38

10.5K 276 2
                                    

Lepas je Farrid cerita semuanya tadi, Shafika rasa terkilan sebab Sorfina meninggal sebelum dia sempat jumpa gadis itu. Rasa terkilan yang sangat berat.

Sejahat mana pun orang tu pada kita, kita tak boleh nak balas balik kejahatan yang sama. Sebab? Kalau tidak, kita takde beza pun dengan dia.

Tapi Sorfina itu baik sebenarnya cuma dia kalah dengan nafsu untuk memiliki Farrid. Mengenali Sorfina sejak sekolah, dia faham apa perasaan gadis itu.

Perasaan bila mana kita terlalu sayangkan seseorang, kita mesti akan cuba untuk memiliki orang tu. Meskipun orang tu dah pilih orang lain.

Sakit yang Sorfina rasa, Shafika takkan rasa.

Itu bezanya.

Keluhan terkeluar daripada mulut Shafika.

Farhan yang sedang meniarap di atas katil itu didekati. Anak ini .

Dia hampir kehilangan Farhan jika dia tidak survive pada waktu itu. Tapi atas izin Allah, Farhan mampu melihat dunia ini.

Tangannya mula bergerak mengusap tubuh kecil itu.

" Farhan, umi tak sangka umi masih mampu nak tengok Farhan membesar. Umi takut seandainya umi tak survive masa tu. Tapi umi rasa sedih sangat. " Shafika cuba menahan getar suaranya.

" Umi sedih sebab umi tak ingat siapa Farhan masa pertama kali kita jumpa. Tapi umi tak tipu kalau ada satu perasaan kasih sayang seorang ibu untuk anaknya waktu tu, sayang. Umi minta maaf sebab pernah jadi ibu yang tak bagus untuk Farhan " tiba-tiba air mata Shafika mengalir.

Tubuh kecil itu diangkat masuk ke dalam pelukannya. Seakan-akan tahu hati uminya , Farhan menggenggam erat jari Shafika sambil tergelak kecil.

Melihat wajah itu, Shafika tersenyum.

Anak ini walaupun tidak tahu bahkan tidak faham apa yang dikatakan oleh uminya , dia masih tetap jadi penghibur Shafika tatkala duka itu datang.

Farhan anak yang baik. Dia tak banyak kerenah bahkan dia lebih sering bersikap baik. Sepertinya dia faham keadaan Shafika macam mana.

" Terima kasih sayang. Sebab jadi anak yang baik untuk umi dengan abah. Terima kasih. Semoga Farhan Shazwan membesar menjadi anak yang soleh serta sihat walafiat. Semoga Allah sentiasa menjaga Farhan ye. "

Doa seorang ibu akan kekal sampai bila-bila. Tapi seorang anak mampu ke mendoakan ibu bapanya setiap hari?

Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Seteruk mana pun layanan mereka pada kita, mereka masih tetap syurga kita.

Kasih sayang mereka takkan sama dengan kasih sayang manusia lain pada kita.

Jadi ingat, berbakti selagi kita mampu.

Okay jauh topik hahah!

¤¤¤¤

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, Farrid terus tersenyum melihat dua kesayangannya yang sedang tidur di ruang tamu itu. Television masih terpasang.

Mesti Shafika keletihan sangat sampai lupa nak tutup ni. Farhan pula mesti baru habis minum susu. Alahai anak. Macam mana awak tak tembam kalau umi awak asyik bagi makan je.

Perlahan-lahan Farrid menutup pintu bagi mengelakkan mereka terjaga.

" Ni kes tidur tak sedar ni "

Dengan kudrat yang ada, Farrid mengalihkan Farhan dahulu ke atas.

Dia menepuk belakang anaknya itu bila rasa Farhan mula nak terbangun. Farhan kalau terbangun memang payah nak tidur ni.

Selepas meletakkan Farhan, Farrid mengangkat Shafika.

Ringannya dia ni. Tak cukup makan ke apa?

Melihat kesayangannya tidur bersebelahan, Farrid rasa hidup dia dah lengkap. Tak perlu nak cari lagi.

" They're so cute. Haih tidur lah sayang sekalian. " Farrid terus meninggalkan mereka untuk bersihkan diri.

Dan biarkan Mrs Farrid Affiq serta Mr Farhan Shazwan itu tidur lena.

Tbc

Tahu pendek. Sebab sis kekurangan idea. Hahahahah!

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang