" No, you can't. Takkan isteri you tak boleh nak duduk rumah parent dia ke parent you ke untuk sementara waktu ni. Pleaselah Fiq. Jadi professional. Jangan babitkan personal dengan hal kerja " Sorfina tersenyum sinis sambil tangan bersilang di dada.
Tak mungkin dia akan biarkan Farrid tarik diri daripada pergi ke London. Punya penat dia plan tiba-tiba tak jadi dah kenapa. Jangan cari pasal. Yang Shafika ni pun menggedik dah kenapa. Hish.
Farrid merengus geram. Perempuan ni kalau tak menyusahkan dia, memang tak sah. Fikir dia bodoh sangat ke tak tahu plan perempuan ni macam mana. Freaking woman!
" Bukan tak boleh orang ganti aku. Masalahnya dah aku ada hal family. Kau tak faham bahasa ke apa? " sarkastik Farrid balas. Dia rasa dah menyampah.
Sorfina tersentak. Melihat tajamnya pandangan Farrid, dia terdiam.
" Habistu kau nak siapa ganti kau? Semua tak boleh weh. " tanya Carl, anak buahnya.
Farrid mengeluh. Susahnya jadi boss dekat tempat kerja sendiri ni. Semuanya nak kena ada dia. Masalahnya Shafika tu. Takkan dia nak tinggal isteri dia.
" Aku fikir nanti. Now, semua keluar "
Semua terus beranjak keluar bila tengok muka tegang Farrid. Baik selamatkan diri sebelum kena hambur.
" Kau ni pahal tak keluar? " dingin Farrid. Pelik dia bila tengok Sorfina masih dalam ni lagi. Dengan sengih macam kambing gitu.
Sorfina tersengih kecil.
" Jom makan. I lapar. "
Farrid berdecit geram.
" Kau lapar, cari makanan sendiri. Bukan kerja aku nak teman kau makan ke apa. Aku ada hal sekarang. Go find your own food " Farrid terus meninggalkan Sorfina yang ternganga dengan penolakan itu.
Sorfina terus menghentak kakinya sambil melangkah keluar. Apa payah sangat nak goda lelaki tu!?
¤¤¤¤
Shafika mengangkat kepalanya sebaik sahaja pintu wad dibuka. Kelihatan Farrid tersenyum ke arahnya. Mengingatkan esok lelaki itu bakal pergi, dia hanya balas dengan senyuman hambar.
" Hm aku balik dululah ye Shaff. Kau jaga diri. Apa-apa call aku. In Sha Allah aku tolong. Got to go. Bye " Farah mengusap kepala Shafika sebelum keluar.
Dia tahu krisis budak berdua tu. Itupun lepas dia paksa si Shafika tu cerita. Mana tak risau kalau tiba-tiba dapat tahu budak tu masuk hospital. Dahlah badan dua pula tu.
" Sayang dah makan? "
" Dah. Farah bawa bubur tadi " Shafika menunjukkan bekas berisi bubur di meja tepi. Dia tak boleh nak telan semua jadi dia suruh je Farah tinggalkan dekat situ.
Farrid mengangguk. Dia mencapai tangan Shafika sebelum ditarik ke arah pipi kanannya. Sejuk sahaja tangan Shafika.
" Esok gerak? "
Suara Shafika mematikan suasana sepi tadi. Dia nampak betapa serabutnya suami dia ni. Salah dia ke Farrid jadi macam ni?
Shaff, kau kena sedar Farrid ni banyak pikul tanggungjawab. Bila kau buat perangai macam ni, mana dia tak risau.
Shafika mengeluh. Dia rasa ni keputusan terbaik. Kalau dah memang terpaksa berpisah sekejap, dia redha.
" Pergilah. Jangan risaukan saya. Boleh tinggal dekat rumah ibu. Takpun umi. Saya ramai yang jaga. Awak tu, kerja kena amanah. Dua bulan je kan? Saya boleh tunggu. " Shafika tersenyum bila Farrid memandang dia.
Walaupun hati dia tak rela, dia kena ambil tindakan ni. Dia taknak jadi penyebab Farrid susah hati. Dia taknak menyusahkan lelaki ni.
" Tapi baby? "
Shafika tergelak kecil. Dia menepuk perutnya perlahan sebelum menjawab.
" Dia kuat. Macam papa dia. So awak jangan risau. I will take care this little one "
Farrid menggenggam erat tangan Shafika. Ya Allah susahnya hati dia nak tinggalkan Shafika. Dengan ada Sorfina lagi. Macam mana kalau isteri dia tahu Sorfina pun ikut sekali?
" Take care of yourself too. Jangan jaga baby sampai lupa diri sendiri. I will keep calling you. " Farrid mengusap kepala Shafika dengan penuh kasih sayang sebelum bangun melabuhkan bibir di dahi wanita dia.
Berat sangat hati dia nak pergi walaupun dia tahu ramai yang akan jaga bakal mak sorang ni. Tapi hati dia tak tenang bila Shafika takde depan mata dia.
" Hahaha baik-baik. Awak pun jaga diri. Kita sama-sama jaga diri. "
Mereka saling berpandangan sebelum Farrid menarik Shafika ke dalam pelukan dia.
¤¤¤¤
Farah menyandarkan tubuhnya di sofa. Ya Allah harini dia penat sangat. Pagi dah keluar jumpa publisher lepastu balik masakkan Shafika bubur. Lepas masak, pergi hospital lawat budak tu. Balik dari hospital dia jemput Farina dekat U pula. Ya Allah.
Tiba-tiba dia rasa sejuk di pipi dia. Tersentak dia bangun. Namun dia kembali memejamkan mata bila Adwan duduk di sebelah dia dengan segelas air.
" Nah minum. Nampak penat sangat. " Adwan meletakkan gelas di atas meja.
" 5 minutes Fal. Bagi Zahra 5 minit untuk rehat kejap. Penat sangat " Farah menunjukkan lima jarinya di hadapan Adwan. Sebab dia memang letih.
Adwan tergeleng kepala. Dia hanya memandang cerita yang terpapar di television. Harini dia kerja setengah hari je. Tapi balik je dah terhidang makanan dengan nota kecil sekali. Sampai nak tergelak dia.
Here lunch untuk Naufal. Zahra nak cepat hahah sorry kalau makan ni je. Banyak kerja harini. I promises balik awal okay. Saranghae Mr Adwan Naufal.
Love,
Mrs AN.
Bila ingat balik, rasa nak gelak pun ada. Apa punya comel lahai nota dia tu.
Tiba-tiba Adwan rasa bahunya berat sebelah. Kelihatan Farah dah terlena walaupun kata nak rehat 5 minit je. Adwan cuma tersenyum sebelum perlahan-lahan buka segala pin dekat tudung isteri dia.
Sejurus buka tudung Farah, dia terus mengangkat Farah naik ke bilik. Nampak penat betul sampai orang angkat pun tak sedar. Lahaii.
Tidur je lah sayang. Rest well.
Tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...
