Chapter 4: Terluka

298 8 0
                                    

Takimachi Ian POV

Aku sememangnya geram selepas Akiyama Mio menolak aku ke dalam kolam. Aku ingin membalas perbuatannya. Disebabkan itu, aku mengikutnya ke kelas. Namun, selepas aku melihat dia bersama abangnya, Ryou, langkah ku terhenti. Aku juga tidak berani membuka pintu kelas. Namun, pertengkaran mereka namun aku dengari. Aku fikir hanya aku terluka tetapi Mio juga terluka. Aku tidak pernah menyangka yang dia juga dilayan kasar oleh abangnya.

Apabila Mio ingin keluar dari kelas, aku bersembunyi. Aku nampak Mio keluar bersama pakaian salin di tangan. Dia berjalan seperti tiada emosi. Manakala, abangnya pula kelihatan seperti mahu membunuhnya. Pandangan mata abangnya, aku boleh memahami bahawa dia akan belasah Mio jika Mio pulang ke rumah. Pandangan itu sama sekali dengan pandangan Sara terhadap ku. Aku mengekori Mio dari belakang. Apabila tiba di suatu tempat, langkah Mio terhenti. Aku merasakan yang tubuhnya menggelentar. Aku boleh menduga yang dia berada dalam ketakutan dan juga bersedih. Aku tidak pasti sama ada kesakitan yang kami rasakan sama tetapi dari pandangan ku, aku merasakan situasi yang Mio dan aku berada ialah sama. Kami berdua dibenci oleh saudara sendiri.

Petang itu, aku pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. Aku selalu pergi ke sekolah dengan kenderaan sendiri kerana pemandu selalu dimonopoli oleh kakak ku, Sara. Disebabkan Sara, aku menjadi lelaki yang berdikari. Aku rasa Mio juga sama. Semenjak aku menyedari kehadirannya, aku merasakan yang dia selalu memandu keretanya ke sekolah. Jika dia tidak memandu, dia pasti akan menggunakan pengangkutan awam. Bagaimana orang kaya boleh menggunakan pengangkutan awam? Aku kenal spesis orang kaya. Mereka tidak akan membenarkan anak mereka datang dengan pengangkutan awam tetapi Mio lain. Dia tidak peduli dengan semua itu. Dia hidup seperti biasa. Namun, yang membuat aku tidak faham ialah bagaimana di sekolah dia mampu tersenyum? Adakah senyuman itu melindungi kesakitan dan ketakutan dia? Fuhh!!! Keluh ku. Aku tidak tahu apa-apa tentang gadis itu.

Kemudian, aku mendengar bunyi pecahan pinggan. Aku boleh agak yang Sara mengamuk lagi. Setiap kali berlaku sesuatu yang merimaskan dia atau membuat dia marah, dia pasti akan mengamuk seperti orang gila. "Papa tak pernah peduli tentang aku. Papa selalu sibuk dengan kerja dia." Jerit Sara. Aku tidak berani keluar bilik.

"Cik, tetapi tuan sibuk." Kata pembantu rumah kepada kakak ku.

"Diamlah!" Jerit kakak ku lalu berlari masuk ke dalam bilik ku. Tanpa berkata sepatah pun perkataan, Sara menampar ku. "Disebabkan kau, mama mati. Kau tak patut hidup, anak iblis.." Setiap kali Sara marah, aku menjadi tempat untuk dia melepaskan kemarahan. Aku menepis tangannya lalu berjalan keluar dari bilik ku.

"Tuan Ian...." Pembantu rumah cuba mengenangkan aku tetapi aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Setiap kali kakak aku mengamuk, aku akan keluar dari rumah itu dan berjalan tanpa arah tuju. Aku keluar dan menghidupkan enjin kereta lalu memandu kereta ku ke bandar.

Kira-kira jarak aku pergi sudah jauh dari rumah ku, aku berhenti kereta ku di sebelah. Aku menumbuk steering kereta beberapa kali untuk mengenangkan diri ku. Aku tidak faham kenapa aku harus melalui hidup seperti ini. Kemudian aku keluar dari kereta. Aku menyalakan rokok tetapi niat itu terhenti apabila aku melihat Mio di sebuah studio piano. Aku nampak dia di studio itu sambil bermain piano. Wajahnya kelihatan sedih sekali. Muzik yang dimainkannya juga kedengaran amat menyedihkan. Adakah Mio melepaskan segala kemarahan dan kesedihannya melalui muzik? Mungkin. Dia wanita. Mustahil dia akan terjebak dalam gejala teruk macam aku. Aku melepaskan puting rokok lalu memijaknya.

"Kau suka gadis itu?" Soal seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 35 tahun. "Dia pelajar aku, Akiyama Mio atau nama dalam dunia muziknya ialah Helen A. M."

"Helen A. M?" Soalku kerana aku terkejut apabila mendengar nama tersebut. Aku tahu pianist remaja terkenal ialah Helen A. M. tetapi aku tidak pernah melihat wajahnya.

"Helen Akiyama Mio. Singkatan menjadi Helen A. M.. Dia pelajar yang aku banggakan. Malangnya, dia kurang mempunyai perasaan. Setiap kali dia bermain piano, aku boleh merasakan luahan hatinya. Dia jarang bercakap ataupun tersenyum." Tambah lelaki itu.

"Mustahil." Balasku. Aku berkata begitu kerana di sekolah dia kelihatan begitu aktif dan riang.

"Tiada siapa yang tahu kesakitannya. Namun, jika seseorang memahami dirinya, orang itu mampu merasai kesakitan melalui muzik. Melihat uniform sekolah kamu, kamu sama sekolah dengan Mio. Jika kamu mengenali Mio, aku ingin kau membantu aku melihat keadaan Mio." Balas lelaki itu dengan wajah tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam studio.

Mataku sambung merenung Mio yang sedang bermain piano. Aku tidak faham kenapa dia ingin menggunakan nama Helen A. M dalam bidang muzik. Dia boleh menggunakan nama Akiyama Mio sahaja. Jika dia menggunakan nama Akiyama Mio, pasti keluarga Akiyama bangga. Mio, kau mempunyai banyak misteri.

*************************

Hey, to all my readers and follower.... 

PLEASE LEAVE YOUR COMMENTS ABOUT THIS STORY. 

I WOULD LIKE TO KNOW WHAT ARE YOU THINKING ABOUT MY STORY  

Don't forget to follow my Twitter

Twitter: oliviaamran

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now