(143) Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir

508 43 3
                                    


Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia. 

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?"

Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepada-Mu."

Sebenarnya Allah Ta'ala lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah Ta'ala mendengar kata-kata para malaikat-Nya, maka Allah Ta'ala pun bertanya: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepada-Ku?"

Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dari-Mu." Allah Ta'ala bertanya lagi: "Pernahkah mereka melihat akan syurga itu?"

Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu." 

Berfiman Allah Ta'ala :"Hamba-hambaku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu."

Berkata para Malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah Ta'ala bertanya: "Mohon bebas dari apa?"

Berkata para Malaikat: "Hamba-Mu itu memohon kepada-Mu supaya mereka itu dibebaskan dari Neraka Jahanam."

Allah Ta'ala bertanya pada para Malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hamba-Ku melihatkan neraka-Ku itu?"

Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah."

Allah Ta'ala berfirman: "Hamba-hamba-Ku itu tidak pemah melihat Neraka Jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya." 

Kemudian para Malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hamba-Mu itu memohon ampun kepadaMu,"

Allah Ta'ala berfiman: "Dengarlah wahai para malaikat-Ku, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api Neraka yang mereka takut itu."

Berkata Malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir."

Allah Ta'ala berkata: "Orang itu pun Aku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka." 

Kumpulan Cerita Islami {Revisi}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang