5 bulan itu cukup membuatkan Shafika rasa bahagia. Sebab? Baby bump dah nampak hahaha! Comel je.
" Assalamualaikum. "
Shafika menjawab salam sambil menoleh ke arah pintu masuk. Tak larat dia nak berjalan ke sana dan dia tahu Farrid faham keadaan dia.
" Haii Sayang. Macam mana harini? Kerja rumah tak buat kan? Mak Mah yang buat kan? " risau Farrid dengan keadaan Shafika ni. Mana tak risau kalau Shafika ni tengah sarat pun nak buat kerja rumah.
Sampaikan dia guna kuasa veto dia sebagai suami untuk upah pembantu rumah. Nak tak nak Shafika redha jelah terima.
" Okay je. Hahaha taklah. Mak Mah tolong kemas rumah tadi. Lepastu saya suruh dia rehat je lepas masak tengah hari tadi. " Shafika menjawab.
Dia kesian juga dengan wanita itu. Yelah rumah ni besar lepastu Mak Mah itu kerja sorang mesti penat. Jadi dia tak suruh Mak Mah buat kerja banyak.
Farrid mengangguk. Dia tersenyum bila memandang baby bump isteri dia.
" Harini anak abah sihat? Confirm sihat sebab umi awak ni makan banyak je. Hahaha takpe, cepat keluar okay sebab abah tak sabar nak tengok tangan comel awak. Kaki tembam awak. Haih "
Shafika cuma beriak selamba je bila Farrid bertemu ramah dengan anak mereka dalam perut ni. Sebab dah lali dah. Hampir tiap hari Farrid akan bercakap dengan anak mereka sampai naik pening Shafika.
Tapi dia rasa agak comel juga sebab nampak betapa excitednya Farrid.
¤¤¤¤
" Nah "
Adwan memandang pelik huluran Farah. Apa benda ni? Perhatiannya teralih daripada laptop itu kepada isterinya.
" Apa ni? "
" Hadiah birthday awal daripada Zahra " jawab Farah sebelum naik ke katil. Dia penat sangat harini tapi dalam diam dia tunggu reaction Adwan tu.
Perlahan-lahan Adwan membuka sampul itu sebelum matanya membesar.
Kejap!
Ni?
Eh!?
Seriuslah!?
Terus benda itu Adwan letak dekat atas meja sebelum menuju ke arah Farah yang hampir terlelap itu.
" Sayang! Seriuslah? " beria Adwan tanya Farah yang berbaring itu.
" Haah. Tahniah sebab you gonna be a father soon " dengan mamai pun sempat lagi Farah jawab.
Adwan tanpa menunggu lama memeluk tubuh Farah. Sungguhlah dia rasa bersyukur sangat dengan hadiah tu. Tanpa sedar dia belai perut rata Farah.
Wajah isterinya yang tertidur itu dipandang sebelum tersenyum.
" Terima kasih untuk hadiah bermakna ni. Naufal janji akan jaga Zahra and our baby. Keep healthy okay sayang. I do love you " bisik Adwan sebelum menyelimutkan Farah lalu menyambung kembali kerjanya sambil senyum lebar.
Shafika rasa dia kena buat semua ini. Mungkin salah sebab tak minta izin Farrid tapi at least biar dia jalankan tanggungjawab dia pula.
" Kau gila Shaff. Kau ingat dengan jumpa Sorfina ni kau selamat ke? Hish bengang je aku taw " bebel Farah.
Ada ke patut Shafika telefon dia semata untuk teman jumpa dengan minah sapi tu? Ya Allah. Tolonglah. Kerja gila apa ni?
" Diam je lah Farah oii. Kau tengokkan je apa aku buat. Hah tu dia dah datang. Kau duduk perhatikan kitaorang je okay. " pesan Shafika.
Sorfina yang baru tiba terus duduk tanpa dipelawa.
" Orang tak pelawa pun suruh duduk " bisik Farah perlahan.
Sabar jelah dengan minah sebelah dia ni, Shafika terus memandang Sorfina. Tak nafikan Sorfina memang cantik dengan gaya dia sendiri.
" Kenapa nak jumpa? Aku banyak lagi hal lain daripada jumpa kau ni " Peh! Sombongnya.
Menyirap je Farah yang dengar ni.
" Aku tahu kau buat apa Sorfina. Bahkan aku tahu apa niat kau pada Farrid. Kau tak malu ke? Cuba jadi perosak rumah tangga orang? Takde rasa malu? " tembak Shafika.
Dia takkan sesekali benarkan tujuan Sorfina itu berjaya. Takkan!
" Kau tahu Farrid tu suami aku. Bahkan dia akan jadi ayah pada bayi ni. "
Sorfina mengetap giginya kuat bila nampak baby bump Shafika yang dah cukup 6 bulan itu. Kenapa bukan dia?! Kenapa mesti Shaf!?
" Kau cantik bahkan pandai, Sorfina. Jangan jadikan nikmat yang Allah beri pada kau ni sebagai senjata untuk kau buat jahat. Aku masih okay kalau kau nak rampas Farrid Affiq daripada aku waktu sekolah. Tapi tidak sekarang. He is my husband! And I'm his wife. " marah Shafika. Dia tak boleh diam sahaja melihat orang cuba rampas Farrid. Tak.
" Farrid bukan hak milik kau. Kau cakap kau cinta dia? Tapi dia cinta kau? Tak kan? Yang dia pilih itu aku. Bukan kau! Please be a woman that beauty with brain. Jangan letak akal kau tu pada tahap yang bawah. " nasihat Shafika.
Dia tahu ramai yang inginkan Sorfina tapi disebabkan cinta, mata hati gadis itu buta. Cinta boleh menyebabkan semua benda buruk berlaku.
Shafika tahu itu.
Bahkan dia tahu betapa obsesnya Sorfina pada Farrid. Tapi sebagai isteri Farrid, sebagai Mrs Farrid Affiq, dia bukan wanita yang akan berdiam diri melihat semua ni jadi.
Sorfina rasa darahnya menyirap mendengar semua kata-kata Shafika. Siapa gadis itu nak menghalang dia? Bukan sesiapa.
Farrid itu milik dia. Sepatutnya milik dia!
Bahkan kalau membunuh pun dia sanggup. Hanya kerna inginkan Farrid.
" Dengar cakap aku, Farrid takkan pandang kau walau sejauh mana kau kejar dia. Tak payah kejar sesuatu yang tak pasti. Tapi kalau kau masih nekad, jangan salahkan aku kalau kau sendiri merana " ujar Shafika.
Kalau Sorfina masih nekad, dia takkan diam diri untuk selamatkan rumah tangga. Tak.
Sebab family adalah keutamaan dia. Lebih daripada diri dia sendiri.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...