Sebulan.
Sebulan tu cukup lama bila mereka langsung tak berhubung. Shafika pun dah taknak ambil tahu apa yang Farrid buat.
Sakit hati selalu dapat mesej daripada perempuan tu tentang betapa bahagianya laki dia tu. Jadi buat apa dia kisah kan?
Orang tak sudi, tak payah terhegeh-hegeh.
Tapi yang susahnya bila dia kena tahan ward. Macam sekarang.
" Farah tak datang. Dia suruh aku jaga kau hari ni " ujar Zulaikha sebaik sahaja sampai.
Shafika tersenyum hambar.Bukan dia tak tahu Farah tengah kecewa dengan dia sekarang. Sebulan Farah nasihat dia, sebulan tu juga dia buat tak tahu.
Zulaikha faham senyuman tu. Dia tahu Shafika faham kenapa Farah tak datang hari ini. Memang Farah bengang. Sebab tu wanita itu tidak datang.
Mengamuk sakan Farah bila tahu Shafika kena masuk ward sebab stres melampau. Kalau lambat, memang gugur budak dalam perut tu.
" Kau patut dengar cakap Farah. Jangan keras kepala macam ni. Tak sayang baby ke? " Zulaikha mengeluh.
Terasa Shafika bila Zulaikha menegur dia. Baby? Dia mengusap perut dia yang mula menampakkan bentuk. Siapa tak sayang? Dia sayang tapi dia dah malas nak fikir.
" Kau dengar ni. Kalau pun Farrid tu curang ke apa, fikirkan anak kau ni. Fikirkan dia. Jangan sebab Farrid, anak kau tak lahir dekat dunia ni. Bagi dia peluang untuk kenal kau, mak dia. "
Zulaikha tahu dah takde cara lain selain brainwash Shafika ni. Kalau dengan Farah , lagi tersentak hati wanita itu. Jadi lebih baik dia yang cakap dulu.
" Sorfina tu. Kau macam tak kenal je perempuan sapi tu macam mana. Bukan dulu kau lawan ke dia tu? Kenapa sekarang macam pasrah je? Kau memang taknak Farrid tu lagi ke? " sinis. Zulaikha tahu kata-kata dia agak keterlaluan tapi dia kena juga buat.
Shafika diam. Betul cakap Zulaikha. Kenapa sekarang dia macam pasrah je? Kenapa tak lawan balik? Apa salah Farrid? Sedangkan yang beria kacau dia cuma Sorfina tu je?
Tiba-tiba Shafika mengalirkan air mata. Dia rindukan Farrid. Dia nak suami dia berada depan mata dia. Dia nak lelaki itu.
Zulaikha yang melihat itu turut sedih tapi dia diamkan sahaja. Biarkan Shafika imbas semua kembali.
¤¤¤¤
Lena Shafika agak terganggu bila rasa ada sesuatu menyentuh perut dia.
Perlahan-lahan matanya dibuka.
Tupp!
Wajah itu.
" Shuhh.. Saya ganggu awak tidur ke? " ujar Farrid sambil membetulkan selimut Shafika.
Shafika cuba mencerna semuanya. Bila masa Farrid balik? Bukan patutnya ada sebulan lagi ke?
Melihat Shafika yang terpinga-pinga, Farrid tersenyum kecil. Dia faham kenapa.
" Farah paksa balik. Mula tu saya tak faham kenapa tapi bila dia cakap sayang kena tahan wad bukan sekali tapi banyak kali, I got a shock. Kenapa tak inform saya? Kenapa seksa diri? " Farrid menggenggam erat tangan Shafika.
Mahu luruh jantung dia bila Farah marah-marah lepastu cakap Shafika sedang sakit. Malah sampai masuk wad berkali-kali.
Paling dia terkilan semuanya sebab dia.
Pasal Sorfina.
Perempuan tu memang cari fasal dengan dia.
Shafika rasa nak menangis sekarang ni.
Apa yang dia nak, dah ada depan mata.
Melihat air mata bidadari dia, Farrid terus menarik tubuh itu ke dalam dakapan dia.
" I'm sorry. Tak sangka perempuan tu kacau sayang. Saya biarkan awak sorang-sorang sakit sedangkan saya dah janji takkan sakitkan sayang. I'm sorry. Please get well soon. " Farrid rasa suara dia bergetar. Dia sebak sebab tengok muka pucat Shafika.
Malah Zulaikha tadi ada cakap kalau Shafika stress lagi, mereka bakal hilang bayi ini. Ya Allah, sungguh dia tak terkata.
Dia begitu teruk seksa Shafika. Sebegitu sibuk dia bekerja sampai lupakan isteri dia yang berjuang di Malaysia ni.
" Hiks.. Saya.. Rindu.. Awak.. Tapi.. Hiks.. Kenapa.. Tak.. Hiks.. Call.. Saya? "
Ya Allah!
Luruh hati Farrid.
Isteri dia simpan satu perasaan yang berat sangat sebab dia.
" Sorry sayang. I'm sorry. "
Shafika terus teresak-esak dalam dakapan Farrid sampai terlena.
Perlahan-lahan Farrid meletakkan kepala Shafika lalu tubuh itu ditutupkan dengan selimut.
Sekarang dia ada hal dengan Sorfina. Dia kena settlekan perempuan tu.
Dia buat bidadari aku sakit. Sekarang masa aku pula buat dia sakit. Damn Sorfina! Kau cari pasal dengan orang yang salah!
Apa yang akan terjadi?
Did Farrid will give the big punishment to that bitch or not?
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...