30

10.1K 279 4
                                        

Farrid terkenang semula perjumpaan dia bersama Farah dan Adwan seminggu yang lalu. Perjumpaan yang membawa dia ke dalam dilema hidup.

Flashback

" Sorry aku lambat. Kenapa nak jumpa ni weh? Siap kena rahsiakan daripada Shaff lagi. "

Sebenarnya Farrid agak pelik bila Adwan call beritahu supaya jumpa mereka berdua di sini. Tanpa membawa atau beritahu Shafika.

Apa yang penting sangat tu?

" Tentang Shaff. Your wife. And your coming soon baby "

Mendengar kata-kata itu riak wajah Farrid mula serius. Sebab Farah takkan guna nada serius macam ni kalau tak penting.

" Kenapa? "

Farah memandang Adwan sebelum menjawab.

" Ingat masa aku keluar dengan Shaff haritu? " tanya Farah.

Farrid mengangguk. Kenapa dengan masa tu?

" Actually kitaorang jumpa Sorfina atas permintaan Shaff sendiri. " hah itu dia!

" She what!? " terjerit Farrid dengar ayat itu.
Farah bengang je dengan mamat ni. Janganlah jerit kot ye pun terkejut. Nasib baik mereka jauh daripada orang ramai.

" Kau jangan marah dia. She just doing her part as Mrs Farrid Affiq. Takkan kau nak tengok dia duduk diam je bila ada orang cuba rampas suami dia? Takkan? Tapi yang aku takutkan Sorfina. You know her very well, Fiq. She will doing anything to get you. Apa dia nak, dia akan dapatkan juga. Kau faham maksud aku. " Sebaik sahaja habis berkata, Farah menunggu kata putus Farrid.

Mendengar semua itu membuatkan Farrid tahu nyawa Shafika serta anak mereka dalam bahaya. Kenapa Shafika buat semua ni seorang diri? Kenapa tak fikirkan diri dia dulu?

" Aku akan settlekan benda ni. "

Itu je yang mampu Farrid cakap sebab dia buntu.

¤¤¤¤

Semua itu membuatkan tidur Farrid jadi tak lena. Bahkan kalau nak tinggalkan isteri dia seorang diri pun dia agak takut sebab dia perasan ada orang perhatikan mereka kalau jalan berdua.

" Awak, jom. Saya dah siap. "

Farrid memandang Shafika yang berdiri di sebelahnya. Kenapa hatinya tak sedap harini?

Ya Allah, aku mohon Kau lindungilah isteri serta anakku daripada segala macam bahaya yang datang. Aku tak sanggup kehilangan mereka.

Setelah penat belanja barang baby, Farrid betul-betul tak sedap hati bila nak melintas ke seberang ni. Kenapa ye?

" Awak, cepatlah melintas. Kereta takde ni " ujar Shafika.

Dia pelik dengan sikap Farrid kebelakangan ni. Makin pelik dia tengok sebab Farrid banyak menyendiri.

Seperti ada sesuatu mengganggu fikiran lelaki itu. Tapi apa?

Tersentak Farrid bila ditegur Shafika. Dia memandang sekeliling. Memang tidak ada kereta. Tapi kakinya macam berat nak melangkah.

Baru sahaja setengah jalan, Farrid terdengar seseorang jerit nama dia sebelum dia terpelanting ke tepi.

" Farridd "

Skrett!

Bum!

Berpinar kepala dia bila bangun akibat tolakan dari tepi tadi.

Namun semua itu tidak menyenangkan hati dia bila di tengah jalan itu dia nampak sekujur tubuh yang terbaring dengan darah.

Tak..mungkin..

Ini bukan apa yang dia pinta. .

Itu bukan Shafika.

Jadi..

Yang tolak dia tadi..

Yang memanggil dia tadi..

Isteri dia sendiri?

Shafika yang selamatkan dia?

Dengan kaki yang terketar, Farrid melangkah ke arah orang ramai.

Memang itu isteri dia. Terpejam.

Hati dia bagai dirobek bila lihat darah di celah kaki wanita itu.

Anak mereka.

Farrid dengar ada orang sudah memanggil ambulans. Tapi Shafika?

" Shaf. .shaaff. bangunn... Apa nii.. " langsung tak dihiraukan lengan yang berdarah, Farrid memangku Shafika.

Hati dia bagai dirobek dengan belati bila memandang Shafika yang langsung tak sedar. Kenapa bukan dia yang terbaring?

Kenapa Shafika yang selamatkan dia?

Kereta yang langgar itu turut dibawa lari oleh pemandu.

Namun semua itu tak penting.

Yang penting,

Isteri dia.

Anak mereka.

Setitis.

Dua titis.

Di situ juga, Farrid menangis sebelum pandangannya gelap.

Tbc

Sorry pendek. Sebab apa? Sis tak berapa ingat plot tadi 💔

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang