p/s : Let me finish scene FarahxAdwan first okay? Pastu kita sambung Mr Farrid Affiq kesayangan korang tu. Hahaha bertabahlah idea datang tak bergolek.
Farah meregangkan segala otot-otot dia. Gila tak tegang kalau hadap skrin laptop tu dari tadi. Phone pula silent. Memang sepi habis.
Tok! Tok!
" Masuk "
Farah memandang Farina yang muncul di hadapan pintu biliknya. Dah kenapa adik dia ni?
" Kak, abang Adwan suruh jawab call, whatsapp dia semua. Kau buat apa sampai lupa tunang sendiri ni? "
Farina mengerutkan dahi dia. Apa kakak dia buat dari tadi ni? Dia tersenyum bila nampak skrin laptop yang bercahaya itu. Tak lain tak bukan siapkan kerja lah tu.
Farah merengus geram. Menyampahlah mamat tu. Tak tahu ke erti privasi.
" Hah nanti akak call dia. Keluar sana dah hahah "
Farina mencebik. Sampai hati halau kita!
Melihat adiknya yang keluar itu, Farah terus mencapai telefonnya yang tersadai di atas katil. Terbuntang mata dia tengok WhatsApp bukan main banyak, missed calls daripada Adwan pun banyak. Apa mamat ni nak?!
Farah mendail sebelum menunggu orang sebelah sana jawab.
Belum sempat Adwan bebel, Farah terus terjah.
" Assalamualaikum.. Hah nak apa? " Farah terus terjah orang sebelah sana.
" Waalaikumussalam. Nak kau boleh tak? "
Farah terkedu. Berkali-kali dia pandang nama yang tertera dekat skrin tu. Memang betul nama Adwan tapi yang bercakap ni semacam pula.
" Kau mabuk ke apa? Minta penampar dengan aku betul. " marah Farah. Dia dah penat dah ni. Janganlah cari masalah.
" Hahaha gurau lah. Tegang sangat dah apahal. Ni aku nak cakap esok kita kena fitting baju kahwin. Aku ambil kau ke nak drive sendiri? "
Farah mengeluh. Ini yang dia malas ni nak pergi. Bab-bab benda macam nilah dia malas habis. Tapi tengok macam mana reaksi family dia beria sangat, dia turutkan je.
" Aku drive. Kau dari hospital ke apa? " Farah sebenarnya kekadang rasa mula selesa dengan Adwan ni. Dia rasa tenang tu ada tapi menyampah pun ada.
" Rumah lah. Aku balik dulu. Risau ke? "
Terjuling mata Farah dengar soalan orang sebelah sana tu.
¤¤¤¤
Adwan tersenyum kecil . Dia yakin mesti Farah tu bengang atau menyampah dengan dia.
" Jangan nak perasanlah. Orang tanya je. Tanya k. Dahlah. Penat ni pastu mengantuk. Assalamualaikum "
" Hahaha fine. Dah tidur sana. Jangan sibukkan diri sangat. Waalaikumussalam "
Segaris senyuman terus terlakar di wajah Adwan sebaik sahaja panggilan dimatikan. Mungkin ke pilihan mamanya tidak salah?
Bukan budak Farah tu tak elok sangat pun. Cuma tang perangai tu, fuh kena bertabah. Ada je nak dibangkang, ada je nak dilontarkan.
Sekali sekala dia rasa suka tengok muka gadis itu tahan marah. Tapi kalau dah sentap tu, cuak juga dia.
Teringat pula nasihat Shafika masa mereka melepak haritu. Farah beruntung ada sahabat macam mereka. Yang tahu untuk jaga dia. Yang tahu serba serbi tentang dia. Yang bersungguh-sungguh nak jalinkan ukhuwah.
Tak dia sangka gadis sekuat Farah itu pun pernah rasa sakit menyayangi seseorang. Boleh ke dia rawat semua luka tu? Hmm..
Tak cuba tak tahu , Adwan Naufal. Hati perempuan sekeras mana pun pasti ada lembut dia dekat situ. Kau kena cuba. Kau takkan nak kecewakan mama yang berharap pada kau juga.
Adwan meraup mukanya sebelum bangun meninggalkan biliknya untuk merawat pesakit lain di wad.
Tbc
YOU ARE READING
Mrs Farrid Affiq
Romance[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam...