok done. Krisis bakal bermula.

By the way, sis ada publish satu cerita tajuk Hadiah Dari Dia  . Kalau takde sambutan, I will unpublish. Hahaha cerita tu berat 😭😂

Mrs Farrid AffiqWhere stories live. Discover now