Akiyama Mio POV
Aku hampir mati disebabkan Ryou. Terima kasih kepada Takimachi Ian. Jika dia tidak datang, sudah tentu nyawa ku hilang di tangan Ryou. Namun, pada masa yang sama, aku mengharapkan aku mati. Jika aku mati, aku boleh menemui ibu bapa kandung aku di syurga. Aku tidak faham kenapa hidup aku harus begini? Impian aku musnah sejak keluarga kandung aku pergi. Mama dan papa tidak patut meninggalkan aku. Mereka harus membawa aku bersama. Masuk ke dalam keluarga ternama bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Aku tidak memerlukan nama untuk mencapai sesuatu. Aku hanya memerlukan keluarga untuk mencapai kebahagiaan.
Pagi itu, selepas aku keluarga dari hotel, aku menziarahi makam keluarga ku. Ibu bapa aku dikebumikan di sebelah-menyebelah. Bapa kandung aku merupakan seorang pianist manakala ibu kandung aku pula seorang model. Mereka berdua pasangan bahagia. Disebabkan mereka, aku mampu merasakan kebahagiaan selama 12 tahun. Namun, Tuhan mengambil mereka dengan sekelip mata. Kebakaran di sebuah hotel di Okinawa mengorbankan ibu bapa aku. Pada masa itu, ibu bapa aku sudah sempat menyelamatkan diri tetapi pasangan suami isteri Akiyama tidak sempat keluar dari kebakaran itu. Bapa aku, Mizuki Naoki seorang pria yang baik hati tidak mampu membiarkan pasangan itu terperangkap di dalam kebakaran. Dia cuba menyelamatkan pasangan Akiyama. Pasangan Akiyama berjaya diselamatkan tetapi bapa aku gagal keluar dari hotel itu. Mama, Esther Mizuki berlari dan cuba menyelamatkan papa. Malangnya, dia gagal apabila tiang yang terbakar jatuh ke atas mereka berdua. Mereka berdua mati di hadapan aku. Aku cuba berlari ke arah mereka tetapi pasangan Akiyama menghalang ku.
Itu kenangan yang paling baik. Disebabkan aku tiada relatif lain, pasangan Akiyama mengambil aku sebagai anak angkat. Disebabkan ibubapa aku orang yang dikenali dalam alam muzik, wartawan memburu aku. Demi menyelamatkan aku dari wartawan, pasangan Akiyama mengambil aku sebagai anak angkat dan menukar nama ku kepada Akiyama Mio. Pasangan Akiyama amat baik dan juga penyayang. Disebabkan itu, aku tidak mampu mengkhianati mereka. Namun, aku menghadapi masalah apabila anak lelaki mereka tidak mampu menerima aku. Akiyama Ryou membuat aku hidup bagai dalam neraka. Di hadapan ibubapanya, dialah pelakon yang terhebat. Di belakang ibubapanya, dia ialah iblis. Sukar untuk aku meluahkan segalanya memandangkan aku bukan anak kandung keluarga Akiyama. Aku mengharapkan aku boleh pergi bersama ibu bapa ku. Sekurang-kurangnya, penderitaan ini berakhir. Malangnya, Tuhan tidak mengizinkan aku. Aku dan ibubapa ku terpisah di antara dunia yang berbeza.
"Helen A. M!" Aku mendengar seseorang memanggil ku. Aku menoleh ke belakang. "Boleh saya minta bantuan kamu? Kamu selalu bertemu dengan Chiaki Rei, kan?" Soal gadis yang lebih kurang usianya sama dengan Ryou. Aku mengangguk. "Boleh kamu dapatkan tandatangan Chiaki Rei di album ini? Ini alamat saya. Nanti kamu boleh kirimkan album ini semula di alamat saya. Di alamat itu juga ada tertulis nombor telefon." Tambah gadis itu. Aku hanya mengangguk. "Terima kasih yeah." Balas gadis itu dan berlalu pergi.
Selepas gadis itu pergi, aku duduk di antara makam ibu bapa ku. Aku bersandar di batu nisan mereka. Entah kenapa apabila aku berada di sana, aku merasakan aku seolah-olah bersama ibu bapa ku. Kemudian, tangan ku memasukkan album yang diberikan oleh gadis itu di dalam beg plastik. Aku akan menunaikan janji ku kepada gadis itu. Untuk masa sekarang, aku hanya ingin bersama ibubapa ku. Di pagi itu, tiba-tiba hujan turun. Aku ingin berlari tetapi hati ku ingin duduk di makam tersebut. Seluruh tubuh ku basah. Aku terus bersandar sehingga aku tertidur di sebelah makam ibu bapa ku.
Namun, beberapa jam kemudian, aku merasakan ada orang mengejutkan aku. Mata ku berat untuk celik dan aku melihat ibu angkat ku datang dengan gaun berwarna purple. "Mio, bangun! Mio! Mio!" Aku dengar suara ibu angkat ku. Aku ingin bangun tetapi seluruh tubuh ku berasa lemah. "Honey, jangan risau. Biar saya bawa Mio ke dalam kereta. Tolong pegang payung sebentar." Aku juga mendengar suara bapa angkat ku. Dia mengangkat aku dan berlari membawa aku masuk ke dalam kereta.
"Honey, suhu badan Mio panas."Ujur ibu angkat ku kepada suaminya.
"Kita pulang ke rumah dahulu. Selepas itu saya akan telefon doktor." Aku mendengar perbualan mereka.
"Mama, jangan risau. Saya okay." Balasku dan bangun dari riba mama. Tetapi aku merasakan diriku tidak stabil. Aku merasakan dunia ku berpusing.
"Bagaimana mama tidak risau? Kau lemah." Kata ibu angkat ku. Aku tidak menjawab.
Apabila tiba di rumah, bapa angkat aku memapah aku keluar dari kereta. Namun, sebaik sahaja aku melihat wajah Ryou, aku menepis tangan bapa angkat ku. Aku tidak berkata apa-apa lalu berjalan keluar menuju ke pagar dalam keadaan hujan. Bapa angkat ku menarik aku. "Kenapa? Kau bergaduh dengan abang kau?" Soal bapa angkat ku sambil memegang bahu ku.
"Saya ingin mencari keamanan." Balasku kepada bapa angkat dan menepis tangannya. Bapa angkat ku menarik aku. Di saat itu, selendang di leher ku terjatuh dan bapa angkat ku melihat kesan jari mencekik leher ku. "Saya ingin pergi dari neraka ini." Bisik ku lalu berusaha berjalan walaupun dalam keadaan lemah. Aku hampir tersungkur di hadapan pagar tetapi bapa angkat ku dengan pantas menyambut aku lalu mengangkat ku dan mendukung ku di bahunya. Aku kelihatan kecil sekali di bahunya.
"Maafkan papa. Kau berehat dahulu dan apabila kau sihat, kita bincang." Bisik papa. Aku terdiam. Sebelum masuk ke rumah, papa memandang Ryou dengan renungan maut lalu menampar Ryou. Tanpa berkata apa-apa, papa dan mama meninggalkan Ryou lalu pergi ke bilik ku. Papa membaringkan aku dan mama menukar pakaian aku. Aku berasa nyaman ketika mama di samping ku. Disebabkan itu, aku mampu terlelap.
Malangnya, mimpi ngeri ku kembali apabila aku merasakan ada seseorang masuk ke bilik ku. Sedang aku nyenyak tidur di atas katil, aku merasakan ada seseorang menarik rambut aku. Sebaik sahaja aku terjaga, tamparan hinggap di pipi ku. "Aku sudah kata. Jangan kau buat hal. Kau berdegil." Bisik Ryou lalu menampar ku lagi. Disebabkan aku demam, aku tiada tenaga untuk melawannya. Jadi, aku diam sahaja. Kemudian, Ryou turun dari katil ku dan berjalan keluar. "Jika aku dibelasah papa kerana kau, kau tahu akibatnya." Ugut Ryou. Aku benci hidup di rumah ini. Aku mengharapkan aku cepat dewasa supaya aku bebas daripada hak asuhan keluarga Akiyama dan kembali kepada nama Helen Mizuki.
Selepas aku kena tamparan daripada Ryou, sukar untuk aku kembali tidur. Aku turun dari katil dan pergi menghampiri piano. Dalam jam 12 malam, aku terjaga dan bermain piano denga muzik Sad Love. Muzik yang sememangnya sedih menjadi lebih sedih. Ini kerana semua perkara yang aku rasa akan aku luahkan melalui muzik. Sekarang baru aku sedari. Jari yang aku punyai ini merupakan satu tinggalan bapa aku kepada aku. Aku berkata begitu kerana jari ini mampu menjadikan aku seorang pianist. Dengan menekan kekunci piano, aku akan berasa tenang dan melepaskan semua tekanan aku.
**********************************************************
KEHIDUPAN MIO MENJADI SEMAKIN SUKAR....
Selepas membaca cerita ini, please comment yeah. Saya ingin tahu bagaimana perasaan pembaca selepas membaca cerita ini.
Untuk tahu sama ada cerita ini sudah update atau tidak, boleh follow Twitter saya
TWITTER: oliviaamran
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...