Siapa Dajjal?
Dajjal ialah seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".
Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan di atas muka bumi.
Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi kepada Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin"Dajjal akan menjadi ketua di dunia ni. Semua pemerintahan nanti bawah kekuasaannys. Apabila telah kuasai semua, dia akan mengaku sebagai tuhan.
Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengakui dia ialah tuhan. Sesiapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tetapi dapat kemewahan dunia. Sesiapa tak mengaku, derita.
Hari pertama Dajjal di dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.Dajjal nl penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dalam kalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Tindakan ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
"Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya"
- Nabi Muhammad SAW.
Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang telah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
"Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi"
- Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dah pesan. Amalkanlah!
Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh membantu, waktu itu seorang ibu hendak tolong anak pun tak boleh.
"Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak daripada Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari."Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng tersebut".
- Syeikh Zainul Asri.
Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia ialah tuhan.
Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan ialah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya ialah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.
Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal"
"Yang paling aku takut melanda umatku pada akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal".
- Nabi Muhammad SAW.
Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa
huru-haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kumpulan Cerita Islami {Revisi}
SpiritualKumpulan Cerita Islami Dunia Tapi Bukan Cerita seperti novel spiritual. Semoga Bermanfaat. Dan semoga Allah selalu melindungi kita dimana kita berada. Aamiin. Artikel dimuat dari berbagai sumber, dan sudah dicantumkan. Habbluminnanaas. Habluminaall...