" Kau keluar ni ,kau minta izin dia tak? " tanya Farah sebaik sahaja Shafika masuk ke dalam kereta.
Zulaikha dan Qisha cuma memandang sepi. Kalau Farah dah start on button overprotective dia, tindakan yang kita kena ambil cuma duduk diam. Jangan masuk campur kalau taknak kena sembur juga. Hahaha!
Dengar sahaja pertanyaan Farah itu, Shafika merengus geram. Janganlah spoiltkan mood dia harini dengan pertanyaan yang mengundang marah.
" Tak. Aku malas. Semalam dia call aku semata nak lepaskan marah dia je. Jadi kau jangan nak spoiltkan mood aku juga. " jawab Shafika.
Farah mengeluh.
" Kau WhatsApp dia cepat. Minta izin nak keluar. Nak jadi isteri nusyuz ke? Taknak kan? Hah cepat. " Farah terus memandu tanpa memandang Shafika. Dia bukan marah tapi dia taknak Shafika dengan Farrid bergaduh ke apa.
Lagipun Shafika itu tengah mengandung. Dia taknak wanita itu stress sampai terjejas kandungan itu.
Tanpa kata, Shafika terus menghantar pesanan pada Farrid. Dia sendiri pun taknak jadi isteri yang nusyuz. Bengang manapun dia dengan Farrid, dia kena hormat lelaki itu.
FA 💓 :
Saya nak keluar dengan Farah dan yang lain. Minta izin ye." Hah dah WhatsApp dah. "
Tergeleng kepala mereka yang di belakang melihat kejadian di hadapan mata mereka. Kalau tak bertekak, memang tak sah budak berdua ni.
Masing-masing kepala batu. Ego tinggi melangit. Nasib badanlah suami budak berdua ni melayan.
" Korang ni macam-macam. Kalau tak berdebat sesama sendiri agaknya tak boleh. " luah Qisha.
Sejak sekolah lagi, dia faham sangat perangai keras kepala Farah dengan perangai savage Shafika. Kalau budak berdua ni join bahas agaknya dah menang sampai peringkat antarabangsa.
¤¤¤¤
Farrid tak tahu nak cakap apa dengan WhatsApp yang dia baru terima itu. Shafika memang masih marahkan dia.
" Fiq, you buat apa ni seorang diri? " Sorfina tersenyum kecil bila memandang Farrid. Nampaknya peluang dia tengah besar sebab Farrid keseorangan.
Ni seorang lagi!
" Shafika. "
Mendengar nama itu membuatkan Sorfina bengang. Tapi kalau nak dapatkan perhatian Farrid, dia kena berlagak baik. Kan?
" Lah kenapa dengan isteri you? " Sorfina terus melabuhkan duduk di sebelah Farrid.
Tiba-tiba Farrid rasa takpe agaknya kalau dia meluahkan masalah dia kot.
" My wife tengah pregnant. "
Tersentak Sorfina dengar berita itu.
She what!? Damn! Dia tak sepatutnya bawa anak Farrid!!!
" Ehem ohh.. So why? Emosi tak stabil ke? " Sorfina teruskan juga lakonannya meskipun hati tengah menggelegak.
" Haah. I tak tahu lah kenapa I pergi marah dia tadi. Sampai dia tersentap. I call, dia langsung taknak jawab. Kusut kepala ni. " Farrid meraup mukanya.
Tipu kalau cakap dia tak stress dengan semua ni. Masalah makin lama makin bertambah. Lepastu Shafika macam ini pula. Sakit kepala dia.
Sorfina tersenyum sinis.
Shaf.. Kau memang tak tahu jaga laki sendiri..
" Its okay. Nanti you pujuklah dia. Perempuan ni hati dorang semua tisu walau sekeras manapun you tengok. " Sorfina menepuk bahu Farrid.
Farrid tersenyum kecil. Dia ingatkan Sorfina teruk sangat tapi takdelah teruk pun. Okay je perangai minah ni.
Mungkin selama ni dia salah sangka kot.
" Thanks Sorfina. At least kuranglah juga beban ni. Okaylah nak masuk bilik dulu " Farrid terus bangun untuk meminta diri.
Sorfina yang ditinggalkan hanya tersenyum sinis. Agak-agak plan dia memang berjalan lancar je ni. Farrid seakan-akan macam dah okay dengan dia. So? Chance tinggi.
" Salah besar kau Shaff..Biarkan laki kau pergi outstation dengan musuh kau sendiri. Silap besar.. Get ready jelah untuk dihapuskan.. " bisik Sorfina.
Sekarang ni dia kena pastikan bayi dalam kandungan tu takde pula. Itu cuma akan semakkan kepala dia je!! Nanti semua plan dia musnah sebab budak tu!
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...