27

9K 284 6
                                    

" Awak! "

Farrid yang sedang membasuh pinggan terus berlari ke depan sebaik sahaja mendengar jeritan Shafika. Dah kenapa isteri dia terjerit ni?

" Hah kenapa? Sakit ke? Jom pergi klinik. Eh tak! Hospital hah hospital " baru sahaja Farrid ingin naik ke atas, terasa lengannya dipegang.

Shafika cuba sedaya upaya menahan gelak daripada terhambur. Sebab? Bayangkan Farrid dengan apron pink bunga tu, dengan sudip dekat tangan yang tak habis cuci lagi. Hahahaha!

" Saya okaylah. "

Tercengang Farrid kejap. Ni kira dia kena buli ke ni?

Ya Allah! Dah hampir seminggu dia kena buli dengan Shafika sejak keluar dari hospital. Penat? Yes penat tapi Shafika lagi penat. Sebab morning sickness lagi.

" Ya Allah sayang! Janganlah buat saya nak tercabut jantung macam ni. " Farrid terus melabuhkan duduk di sebelah Shafika.

Dia masih tak sedar lagi penampilan diri dia.

" Hehe sorry. Saya panggil sebab nak mangga muda lah. Tadi tengok dekat satu ig ni macam sedap je. Boleh ea nanti kita cari? Kesian baby nanti.. " Shafika memeluk erat lengan Farrid sambil memujuk.

Menyesal dia skroll ig bab makanan. Kan sekarang dah mengidam macam-macam. Berat pun dah naik dah. Huish stress gini.

Farrid yang dengar cuma senyum. Macam mana tak jatuh hati kalau ada isteri macam ni. Dia tak pernah rasa sebahagia ni.

" Boleh. Tapi upah dulu " Farrid menunjuk ke arah pipi dia.

Kcingg!

Tajam mata Shafika memandang Farrid. Sengaja lah suami dia ni. Mengada tahap apa dah. Mengalahkan dia je.

Tapi permintaan suami tak boleh tolak.

Terasa laju je Shafika bagi upah dia. Sah bini dia tengah malu.

" Good girl. Ok kejap saya sambung buat kerja lepastu kita keluar cari "

Terkebil-kebil mata Shafika bila Farrid usap kepala dia.

" Eyy awak! Saya bukan budak-budaklah! "

Bengang je Shafika bila dengar gelak tawa Farrid di dapur.

¤¤¤¤

Selamba je Farrid tengok isteri dia mencekik buah mangga tu. Tak masam ke?

" Yang kamu tenung isteri kamu tu kenapa? " tanya umi Farrid.

" Taklah. Fiq pelik sebab tak masam ke buah tu. Kan muda lagi " tadi pun dia cuba satu je dia dah taubat sebab masam sangat.
" Dah dia mengidam. Biarkan jelah. Kang anak kamu meleleh je air liur sebab kamu tak tunaikan permintaan mak dia ni. "

Farrid cuma mengangguk sahaja. Redha jelah melayan permintaan Shafika ni. Nasib baik isteri dia sendiri weh.

" Thank you umi sebab bagi Shaff ambil sebiji dua buah mangga ni. Kalau nak cari dekat kedai susah. " ujar Shafika sambil mengelap tangannya.

Mula tu mereka dah cari hampir seluruh tempat. Last-last Farrid call je umi dia dan dah rezeki mereka bila umi beritahu dekat belakang rumah tu ada. Berdesup terus budak berdua tu ke sini.

" Kamu masih muntah-muntah? "

" Haah. Tiap pagi. Kesian Fiq kena jaga Shaff . Dengan dia nak pergi kerja lagi " sebenarnya kadang-kadang Shafika rasa serba salah juga bila Farrid kena layan dia sebelum pergi kerja.

" Lah biar jelah. Dah memang tanggungjawab dia kena uruskan kamu. Tu kan anak dia juga. " pelik je budak ni.

Farrid yang diam mendengar itu cuma diam. Betullah tu. Dia tak pernah rasa penat untuk layankan Shafika. Sebab pengorbanan wanita itu kandungkan anak dia lagi berat. Jadi sedaya upaya dia akan jaga wanita itu sebaik mungkin.

Lagipun morning sickness budak ni teruk sangat sampai pucat muka tu. Gila tak risau!

" Nah, umi buat kuih lapis. Makanlah. Nasib baik kamu datang. Kalau tak, umi sedekah dekat jiran je tadi. "

Mendengar kata-kata umi itu, laju je Shafika capai satu.

" Huish sayang. Tak kenyang ke? " pelik betul Farrid dengan isteri dia. Ni kalau berat naik ni, mahu meroyan budak ni.

" Saya makan untuk dua. Bukan satu okay. Biarlahhh "

Umi yang melihat perangai budak berdua itu cuma menggeleng kepala. Nak jadi mak ayah pun masih bergaduh macam budak-budak. Pening kepala.

" Eh eh menjawab dia ea "

" Dah. Tak payah dibuli budak ni. Sengaja taw Fiq ni "

Farrid sengih. Umi ni tahu-tahu je perangai dia. Dah Shafika tu nampak comel sangat. Biar jelah dia buli budak ni.

" Hah kena marah. Kesian awak haha "

Cehh. Sabar jelah Farrid dengan Shafika ni. Mentang-mentang ada back up ea. Takpe-takpe. Tunggu je nanti. Hahaha.

Rasa bahagia menyelinap dalam diri Shafika. Sebab Farrid ada di sisi dia sepanjang dia sakit. Ada untuk melayan kerenah dia. Ada untuk jaga dia.

Jadi dia takkan keseorangan lagi. Sebab pemilik hati dia dekat sebelah.

Tbc

Mrs Farrid AffiqWhere stories live. Discover now