16

7.9K 251 10
                                    

Farina meletakkan hiasan terakhir. Dia rasa macam baru semalam kakak dia ni menangis sebab lelaki. Dia rasa macam baru semalam dia gaduh manja dengan kakak dia. Tapi harini, kakak dia bakal jadi hak milik orang lain. Dia bakal hilang kakak dia.

" Heyy berangan apa? " tegur Farah. Dia nampak mata Farina bergenang. Mesti ada sesuatu yang ganggu fikiran gadis itu.

" I will miss you. Farina akan rindu kakak dia yang seorang ni. Lepasni kakak akan ikut Abang Ad. I will be here. Alone. Without you " Farina tersebek kecil. Dia rasa sebak pula padahal dia yang beria nak kakak dia kahwin.

Farah tersenyum kecil. Awhh her little sister dah besar dah. Ni yang sebak ni bila ada sesi siblings punya luahan ni. Dia menggapai tangan Farina sebelum menarik gadis itu berdiri di hadapan dia.

" Kakak bukan pergi mana. Masih dekat Malaysia ni. I just will be someone else's wife. Kakak masih ada untuk awak. Satu-satunya my little sister " Farah mengesat air mata Farina.

" Lagipun he will let you to see me. Bila-bila masa je. Kakak masih ada tanggungjawab pada family ni. You're not alone. Ada ibu. Ada ayah. Bila rindu, call kakak okay " Farah terus menarik Farina ke dalam dakapan dia. Hati adik dia terlalu lembut. Walaupun nampak annoying kekadang tapi masih ada perasaan sayang tu.

Farina mengeratkan pelukan mereka. Farah AzZahra masih kakak dia. Dunia akhirat. Betul tu. Kakak dia takkan pergi jauh. Masih ada di sini. Masih ada di dalam hidup mereka.

" Lahh ni apasal menangis ni? " bebel Zulaikha sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Farah. Shafika dan Qisha menahan gelak daripada terhambur.

Farah tersengih kecil. Kacau lah Zulaikha ni. Spoilt mood orang betul. Baru nak acah-acah sedih.

Melihat bahagianya kakak dia bila sahabat-sahabat itu masuk, Farina meminta diri untuk keluar.

" So how? " tanya Qisha sebaik sahaja melabuhkan duduk.

" How apa? "

Hampir serentak tiga orang tu menepuk dahi. Apa blank sangat si Farah ni.

" Nak kahwin. Tak rasa apa-apa? "

Ohh hahaha Farah tergelak kecil. Dia ingatkan apalah tadi.

" 50/50.  Aku cuma berserah je. "

Zulaikha, Shafika dan Qisha saling berpandangan. Relax betul minah ni nak kahwin.

" Guys. Thankyou "

" Untuk? "

Farah tersenyum.

" Semuanya. Persahabatan kita sejak sekolah sampai sekarang. Kehadiran korang bila aku jatuh dan rapuh. Semangat dan dorongan korang. Kasih sayang korang. Aku tak tahu nak buat apa kalau takde korang dalam hidup aku. Aku bersyukur Allah hadirkan aku sahabat-sahabat yang setia untuk aku berjuang bersama-sama " Farah meluahkan semuanya.

Tiga orang tu rasa macam sebak bila dengar Farah yang selama ni mereka cakap kuat untuk segalanya sebenarnya banyak simpan perasaan. Banyak yang dia pendam.

" You deserve him. You deserve to get a love from someone. You deserve to be happy. After what you had faced, now it is time for you to enjoy the life. Kau jangan fikir bukan-bukan dah. Lepasni janji dengan kitaorang kau akan selalu kuat okay. " Qisha memeluk tubuh Farah dan diikuti dengan yang lain.

Kekadang kita cari sahabat untuk isi waktu lapang kita. Tapi kita cari sahabat untuk jalinkan ukhuwah yang mampu bawa kita ke jalan yang betul. Sahabat yang baik akan selalu menasihati sahabat dia tak kira masa.

Mungkin kita ada beribu kawan tapi untuk cari seorang sahabat itu cukup perit perjalanan dia. Hargai mereka yang sayang kita dan setia untuk berjuang bersama kita.

Dan Farah, dia dah cukup bersyukur ada mereka bertiga ini sebagai sahabat dunia dan In Sha Allah akhirat nanti.

Tok! Tok!

Terjengul kepala Farina di muka pintu.

" Your prince charming, dah datang. Jom turun "

Tersekat rasanya nafas Farah bila dengar khabar berita itu. Perlahan-lahan dia bangun dan dibantu oleh sahabat dia untuk turun ke bawah.

Sampai sahaja di bawah, dia memandang ibu dia. Melihat senyuman itu, dia tahu dia dah bahagiakan ibu dia. Cukup.

" Sejuknya tangan " usik Puan Sakinah.

" Shh ibu ni haha " segan dibuatnya.

Dia mengerling ke depan. Melihat tubuh Adwan dari belakang pun dia dah bersyukur sebab lelaki tu tak lari masa hari akad nikah. Hahaha!

Debaran makin terasa bila dia pandang huluran tangan ayahnya disambut oleh Adwan.

" Adwan Naufal bin Adam "

Tbc

Hahaha gimiknya 😂😂

Mrs Farrid AffiqWhere stories live. Discover now