8

8.4K 282 0
                                    

Farrid meletakkan barang yang diminta Shafika tadi di meja dapur. Matanya melilau mencari susuk tubuh itu. Kenapa pula budak seorang tu?

" Shaff "

Tak menyahut.

" Shafikaaa "

Sekali lagi tak menyahut. Dilanda kerisauan pula hati ini.

" Sayang! "

" Hah nak apa? Terjerit panggil orang ni " Shafika muncul dari belakang rumah.

Farrid menghela nafas lega. Woi mati-mati ingat hilang bini.

" Orang panggil sayang, baru nak menyahut ke apa ni " usik Farrid sebelum menolong Shafika susun barang yang dibelinya tadi.

Shafika menjulingkan mata. Bukan dia tak dengar cuma tadi dia berborak dengan mak cik jiran sebelah tu hah.

" Mana ada. Ni barang semua complete ke? Nanti masak, ada yang takde lah kurang lah itu lah ini lah "

Farrid menggeleng kepala mendengar Shafika membebel. Satu je cara nak senyapkan isteri dia ni.

Shafika terus terdiam. Terhenti segala bebelan dia. Badan dia pun kejung.

Did Farrid just kiss her cheek? Just now!?

" Awak!! " geram Shafika sebelum pukul Farrid pakai batang saderi dekat tangan dia.
" Hahahaha apa? Sayang tu membebel macam bertih jagung. Kira berguna jugalah cara tu " Farrid terus gelak lalu meninggalkan Shafika di dapur.

Shafika membuat muka geram je dengan perangai Farrid tu. Sehari kalau tak usik dia memang tak sah!

" Taknak kawan! " jerit Shafika dari dapur.

Farrid tersenyum sinis di ruang tamu. Konon taknak kawan.

" Taknak kawan takpe. Nanti kang tengok siapa cari siapa nanti. You always need me lah sayangg " Farrid pun turut menjerit balas kata-kata Shafika.

Shafika merengus geram. Menyampah! Asyik-asyik nak menang.

¤¤¤¤

" Kena ke ikut? "

Farah merengus geram. Dah berpuluh kali dia jawab soalan yang sama tapi mamat sebelah dia ni masih juga tak faham.

" Sukahati lah Encik Adwan Naufal. Saya tak kisah pun awak nak join ke tidak. Lagipun saya dah cakap tadi nak drive sendiri, awak juga beria nak hantar "

Hah ambik! Nak sangat perangai savage dia keluar kan, hadap sana.

Adwan menahan senyum. Sengaja je sebenarnya dia ulang soalan yang sama. Well dia suka tengok tunang dia ni bengang tahap petala entah ke berapa.

Farah menyampah betul. Dia dah cakap nak drive sendiri pergi rumah Shafika tapi Adwan ni nak juga hantar dia. Lepastu bertanya macam minta spanar je kepala tu.

" Aku ikutlah. Jangan risau. Lagipun baik aku join kawan-kawan kau kan. So lepasni takde lah janggal sangat " Tenang. Ye tenang je Adwan jawab. Bukan macam sebelum ni. Savage gila!

Farah sumpah terharu sebab Adwan nak cuba kenal dengan kawan-kawan. Dia rasa macam okay at least orang sekeliling dia semua dihargai oleh someone yang bakal jadi teman sehidup semati dia.

" Glad to hear that. Lepasni aku kenal dengan kawan-kawan kau pula. So, it's fair " senyum Farah.

Adwan mengangguk. Dia pun taknak nanti kawan-kawan dia tak kenal siapa tunang dia. Lagipun dia takkan nak sembunyikan isteri dia pula nanti kalau dah kahwin.

" Nanti belok kiri dekat simpang depan tu "

Adwan mengangguk lagi. Dia mengerling Farah yang teruja semacam nak jumpa kawan-kawan dia tu. Ni mesti kes susah nak jumpa. Alahaii..

Sebaik sahaja sampai, empat orang tu terus menjerit berpelukan. Semacam je terujanya. Yang lelaki cuma mampu tergeleng kepala melihat mereka semua.

" Aku, Iman. Ni Daniel. Yang tu kau kenallah kan sebab majlis haritu hahah " Iman menepuk bahu Adwan sambil memperkenalkan diri mereka.

Adwan tersenyum kecil. Gilalah tak kenal Farrid Affiq ni. Lagipun mereka dah kenal masa majlis haritu.

" Farah tu garang kan? " tanya Iman.

Adwan tergelak kecil. Garang? Belum pernah lagi lah dia tengok minah tu mengamuk ke apa.

" Belum tengok taring dia lagi. Tapi kalau bab savage, aku setujulah juga " balas Adwan sambil memandang Farah yang tergelak bersama sahabatnya.

" Hah yang tu aku setuju. Sebab Shaff tu sebijik je dengan Farah savagenya. Macam belangkas " Farrid tergelak sama dengan Adwan. Nasib lah dapat wanita macam tu.

" Nasib baik kitaorang tak macam tu sangat " ujar Iman.

Iman dan Daniel ber high five sebelum tergelak bersama.

Lama rasanya tak spend time macam ni sejak masing-masing sibuk berkerja dan ada life masing-masing.

Mereka berempat terus ke meja makan sebaik sahaja dipanggil oleh Zulaikha. Anak-anak? Tidur dah tadi. Hahah!

Tbc

Ok rasa macam merapu tahap apa dah ni.

Mrs Farrid AffiqTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang