Helen Mizuki POV
Perlahan-lahan mata ku terbuka. Aku melihat siling. Ternyata aku berada di dalam bilik. Kemudian, aku menoleh ke tepi. Aku melihat seorang lelaki sedang duduk sambil bersandar di kepala katil dengan mata terpejam. melihat wajahnya, segala memori yang berlaku semalam kembali. "Aku tidak tipu. Aku sememang Hayden Mizuki. Abang kau yang hilang." Ayat itu bermain difikiran ku. Aku bangun perlahan-lahan lalu melihat wajah Yu Li Shang.
Aku merenung wajahnya. Agak sukar untuk menggambarkan yang dia ini ialah Hayden kerana wajahnya tidak kelihatan seperti dahulu. Namun, hanya satu tempat sahaja yang boleh membuktikan yang dia ialah Hayden. Tanda lahir di pinggang. Aku duduk di hadapannya lalu membuka setiap kancing baju kemeja Yu Li Shang. Sudah tentulah tindakan aku itu menyedarkan Yu Li Shang. "Apa kau buat?" Yu Li Shang menghentikan aku. Aku tidak bercakap banyak lalu mengoyak kemeja tersebut. beberapa butang tercabut dari baju Yu Li Shang.
Sebaik sahaja bahagian pinggan Yu Li Shang terdedah, tangan aku menutup mulut ku yang ternganga dengan luas. Tanda lahir itu.... Tanda lahir itu ada di pinggang Yu Li Shang. "Ini tak mungkin...." Bisik ku.
Yu Li Shang memandang aku dengan renungan maut. Kedua-dua belah tangannya bersilang. "Puas dengan apa yang kamu lihat?" Soalnya dengan nada bengis. Aku menggelengkan kepala ku. Aku tidak percaya yang aku akan menemui abang aku dengan cara begini. Abang kandung aku yang hilang. Aku berasa sukar untuk mencarinya. Tetapi siapa sangka yang aku akan bertemu dengan dia dalam keadaan begini. "Helen, sampai bila kau nak duduk atas paha ni?" Soalnya. Aku tidak menghiraukan apa yang disoal olehnya lagi. Dengan tangisan, aku terus memeluk Yu Li Shang seerat yang mungkin. "Helen?" Aku mendengar suara Yu Li Shang memanggil nama ku. cara dia memanggil nama ku sama dengan nada Hayden. Aku rindu alunan nada itu.
Perlahan-lahan aku melepaskan pelukan ku. kedua-dua belah tangan ku menyentuh pipi Yu Li Shang lalu ketawa kecil di dalam tangisan. "Saya rasa kita seperti bermain permainan seek and hide. Setelah sekian lama saya cari, siapa tahu saya akan menemui abang semula." Kataku sambil ketawa dan menangis.
"Helen...." Dia memanggil nama aku lagi.
"Abang pasti sudah tahu betapa teruknya hidup saya. Saya gembira bertemu dengan abang semula tetapi saya rasa saya tidak boleh berdepan dengan abang." Hayden tidak bersuara lalu memelukku. Aku menangis di bahu Hayden.
"Maafkan abang kerana baru sekarang abang muncul di hadapan kau. Abang tahu kehidupan kau penuh dengan kesedihan. Selepas ini, abang tidak akan meninggalkan kau lagi. Abang akan melindungi kau dan mengembalikan kebahagiaan kau. Abang akan memastikan yang kau dan Takimachi Ian akan bersatu." Apabila Hayden menyebut nama Ian, aku melepaskan pelukkannya. Aku merenung matanya.
"Bagaimana abang tahu nama suami saya?" Soalku.
Hayden tersenyum. "Selepas kau muncul sebagai model komersial dengan nama Helen Mizuki, abang upah orang untuk menyelidik tentang kau. Abang tahu masa silam kau. Akiyama Mio dan Helen A. M ialah diri kau. Akiyama Mio, puteri keluarga Akiyama yang disangkakan mati dan juga Miss Japanese, Helen A. M yang hilang ialah diri kau, Helen. Abang gembira jika kau ingin bercerita segalanya kepada abang tetapi sebelum kau bercerita, tolong alih tubuh kau dari paha abang. Kau berat la." Aku ketawa apabila mendengar usikkan Hayden. Sudah lama aku tidak ketawa seperti ini.
"Berat saya hanya 53 kg sahaja la." Protes ku sambil mengalih tubuh ku lalu menyandar diri ku di kepala katil. Aku berhenti tersenyum dan mata ku merenung cincin di jari ku.
"Kau merindui suami kau?" Soal Hayden.
Aku menggelengkan kepala ku. "Hidup saya terumbang-ambing selepas mama dan papa pergi." Kataku.
"Abang tahu. Keluarga Akiyama mengambil kau sebagai anak angkat dan menukar nama kau kepada Akiyama Mio. Hidup kau akan lebih sempurna jika Akiyama Ryou boleh menerima kau sebagai adiknya." Kata Hayden.
Bibir ku tersenyum. "Malangnya dia tidak menerima saya sebagai adik. Dia menganggap saya sebagai musuh yang akan merampas segala haknya. Dia membuat saya berasa ingin meninggalkan keluarga Akiyama dengan lebih pantas. Punca Akiyama Ryou jugalah, saya terpaksa mengahwini Takimachi Ian lebih muda. Saya sangka jika saya mempunyai suami, ada seseorang akan melindung saya. Ian melindungi saya dengan baik tetapi dia tewas di tangan Ryou. Itu yang membuatkan dia gagal melindungi saya dan juga anak lelaki kami. Tambahan masa itu, kami berdua terlalu muda. Sukar untuk mempertahankan rumah tangga. Namun, jika perbuatan Akiyama Ryou hanya melibatkan perpisahan saya dan Ian, saya mungkin tidak akan berdiri di atas garisan maut. Yang membuat saya berdiri di atas garisan maut ialah kerana anak lelaki saya. Setelah teruk saya mempertaruhkan nyawa untuk membuat anak saya melihat dunia dan kemudian ada seseorang yang hadir lalu membunuh anak itu, saya tidak mampu mengampunkannya. Walaupun anak saya mungkin tidak akan hidup kembali dengan melakukan semua dendam ini tetapi tindakan saya ingin mampu membuat Akiyama Ryou melutut dan merasakan kesakitan saya." Kataku dengan nada sayu.
"Abang tiada hak untuk menghalang kau membalas dendam. Jika abang di posisi kau, abang juga akan melakukan hal yang sama. Namun, jangan meletakkan diri kau di tempat berbahaya. Amat sukar untuk mencari kau, Helen. Jadi, abang tidak ingin kehilangan kau lagi." Kata Hayden. Aku hanya diam sahaja. "Jangan buat wajah begitu. Sekarang kau sudah menemui abang. Jadi hidup kau bukan berseorangan lagi." Tambah Hayden. Aku tersenyum sahaja.
Memandangkan aku sudah bertemu dengan abang kandung ku, jadi aku memutuskan untuk memasak juadah tengahari. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam masakan tetapi disebabkan aku pernah tinggal berseorangan, jadi aku belajar untuk memasak buat diri ku. tengahari itu, aku hanya menyediakan ikan salmon stem, telur gulung, sup dan nasi. Cukuplah untuk aku dan Hayden menjamu selera.
"Tak sangka yang model terkenal berupaya untuk masak." Ujur abangku lalu duduk di meja makan.
"Saya pernah hidup bersendirian. Jadi tidak hairanlah kalau saya boleh memasak." Balasku.
"Amazing! Berdasarkan penyelidikan abang, kau menetap di Lake Como selama 8 tahun."
"Lake Como ialah tempat keamanan saya. Setelah saya kehilangan segalanya di Tokyo, saya pergi ke Lake Como untuk memulakan hidup baru saya. Lake Como sebuah tempat yang cantik dan indah." Kataku. Hayden merenung wajah ku. "Kalau saya boleh tahu, bagaimana abang boleh menjadi Yu Li Shang dan warganegara China?" Soalku.
"Abang berjaya membolos diri dari penculikan. Kemudian, abang bersembunyi di dalam kapal. Kapal itu berlabuh ke China. Seorang lelaki bernama Yu Ren Liang telah mengambil abang sebagai anak angkatnya. Semasa dia mengambil abang sebagai anak angkat, abang tidak memberitahu dia yang abang ini anak kepada Mizuki Naoki. Segalanya terbongkar apabila abang membaca berita tentang ibubapa kita yang terkorban di dalam kebakaran. Ternyata Yu Ren Liang ialah kawan baik kepada bapa kita. Jika dia tahu abang ini ialah anak kepada Mizuki Naoki, sudah tentu dia mengembalikan abang kepada ibubapa kita. Malangnya, abang juga salah kerana abang tidak memberitahu dia. Selepas dia mengetahui ibubapa kita terkorban, Yu Ren Liang cuba mencari kau tetapi kami gagal menemui kau. Jadi, abang dan Yu Ren Liang berputus asa. Namun, pencarian kau diteruskan semula pada dua tahun lepas. Yu Ren Liang tiada anak. Jadi, abang menjadi warisnya. Disebabkan itulah abang menjadi pengerusi untuk Berson Global."
Aku diam sahaja apabila Hayden berkata begitu. "Nampaknya hidup abang lebih baik daripada saya." Balasku. Di saat aku sedang berjamu selera dengan Hayden, telefon aku berdering. "Hello!" Balasku.
"Helen, ada seorang lelaki datang ke pejabat kau. Dia mengaku yang dia ialah bapa kau." Mataku terbeliak sebaik sahaja aku mendengar kata-kata setiausaha ku. Di saat itu, aku sudah menduga yang Akiyama Ryou pasti akan menggunakan bapaya sebagai senjata untuk memerangkap aku. Tidak mengapa! Jangan ingat aku bodoh. Aku tahu apa yang bakal aku lakukan.
"Saya akan ke sana sekarang. Beritahu dia yang saya akan menemuinya." Balasku kepada setiausaha ku.
"Baiklah, Cik Helen Mizuki!" Kata setiausaha ku lalu memutuskan panggilan antara kami.
Aku bangun dari meja makan tersebut dan berjalan masuk ke dalam bilik tanpa melihat wajah abang ku. Aku bersiap dan mencapai beg tangan ku. "Ke mana kau hendak pergi?" Soal Hayden.
"Melihat permainan Ryou." Balasku lalu melangkah keluar dari rumah. "Abang, tolong kemaskan dapur untuk saya. Nanti saya akan menyediakan makan malam bersama. Maaf kerana tidak boleh makan tengahari bersama abang." Ujurku. Hayden hanya mengangguk sahaja.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...