Baru dua minggu Farrid pergi, Shafika rasa macam hidup dia sepi sangat tanpa usikan lelaki itu. Farrid pun dah kurang tanya khabar tentang mereka di Malaysia. Sibuk sangat ke?
" Makanlah Shaff. Nanti baby sakit, kau pun sakit. .Aku risaulah. ." Farah meletakkan nasi ayam yang dia beli sebentar tadi di atas meja.
Kalau tak diikutkan pesanan Farrid supaya jaga makan minum Shafika ni, memang tak terjaga budak sorang ni. Tak sedar agaknya diri tu tengah mengandung.
" Dia memang tak ada call ke WhatsApp ke weh " Shafika memandang Farah yang berada di singki.
" Tak. Last dia WhatsApp aku dua hari lepas dia sampai London tu lah. Itupun supaya jagakan kau ni. Apasal taknak duduk rumah parent kau? Takpun duduk rumah parent Farrid? Kau buat kerja gila tahu tak duduk rumah ni sorang-sorang.. " Farah dah start sesi ceramah berjela dia dah.
Malas nak dengar bebelan Farah, Shafika terus menyuap nasi ke dalam mulut dia. Macam manalah Adwan mampu bertahan dengan Farah ni. Memang terjaga betul lelaki itu.
" Ke kau fikir sapi tu ada buat apa-apa dekat laki kau? " sindir Farah.
Uhukk! Uhukk!
Kelam kabut Farah capai air lalu menyerahkan cawan itu pada Shafika. Apasal boleh sampai tersedak ni? Sahlah tu dia fikir bukan-bukan.
" Tulahh lain kali fikir bukan-bukan pasal suami sendiri. Kan dah kena kifarah hahaha! "
Eh eh?
Shafika memandang Farah tajam. Bukannya dia minta pun! Dah nak tersedak kan, nak buat macam mana.
" Kau tak payah fikir bukan-bukan. Kau cakap kau percayakan, jadi percaya jelah. Kalau takut sangat, call je. Tak payah tunggu dia call. Masa dia bukan 24jam untuk kau. Kau tahu tak dia keluar tu untuk cari nafkah? Jadi jangan pertikaikan tugas dia.. " Farah rasa Shafika kena bergerak pantas kalau dah rasa takut sangat.
Takkan sampai bila-bila nak berprasangka buruk macam ni? Kalau rasa sayangkan perkahwinan sendiri, berjuanglah sama-sama. Bukan berjuang seorang diri.
" Bebellah kau ni Farah. Bingit anak aku dengar mak cik Farah dia membebel tak henti. Lagipun bill melambung nanti kalau aku call dia. ." alasan Shaf! Sedangkan sebenarnya kau takut orang lain yang jawab call kau tu.
" Eh eh orang bebel sebab sayang. Kalau tak sayang, dah lama lempar je kau ni masuk sungai mana-mana tu hah.. " hah ambik! Farah bila datang sindir dia.
Shafika menjulingkan mata.
" Kau ni tak tahu nak balik ke? Adwan tu tak marah kau duduk sini lama-lama? " tanya Shafika.
Hari-hari duduk sini dari pagi sampai petang, gaya macam takde laki je si Farah ni. Pelik juga dia tengok.
" Tak. Dia sendiri pun suruh aku teman kau sebab dia shift pagi. Malam baru balik. Kira daripada aku loner dekat rumah tu, baik aku teman kau. " jawab Farah.
Shafika mengangguk mengiakan. Kira dia tak keseorangan sangat. Tapi bila datang malam tu, haih risau juga.
Tulah Shaff! Degil bila ibu dengan umi suruh datang rumah. Ni kalau Farrid tahu,mati kau.
" Woii! Tu laki kau call tu! " geram Farah bila tengok Shafika termenung sahaja sementara telefon bimbit minah tu asyik berdering.
¤¤¤¤
Sebaik sahaja Farah ke ruang tamu, Shafika terus menjawab call daripada Farrid.
" Assalamualaikum. "
" Waalaikumussalam. Kenapa duduk rumah sorang-sorang? Kenapa tak duduk rumah ibu ke umi? Risau tahu tak saya bila call dorang tadi lepastu inform sayang balik rumah kita. Kenapa? "
Shafika cuma tersenyum hambar. Emosi dia tengah mengandung sangat tak bagus. Lepastu bila dapat call daripada suami sendiri, baru nak bahagia tapi kena marah? Apa ni?
" Shaff? Are you there? "
" Ada je dekat sini. Tak payahlah risau. Biar saya biasakan diri dengan berdikari. Selagi tak dengar berita buruk tentang saya, dahlah. Kalau takat call lepas dua minggu menyepi ni kan, baik tak payah call langsung. " dengan perasaan geram, Shafika terus mematikan panggilan.
Bengang dengan perangai Farrid ni! Kalau pun stress dekat sana, jangan lepas dekat dia! Hish!
Makan hati!
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romansa[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...