" Kenapa mesti tutup mata? Gelaplah tahu tak Encik Farrid Affiq oii " Shafika memegang erat lengan Farrid sebab dia langsung tak nampak apapun sejak mereka keluar rumah.
Farrid hanya tergeleng kepala sambil tersenyum kecil. Dia memapah Shafika keluar daripada kereta dengan berhati-hati. Sayang bini okay!
" Sabarlah Puan Shafika. Dah nak sampai pun dekat transpot kita tu. " jawab Farrid.
Shafika mengeluh. Entah transpot apa entah lelaki ni cakap. Kata nak pergi honeymoon, ni apa ni. Pening kepala dia lahai.
" Ready? "
Shafika mengangguk.
Farrid membuka ikatan kain itu.
" What thee " Shafika tergamam melihat apa yang di hadapan dia sekarang. Private plane?!
Dia terus memandang Farrid di belakang dengan riak wajah terkejut. Sampaikan Farrid tergelak tengok muka isteri dia sendiri.
" Serius ah naik benda ni!? "
Farrid mengangguk. Dia menarik tangan Shafika mendekati private plane itu. Shafika bukan tahu pun rancangan dia. Hahaha!
" Kita naik ni. Destinasi? Rahsia. " Farrid mengenyitkan matanya sebelum menyuruh Shafika masuk.
Shafika dah rasa macam nak pengsan tengok semua ni. Gila high class habis ni. Seriuslah dia rasa macam selayaknya tuan puteri weh!
" Kita nak pergi mana ni? Saya pening tengok kejutan awak ni. Silap-silap hari bulan saya mati terkejut kang " bebel Shafika sambil duduk. Dia tak bolehlah nak bagi reaksi selain terkejut dengan semua ni.
Farrid cuma mampu menahan gelak je. Dari keluar rumah sampai masuk sini, Shafika memang langsung tak stop membebel. Tanya nak pergi mana lah , dah prepare apa-apa ke, itu lah ini lah. Eh eh isteri dia ni.
" Sayang, better you keep your mouth before I kiss you " Farrid berkata sambil menutup mata merehatkan kepala dia.Shafika terus terdiam. Woi woi apa ni! Eyyyyy!
Farrid menahan senyum yang nak terlepas bila rasa Shafika memang terdiam habis. Tu lah membebel lagi. Sekali kena usik, terus terdiam.
Beberapa jam kemudian, Farrid terbangun selepas terlena. Dia memandang Shafika yang tidur lena di sebelah. Selimut yang menutup tubuh isterinya dibetulkan. Penat sangat budak ni sampai tidur lena sangat.
Dia memandang ke luar. Dah nak sampai. Nak kejutkan ke tidak? Farrid tersenyum kecil. Better tak payah rasanya. Biarkan Shafika rehat.
" Tuan, kita dah sampai "
Farrid mengangguk kecil. Dia tersenyum kecil memandang destinasi mereka.
Sebaik sahaja mendarat, Farrid terus mendukung tubuh isteri dia. Nasib baik tak terbangun. Ni memang penat sangat. Penat membebel hahaha!
Perlahan-lahan Farrid meletakkan Shafika ke atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuh itu. Dia bangun meninggalkan isterinya. Ada hal yang dia perlu uruskan.
Shafika mengeliat bangun. Dia rasa itu tidur paling lena dia sebab rasa segar sangat. Tiba-tiba dia terkesiap bangun. Dia memandang ke sekeliling.
Dekat mana ni? Macam satu bilik tapi siapa punya? Bilik apa ni? Dia mencari Farrid tapi langsung tak nampak.
Perlahan-lahan dia bangun keluar dari bilik.
" Awak! "Shafika menjerit memanggil Farrid. Takkan dia kena tinggal seorang ? Tiba-tiba ada yang menyahut.
" Sini! Dapur "
Shafika terus berjalan menuju ke arah suara itu. Dia mengerutkan dahi melihat Farrid yang meletakkan pinggan berisi nasi ke atas meja itu. Apa ni?
" Dah bangun ke? Sorry tak kejut. Sayang lena sangat tidur. Dah bersihkan diri? Pergi bersihkan diri lepastu kita makan. Then saya jawab semua soalan sayang tu " Farrid menolak tubuh Shafika ke bilik semula sebelum sempat isteri dia tu bertanya.
Shafika yang pelik cuma menurut je. Nanti jelah tanya macam-macam.
Lepas makan Shafika berdiri menghadap pantai yang tersergam indah itu. Waktu malam macam ni, pantai tu nampak cantik dengan sinaran cahaya bulan.
Tiba-tiba dia rasa ada tangan yang melingkar di pinggang dia dari belakang. Dia tahu itu siapa.
" Kita dekat mana? Ni ke tempat tu? Macam mana awak dapat tempat macam ni? Kenapa macam kita je yang ada dekat sini? " tanya Shafika bertubi-tubi.
Farrid tersenyum kecil. Dia mengeratkan lagi pelukan sebelum meletakkan kepala dia di bahu Shafika.
" Kita dekat hati sayang. Hahaha gurau jelah. Kita dekat private island. Mine. Jangan tanya mana saya dapat. Yes ni tempat kita have fun nanti. Memanglah kita je ada dekat sini sebab ni private island cik adik sayang oii " jawab Farrid satu persatu. Dia rasa tak perlu kot nak cerita macam mana dia dapat tempat ni. Biarkan je.
Shafika mengangguk kecil. Dia malas nak tanya banyak-banyak. Tapi tak dinafikan tempat ni cantik dan selesa. Kehijauan, warna biru laut, bunyi kicauan burung. Rasa macam dekat sangat dengan nature.
" Love it? " bisik Farrid.
" Hmm love it. " jawab Shafika.
" Good. I'm doing this for you. "
Shafika tersenyum kecil. Dia tahu semua tu. Dia tahu betapa beruntungnya dia jadi Mrs Farrid Affiq. Always.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...