Flashback
Semua di situ terdiam dengar bait kata doktor itu. Shafika di dalam sana sedang berjuang seorang diri. Farrid masih tak sedar.
Kenapa kejam sangat manusia yang tak puas hati ni?
" Maafkan saya. Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga pesakit dalam tu? "
Semua mengalihkan pandangan ke arah seorang pegawai polis yang baru tiba. Tanpa tahu apa-apa, ahli keluarga Shafika mengikuti pegawai itu.
" Farah, aku nak Shaff bangun weh " sebak Qisha.
Farah faham kenapa Qisha sedih sangat sebab Qisha paling rapat dengan Shafika. Dia menarik Qisha ke dalam pelukan dia.
" Sabar. Kita kena banyak berdoa untuk kesihatan Shaff. Keep strong dear " nasihat Farah.
Tapi dia sendiri sakit dengan realiti ni. Kenapa cepat sangat benda yang dia taknak berlaku ni jadi?
" Hm Farah "
Mereka memandang ibu Shafika. Kenapa ni?
" Ye mak cik. Kenapa? "
" Kamu kenal Sorfina? "
Dum!
Bagai dipanah petir Farah bila dengar sebaris nama itu. Jangan apa yang dia fikir itu betul.
" Kenapa? " tanya Farah.
" Itu gadis yang dah melanggar Shaff, Farah.Dia dekat balai sekarang. " terus menangis ibu Shafika sebaik sahaja berkata begitu.
Darah Farah terus naik sebelum dia menarik Adwan ke balai polis. Dia kena selesaikan perempuan tu.
Sebaik sahaja tiba di balai itu, Farah terus laju memandang sekeliling. Iman, Qisha, Zulaikha, Daniel dan Adwan terpinga-pinga sahaja.
Farah nak buat apa ni?
Nampak sahaja tubuh Sorfina, terus laju Farah ke sana sebelum..
Pang!
" You're too much Fina!! Kau gila ke nak bunuh Shaff sampai langgar dia dengan anak dia!? Are you stupid, woman!? Mana otak kau!? "
Tersungkur Sorfina bila Farah sepak dia kuat. Dia tahu tahap kesabaran Farah ini tidak boleh dibuat main.
Semua di situ terkedu.
" Kalau pun kau tak suka dia, jangan sampai cederakan dia! Kau memang tak guna! Sebab kau! Dia koma lah gila!! Aku benci tahu tak kau ni!! "
Farah melepaskan segala marah dia dengan sepak Sorfina, pukul gadis itu dan tanpa sedar Farah sendiri menangis.
Adwan menarik Farah dalam pelukan dia. Bahaya sangat untuk keadaan isteri dia.
Sorfina cuma diam menahan sakit.
" Maafkan kami cik. She just feel disappointed with her " ujar Daniel pada salah satu pegawai polis di situ.
Mereka tak pernah nampak Farah semarah ni. Jadi agak terkedu sebenarnya.
" Shuhh! Dah jangan marah dah. You're pregnant. Bahaya untuk baby, untuk Zahra juga. " nasihat Adwan. Ikut hati dia nak juga belasah Sorfina ni sebab keterlaluan.
Qisha dan Zulaikha cuma mampu menahan marah mereka. Kalau tak , mampus terus Sorfina ni mereka belasah.
" Think wisely Fina. Kau rasa Farrid akan lepaskan kau macam tu je bila dah lukakan isteri dan anak dia? Kau rasa Farrid akan terima kau? Kau salah. Dia akan buat kau lebih merana dengan undang-undang. Mark my word. " ujar Daniel sebelum mengajak semua pergi.
Urusan lainnya mereka serahkan pada Farrid bila lelaki itu sedar nanti.
¤¤¤¤
Tanpa senyuman, Farrid cuma memandang Sorfina. Dua hari dia teman isteri dia dan hari ini dia baru ada kekuatan untuk lihat pembunuh tu sendiri.
" Puas hati kau? "
Terkulat Sorfina. Farrid sangat dingin dengan dia. Itu dia pasti sangat.
" Puas bila Shaff dah terlantar kaku dekat hospital tu? "
" Puas bila dia dah kalah dengan kau? "
" Kau fikir aku akan terima kau ke perempuan? "
Dum!
Sorfina rasa bagai dihentak dengan kata-kata Farrid. Daniel betul. Dia hanya buat Farrid makin benci dia. Benci sebab salah dia sendiri.
" I'm sorry "
Farrid tergelak sinis.
" Kalau maaf kau tu boleh buat Shaff bangun,boleh buat dia sihat, aku terima. Tapi hakikatnya tak! Sebab kebodohan kau tu, dia sakit!! Dia kena langgar depan mata aku!! " jerkah Farrid.
Melihat Shafika yang terbaring pucat dengan segala jenis wayar itu, hati dia diragut sayu.
Orang yang sentiasa ceria bergelak ketawa dengan dia sekarang tengah berjuang dalam mimpi sendiri.
Hati suami mana tak sakit?
Cakap lah.
Dan Farrid akan pastikan Sorfina kena hukuman yang setimpal.
Dia takkan maafkan perempuan ni.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romantizm[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...