3 tahun kemudian,
" Abah!! Umi nak bersalin!! "
Jeritan Farhan yang berumur 3 tahun itu membuatkan Farrid yang berada di dapur lintang pukang berlari ke atas.
Tak cukup tanah lelaki itu berlari sebelum pintu bilik dibuka dengan kasar.
Shafika yang sedang menahan sakit itu memandang Farrid sebelum rasa nak tergelak dengan keadaan lelaki itu.
Apron satu hal. Periuk satu hal. Sudip satu hal.
Farhan menepuk dahinya melihat keadaan itu. Ya Allah abah dia ni pun kalau risau, letaklah semua barang tu.
" Hah mana?? Mana? Jom pergi hospital. Farhan pergi letak barang semua dalam kereta cepat! Hah cepatlah! " kelam kabut dibuatnya Farrid Affiq.
Shafika yang melihat keadaan suaminya itu makin pening sebelum dia menjerit sakit. Ini kali pertama dia rasa macam mana sakitnya bersalin.
Farrid tanpa menunggu lama terus mendukung Shafika walaupun kudrat dia takdelah kuat mana.
Perlahan-lahan isterinya itu diletakkan di seat depan kereta. Farhan sudah siap sedia di belakang.
Baru sahaja ingin menghidupkan enjin kereta, Farhan terus menjerit.
" Abah! Rumah tu tutuplah pintu! "
Farrid terus menepuk dahi. Ya Allah kalut dia dibuatnya bila keadaan macam ni.
Shafika dan Farhan cuma mampu menggeleng kepala melihat betapa serabutnya lelaki itu.
¤¤¤¤
Setelah berhempas pulas di dalam bilik bersalin itu, akhirnya seorang puteri telah lahir ke dunia ini.
Farha Shakira.
Seraut wajah itu Farrid pandang tanpa berkelip. 100% Shafika punya genetik. Kalau Farhan ikut dia, tak sangka anak perempuan mereka ikut Shafika.
" Abah, umi memang tidur lama ke? " bisik Farhan sebab dia taknak membangunkan adik comelnya itu.
" Ye sayang. Umi penat jadi biarkan umj rehat ye. " Farrid senyum bila Farhan mengangguk.
Alhamdulillah Farhan ini anak yang dengar kata. Jadi tiada masalah kalau dia nasihat anak ini.
" Adik comel kan abah? Macam umi hehe " Farhan mengusap pipi adiknya yang berada di dalam dukungan Farrid.
Melihat keterujaan Farhan, Farrid mengucap syukur. Sejak Shafika disahkan mengandung lagi, sejak itu Farhan begitu teruja nak tengok adiknya.
Tiap masa ditanya bila adiknya itu mahu keluar. Naik pening kepala mereka nak jawab.
" Ye comel. Farhan pun comel je masa kecil. " betullah tu. Farhan pun masa kecil comel je.
Farhan hanya senyum sebelum tertumpu pada adiknya. Adik Farha yang comel. Sekarang dia dah jadi abang kepada puteri yang comel ini. Hehe.
Abang janji abang akan jaga Farha baik-baik macam mana abah jaga umi. Sebab adik puteri dalam keluarga ni.
¤¤¤¤
Itu kisah beberapa tahun lepas. Sekarang masing-masing dah besar. Dah masuk alam remaja dah pun.
Farhan Shazwan, 19
Farha Shakira, 16
Farhad Shami, 14
Shafika memandang anak-anak dia yang sedang bergurau senda di belakang rumah itu. Setiap petang mereka sekeluarga akan beriadah bersama bagi mengeratkan hubungan namun harini Farrid terpaksa kerja sebab urusan yang sangat penting.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...
