Takimachi Ian POV
Sebelum ini aku tidak peduli keadaan di sekeliling ku. Aku tidak mengenali semua pelajar di dalam kelas ku. Tetapi, selepas warna biru yang datang dari pistol air ini terkena di wajah ku, aku mula menyedari bahawa ada seseorang yang berani menentang ku. Ini kali pertama aku melihat wajah dia, Akiyama Mio. Gadis yang selalu menerajui posisi pertama dalam peperiksaan dan juga penari ballet sekolah. Dia ialah epal di mata semua orang. Menarik! Hidup ku di sekolah tinggi akan menjadi lebih menarik dengan gadis ini. Tambahan pula, dia datang dari keluarga Akiyama. Ini lebih menyeronokkan.
"Kenapa kau tidak berbahasa Jepun? Kau fikir aku boleh faham Bahasa Inggeris." Aku sengaja mencabar kesabarannya.
Dengan berani sekali, dia menembak ku sekali lagi. Kali ini warna biru itu terlekat di kemeja sekolah ku. "Don't make I laugh, Ian. Impossible you do not understand English. Even we never talk but don't think I don't know about you. You are half American and half Japanese. Don't forget our families are close." Balas Mio dalam Bahasa Inggeris. Aku tahu yang Mio tidak mahu sahabat di dalam kelas ku begitu memahami. "Aku tahu kau tidak mahu pelajar lain tahu mengenai diri kau yang sebenar. So, that better you play along with me." Ancam Mio. Semua pelajar terdiam dan tertanya-tanya tentang perbualan Mio dan aku.
Gadis ini sememangnya mencabar aku. Aku mengelap wajah ku dengan lengan baju. "You are really brave, girl." Kataku kepada Mio.
"Ian, cukuplah. Kau sudah melebihi hadnya. Kita bukan budak-budak lagi." Jerit Mimi, iaitu salah seorang sahabat Mio.
"Kenapa kau perlu buat semua ini? Kau anak iblis." Kata salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas ku, Yuriko. Ayat itu benar-benar membuat aku panas.
"Ian, apa kita nak buat?" Bisik Gomi, salah seorang pelajar lelaki yang selalu bersama ku.
"Tunggu selepas tamat waktu persekolahan." Balasku lalu melangkah kaki keluar dari kelas.
Aku pergi ke tandas dan membersihkan kotoran di wajah serta pakaian ku. Akiyama Mio, kau begitu berani tetapi aku ingin melihat sejauh mana keberanian kau itu. Yuriko, kau tiada hak untuk memanggil aku sebagai anak iblis. Disebabkan kau memanggil aku dengan gelaran itu, aku akan menunjukkan identiti anak iblis sebenarnya. "Kau tunggu dan lihat, Yuriko." Bisik ku sambil mengelap bibir ku.
"Ian, kau tak apa-apa?" Tanya Shinji yang tiba-tiba muncul di dalam tandas.
"Aku okay." Balasku sambil memandang ke cermin. "Shinji, sediakan perangkap ku. Petang ini, selepas tamat waktu persekolahan, aku akan ajar Yuriko. Tiada siapa berani panggil aku anak iblis. Memandangkan dia begitu berani, aku akan tunjuk rupa anak iblis yang sebenar." Kata ku kepada Shinji.
"Baiklah, bos. Nampaknya aku boleh berseronok untuk hari ini." Balas Shinji kemudian beredar. Ya, aku akan menjadi anak iblis petang ini.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...