Chapter 1: Akuma (Demon)

1K 10 0
                                    

Akiyama Mio POV

Tiada siapa pun tahu kehidupan sebenar ku. Aku kelihatan gembira di hadapan semua orang tetapi aku tidak pernah gembira apabila aku berada di dalam rumah ini. Aku ingin menjadi Helen Mizuki dan bukannya Akiyama Mio. Sejujurnya, aku bukan sesiapa di dalam rumah keluarga Akiyama. Aku sekadar anak angkat. Namun, pasangan suami isteri keluarga Akiyama amat menyayangi aku dan membesarkan aku sebagai anak angkat mereka. Disebabkan itu, aku tidak mampu meninggalkan rumah itu. Malangnya, ada sesuatu yang membuat aku ingin meninggalkan keluarga Akiyama, iaitu Akiyama Ryou. Akiyama Ryou ialah anak lelaki tunggal keluarga Akiyama.

Semenjak aku menjadi anak angkat keluarga ini semasa usia ku 13 tahun, Ryou tidak pernah menyukai aku. Dia selalu memandang aku dengan pandangan membunuh. Pada masa yang sama, dia selalu mengawal semua pergaulan aku. Aku benci dia tetapi pada masa yang sama aku tidak boleh menyingkirkan dia dari hidup ku kerana nama keluarga Akiyama. Dia selalu sahaja menyatakan, "Kau harus ingat. Apabila kad pengenalan kau tertulis nama Akiyama, itu bermaksud kau ialah adik aku. Jadi aku ada hak untuk mengawal semua tingkah laku kau." Ayat itu membuatkan aku merasakan diri ku bagai di dalam penjara.

Aku marah kepadanya. Aku tahu jika aku memberitahu mama dan papa, dia akan dihukum tetapi selepas dia dihukum, aku yang akan menerima padahnya. Semua ini terjadi kerana mama dan papa tidak selalu berada di rumah. Aku masih ingat memori ketika aku berusia 13 tahun. Disebabkan aku selalu dibuli oleh Ryou, aku memberitahu mama dan papa. Malam itu, Ryou dimarahi teruk oleh mama dan papa. Namun, selepas dia dimarahi oleh mama dan papa, dia memasuki bilik ku. Dia mencekik ku. "Berani kau mengadu kepada mama dan papa? Jika sekali lagi aku dengar kau mengadu kepada mama dan papa tentang aku, aku akan memastikan hidup kau di rumah ini bagaikan neraka." Ancaman itu amat menakutkan aku.

"Ryou, lepaskan aku." Aku memberontak.

Namun, Ryou mendekat wajahnya di telinga ku tanpa melepaskan cekikkan dia. "Mio, jangan kau berani memanggil aku dengan nama 'Ryou'. Apabila kau menggunakan nama Akiyama, kau sepatutnya memanggil aku sebagai 'abang'. Faham?" Ancamnya lagi. Disebabkan ketakutan itu, aku hanya mengangguk dan dia melepaskan aku. Usia kami hanya jarak dalam setahun tetapi ketakutan ku terhadapnya ibarat jarak usia kami dalam 5 tahun. Selepas peristiwa itu, aku tidak berani untuk masuk campur dalam urusan kehidupan Ryou. Aku tidak peduli apa yang dia buat.

Sekarang usia aku sudah 16 tahun. Itu bererti Ryou berusia dalam 17 tahun. Di sekolah, aku selalu sahaja tersenyum dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat ku. Apabila di rumah, aku hanya pulang untuk menggantikan pakaian ku dan juga tidur. Aku selalu habis masa di tempat latihan muzik. Kini, aku menjadi seorang pianist yang dikenali ramai. Dalam dunia muzik, aku menggunakan nama ku sebagai Helen. A. M. Aku menggunakan nama itu untuk menyembunyikan identitiku. Tambahan pula, aku ingin orang dalam dunia muzik memanggil nama kelahiran ku.

Pada mulanya, mama dan papa menentang aku menggunakan nama tersebut. Tetapi aku memberitahu mereka, jika aku menggunakan nama Helen, reputasi keluarga Akiyama akan terjaga sebab dunia muzik dipenuhi dengan gossip. Jikalau suatu hari nanti, reputasi aku jatuh, hanya nama ku sahaja yang musnah dan nama Akiyama tiada kaitan. Selepas mendengar alasan itu, papa dan mama setuju. Namun, ada alasan lain disebaliknya. Alasannya, aku ingin menjadi Helen semula.

Itulah kesedihan hidup ku. Demi menyembunyikan kesedihan itu, aku terpaksa menjadi 'Happy Mio' di hadapan semua orang. Reaksi kegembiraan menunjukkan bahawa aku hidup dalam keluarga harmoni. Tiada siapa tahu situasi sebenar keluarga ku. Hanya diri ku sahaja.

"Haaaah!!!!" Aku mendengar jeritan dari kelas ku. Aku sudah agak ianya bermula lagi.

"Apa sudah jadi?" Soalku kepada sahabat baik ku, Ayase.

"Takimachi Ian. Dia meminta semua pelajar lelaki di dalam kelas berbuat kecoh." Jawab Ayase sambil memegang lengan ku.

Takimachi Ian ialah pembuat masalah di dalam kelas ini. Dia selalu sahaja melakukan sesuatu di luar kawalan. Guru tidak boleh membuat apa-apa tindakan kerana kuasa bapanya dan juga bukti yang dia pegang untuk mengugut guru. Lelaki ini benar-benar syaitan. Disebabkan dia, aku tidak boleh belajar di sekolah. Disebabkan dia juga, aku perlu mendapatkan tuisyen persendirian demi membaiki gred peperiksaan aku. Semalam, dia dan pelajar lelaki di dalam kelas kami membawa tepung lalu membaling tepung itu kepada guru. Hari ini, dia membawa pistol air berwarna dan menembak guru dengan pistol air itu. Dia sememangnya di luar kawalan.

Aku sudah tidak tahan dengan dia lagi. Aku benci suasana tertekan. Aku mungkin tidak boleh mengawal Ryou, pembuat masalah utama kepada aku. Tetapi aku akan membuktikan yang aku mampu mengawal iblis ini. Aku merampas pistol air daripada salah seorang pelajar lelaki lalu menembaknya di muka Takimachi Ian. Selepas Ian terkena tembakan berwarna yang boleh mengotorkan bajunya itu, matanya terus memandang ku. Renungannya dan renungan Ryou sama. Aku mungkin takut dengan renunga itu. Tetapi hari ini, aku akan membuktikan yang aku tidak takut lagi dengan renungan itu. Sebelum aku menentang Ryou, aku akan menentang Ian dahulu. "Since both of us ever rise up in New York, I am pretty sure you can understand my English, Takimachi Ian. Can you stop your childish game?" Kataku kepada Ian. Sudah lama aku tidak berbahasa Inggeris. Ini kali pertama aku berbahasa Inggeris di sekolah tinggi.

"Oh...." Balas Ian dengan nada angkuhnya. Maka peperangan antara dua benua bermula. 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now