37

10.3K 294 15
                                    

Sebulan kemudian,

Sepanjang sebulan ni, Farrid redha je melayan Shafika. Setiap tempat yang ada kenangan mereka semua dia bawa. Bahkan setiap cerita tentang mereka dia ceritakan tapi masih tidak ada perubahan.

Tapi itu tidak mematahkan semangat dia. Sebab Shafika isteri dia. Di mana dia janji akan sama-sama berjuang dengan Shafika.

Shafika yang sedang memakai Farhan baju itu dipandang. Kasih sayang dia untuk wanita itu takkan pernah hilang sebab Shafika kesukaan dia.

Seseorang yang dia pilih untuk menjadi Mrs Farrid Affiq. Seseorang yang layak untuk pegang title itu.

" Awak! "

Tersentak Farrid bila Shafika menjerit memanggil dia.

" Hah ye sorry. Kenapa? "

Tergeleng kepala Shafika melihat suaminya itu. Penat dia panggil berkali-kali tapi lelaki itu termenung rupanya.

" Ni hah. Jaga Farhan kejap. Saya nak masak dekat bawah. Jaga dia baik-baik taw " nasihat Shafika. Dia mengangkat Farhan sebelum meletakkan anaknya itu diriba Farrid.

" Alahaii yelah sayang. Saya jaga dia sepenuh hati saya ye hahaha " Farrid kalau tak mengusik Shafika memang tak sah.

Malas nak melayan perangai suaminya itu, Shafika terus turun ke bawah. Sehari kalau tak mengusik dia agaknya tak sah.

Namun sepanjang sebulan ini, dia tak nafikan dia selesa dengan Farrid. Farrid tak buat dia rasa janggal dengan situasi mereka.

Dan lama kelamaan dia mula terbiasa.

Shafika terus memulakan aktivitinya. Segala barang yang hendak digunakan disusun di atas meja.

Tiba-tiba sudu yang hendak digunakan jatuh ke bawah.

" Haih time macam nilah nak jatuh pula kan. " bebel Shafika.

Dia menunduk untuk mengambil sudu itu tanpa sedar bila dia bangun kepalanya terhantuk kuat pada bucu meja.

" Aduhhh " terduduk Shafika di lantai itu bila kepalanya terhantuk.

Bucu tu woi!

Untuk seketika Shafika rasa kepalanya berpinar. Pening dan sakit itu bersatu.

Namun paling tragisnya semua kenangan sebelum accident itu terbayang di dalam ingatannya.

Satu persatu terbayang.

Dia terserempak dengan Farrid.

Farrid confess dekat dia.

Farah yang mengamuk.

Farah yang menangis.

Qisha yang kecewa.

Zulaikha yang hampir kena itu..

Semuanya terflashback laju.

Dan satu ingatan di mana Farrid melafazkan akad nikah.

Hari pernikahan dia.

Dan yang terakhir,

Accident itu.

Terus mata Shafika terbuka.

" Ya Allah.. Aku.. Aku.. Dah ingat semua? "

Shafika tersandar pada kabinet dapur sebelum menangis.

Dia ingat semuanya. Dia ingat macam mana dia tolak Farrid sebelum dia kena langgar. Bahkan dia ingat siapa yang langgar dia.

Sorfina.

Ya Tuhan.

Farrid mesti susah hati dengan keadaan dia.

" Ya Allah sayang! Ni dah kenapa ni? " meluru laju Farrid ke arah Shafika bila lihat isterinya itu menangis di lantai dapur.

Setiap inci tubuh itu diperiksa sebelum terhenti dengan pertanyaan Shafika.

" Mana Sorfina? "

Perlahan-lahan dia memandang wajah Shafika.

Deg!

Mata itu.

Mata yang selalu melihat dia dengan penuh perasaan.

Tak mungkin.

" Sayang..dah ingat? "

Anggukan Shafika menjawab segala persoalan Farrid sebelum tubuh itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Shafika yang rasa bahunya basah cuma diam sebab dia tahu hati Farrid dah cukup sakit. Dia hanya membiarkan lelaki itu melepaskan segalanya.

" I miss you..damn much! "

" Saya takut bila awak terbaring kaku. Saya takut awak takkan kembali. "

" Saya takut Shaff. Kenapa lama sangat awak nak sembuh. . "

" I really miss my wife. "

Sebak.

Ye Shafika sebak dengar setiap bait kata Farrid.

Dia faham keadaan Farrid bila mana isteri sendiri tak ingat dirinya bahkan lupa semua. Dia faham.

Dan dia berterima kasih sebab lelaki itu tak pernah berputus asa. Berterima kasih yang sangat tinggi.

He's the one.

" Thankyou for always be there "

Itu sahaja yang dia mampu ucap untuk semua yang Farrid buat untuk dia.

Itu sahaja.

Dia tahu Farrid faham ayat dia.

Bagi Farrid pula, kembalinya Shafika adalah satu anugerah yang indah dalam hidup dia. Segala air mata yang dia tahan, dia lepaskan pada bahu wanita dia.

Someone that he love.

His wife.

His angel.

Terima kasih Ya Allah kerna telah kembalikan dia padaku. Terima kasih.

Tanpa sebarang bunyi, mereka cuma diam di lantai itu.

Tapi Shafika masih tak puas hati untuk tahu di mana Sorfina.

" Mana Sorfina, Farrid? "

Mendengar jawapan Farrid, Shafika tersentak.

Nak tahu apa jawapan dia?

Here we go.

" Dia dah mati , Shaff "

Tbc

Lagi 3 bab sebelum the end. Ayuh! Nak teruskan ke tidak? Hahahaha penatlah 😂

Mrs Farrid AffiqWhere stories live. Discover now