FarahxAdwan

7.2K 270 13
                                        

Ni khas untuk fans FarahxAdwan ye 😂 Tak sangka ada yang admire watak tambahan ni 😂

Melihat seraut wajah kesayangannya yang sedang tidur di atas katil itu membuatkan segala penat lelah Adwan bekerja hilang. Hilang ditelan senyuman bahagia.

Dia mendekati puterinya yang celik di sebelah si ibu. Mata bundar itu memandangnya dengan senyuman kecil.

" Assalamualaikum Adwa Farhani. Awak buat apa harini? " bisik Adwan. Dia tak mahu membangunkan Farah yang tidur itu.
Adwa Farhani.

Puteri pertamanya bersama Farah yang dilahirkan sebulan yang lalu.

Melihat kesakitan Farah saat melahirkan, dia rasa nak peluk tubuh uminya sebab berjuang untuk melahirkan dia ke dunia ini.
Pengorbanan seorang ibu ingin melahirkan anak mereka ke dunia ini itu jasa yang tidak terhingga. Sebab itu jangan pernah kita sakiti hati mereka.

" Eh Naufal dah balik? Maaf Zahra tertidur tadi " Farah memisatkan matanya melihat Adwan yang mendukung anak mereka.

" Takpee. Naufal faham Zahra penat. Berpantang bukan senang. Banyak pantang larang kan " ujar Adwan.

Dia sendiri saksikan betapa payah si Farah ni nak telan air jamu apa semua tu. Dengan bertungku lagi. Dengan berurut lagi.

Tapi sekalipun dia tak pernah lihat Farah mengeluh. Malah wanita itu kekal senyum terima semua itu.

Farah senyum melihat keakraban Adwan dengan Adwa. Seorang raja yang bakal menjaga puterinya dengan rapi. Tanpa cacat cela. In Sha Allah.

Lagipun dia nampak betapa Adwan sayangkan uminya . Jadi dia yakin Adwan akan jaga dia dan Adwa sebaik mungkin.

Meletakkan kepercayaan pada seseorang bukan mudah bagi Farah AzZahra setelah kisah silam dahulu. Tapi kehadiran Adwan Naufal membuka matanya bahwa jodoh itu Allah yang tentukan.

Betapa kita sayang seseorang itu, belum tentu itu milik kita.

Betapa kita benci seseorang itu, belum tentu itu bukan milik kita.

Sebab jodoh itu rahsia Allah.

Dan bahagia Farah datang selepas keperitan.

Terima kasih Adwan Naufal sebab hadir dalam hidup saya setelah saya penat berlari daripada kisah hitam saya. Terima kasih sebab sayangkan saya apa adanya.

" Adwa, I think your mum had fallen to me. Sebab dia pandang your dad ni tak berkelip " usik Adwan bila tengok Farah pandang dia tak berkelip.

Bila rasa Adwan tengah mengusik dia, Farah mendecit geram. Melihat sengihan sengaja Adwan itu, nak je tangan dia baling bantal dekat tangan ni kalau tidak kerna Adwa itu.

" Mana ada. Memandai je Naufal ni lah. Siapa entah sayang dia " balas Farah sebelum gerak menyediakan peralatan mandi Adwa.

" Eh eh kalau tak sayang kan, tak datang Adwa Farhani ni taw sayang oii " Adwan meletakkan Adwa sebelum membuka pakaian si kecil itu.

Farah menjulingkan matanya. Ada sahaja tiket si Adwan tu nak membalas tiap patah kata yang keluar daripada mulutnya.

" Nah. Mandikan si kecil ni ye. Zahra nak siapkan makanan dekat bawah kejap. " Farah menghulurkan tuala kecil sebelum berpusing untuk ke pintu.

Namun langkahnya terhenti bila pergelangan tangannya dicapai.

Terkebil-kebil dirinya melihat Adwan.

" Thankyou give me a big gift. Terima kasih sebab terima Naufal dalam hidup Zahra. Terima kasih sebab beri hati tu pada Fal untuk jaga. Terima kasih. Fal tahu apa yang Zahra pernah hadapi namun itu cukup membuatkan Fal tahu Fal kena jaga Zahra. Thankyou for being my partner. I love you, Farah AzZahra "

Deg!

Farah tersentak.

Walaupun sambil berkata itu Adwan tidak memandang dirinya langsung. Walaupun Adwan terus pergi ke bilik air sebaik sahaja habis berkata.

Farah masih rasa tergamam dengan kata-kata itu. Mengenali Adwan Naufal yang takkan luah kata sayang itu dengan mudah membuatkan Farah terharu.

" I do love you. And a big thanks for you, Adwan Naufal " bisik Farah sebelum keluar dengan senyuman mekar di bibir.

Adwan di dalam bilik air tersenyum memandikan Adwa bila mengingat kejadian tadi.

Rasanya Farah dah cukup faham dengan kata-kata dia.

Dan dia sendiri dah cukup faham perasaan Farah pada dia.

Kekadang orang yang tidak kita jangka itu adalah takdir kita.

Takdir yang membahagiakan kita.

Kerna takdir itu rahsia.

Yang kita perlu tunggu untuk dibuka.

Dan dibentangkan di hadapan kita.

Kehilangan cinta lalu digantikan dengan cinta baru yang lebih baik membuatkan hidup wanita itu lebih bahagia.

Sebab Allah akan hadirkan yang lebih baik daripada si dia yang dulu.

Farah tahu itu.

Adwan Naufal adalah takdir dia.

Adwa Farhani adalah anugerah buat dia.

Cukup.

Farah dah bersyukur dengan semua ini.

Terima kasih, Allah.

T A M A T

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang