Chapter 11: Pertalian yang Diputuskan

146 6 0
                                    

Takimachi Ian

Semenjak Mio jarang datang ke sekolah, aku juga berhenti kerja jahat ku. Kira-kira sudah tiga bulan rekod kehadiran Mio di sekolah ini tidak penuh. Sekarang, Gomi yang mewarisi semua kejahatan ku. Manakala aku menjadi seorang lelaki yang digelar 'Lone Wolf'. Aku tiada minat hendak mengambil tahu keadaan sekeliling ku. Aku juga tidak peduli keadaan di rumah ku. Hidup ku, aku hanya melakukan apa yang aku rasa aku hendak lakukan tanpa berbicara dengan sesiapa.

Jam 4 petang, aku kembali ke rumah. Aku mendengar Sara menelefon bapa aku. Dia meminta bapa ku menghadiri ke majlis tandatangan rekod pelajar. Namun, bapa aku tidak ingin. "Papa boleh tak tolong luangkan masa sedikit demi saya! Kerana papa saya selalu diejek oleh kawan!" Aku mendengar jeritan Sara ketika dia bercakap telefon dengan bapa ku. Aku berdiri di ruang tamu melihat kelakuan Sara. Muka Sara kelihatan bengis sekali. Reaksi marah sememangnya terpapar di wajahnya. Kemudian, aku melihat dia menghempas Iphone 6 miliknya. Telefon ku berkecai dan dia menangis.

"Cik Sara, bertenang." Pengasuh kami cuba menenangkan Sara.

"Jika mama ada, sudah tentu semua ini tidak akan terjadi." Bisik Sara sambil menangis. Aku tahu Sara masih terluka kerana kehilangan ibunya. Namun, hidupnya lebih bernasib baik daripada aku. Sekurang-kurangnya dia sempat memanggil ibu kami dengan gelaran 'mama'. Manakala aku pula, aku langsung tidak ingat wajah ibu ku. Aku juga tidak sempat memanggilnya 'mama'. Ibu aku meninggal dunia semasa aku berusia setahun. Pada masa itu, aku masih belum mengenali dunia. Aku tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu. Mata Sara kemudiannya memandang aku. Dia melihat ku dengan renungan maut. Dia berjalan ke arahku lalu menampar ku.

"Cik Sara, Tuan Ian tidak salah." Pengasuh kami cuba untuk menyebelahi aku.

"Jangan kau tunjuk muka kau di hadapan ku lagi!" Tengking Sara. Aku memegang pipi ku. Aku berasa sakit sekali.

Selalunya, aku hanya diam tetapi aku merasakan perbuatan Sara sudah melampaui batas. Aku menggenggam penumbuk ku dan memandang Sara di renungan mahu. "Jika ini kau inginkan, aku akan pergi. Aku pun tidak ingin mempunyai kakak seperti kau." Kataku lalu keluar dari rumah dengan uniform sekolah.

"Tuan Ian! Tuan Ian! Jangan pergi!" Pengasuh ku memanggil nama ku tetapi aku tidak mempedulikan panggilan itu. Aku sudah benci dengan kehidupan yang sering dipersalahkan atas sesuatu yang aku tidak pernah lakukan. Aku memandu kereta ku keluar dari rumah dan meninggalkan halaman rumah tersebut dengan perasaan bercampur-baur.

Akiyama Mio POV

Aku baru sahaja keluar dari Stardust Promotion Co., Ltd untuk mendapatkan salinan filem Dark Moon yang aku lakonkan. Filem itu masih belum dilancarkan tetapi aku perlu mendapatkan salinan tersebut kerana aku ingin Sara menonton filem tersebut. Aku ingin Sara memperbaikikan hubungan dia dan Ian. Bagi ku, mereka harus mempunyai satu pertalian persaudaraan yang baik. Walaupun aku sedar yang itu bukan masalah aku, tetapi ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah harus menjaga hubungan kerana jika berlaku apa-apa kepada kita suatu hari nanti, ahli keluarga merupakan orang yang pertama akan membantu kita. Aku juga tidak mahu Sara menyesal kemudian.

Semasa aku hendak masuk ke dalam kereta ku, aku menerima panggilan daripada pengasuh Ian dan Sara. Aneh sekali kerana dia jarang telefon ku. Kali terakhir dia menelefon aku semasa Ian demam panas. "Hello!" Aku menjawab panggilan dia. "Cik Mio, Sara dan Ian bergaduh lagi. Kali ini Tuan Ian keluar dari rumah dan tidak akan kembali lagi. Saya risau la. Cik Mio pun tahu bagaimana Tuan Ian itu. Jika dia nekad, dia tidak akan peduli kesan baik atau kesan buruk. Saya risau jika hubungan Cik Sara dan Tuan Ian akan benar-benar berpisah." Jelas pengasuh Ian dan Sara dalam keadaan cemas.

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now