Yu Li Shang POV
Aku masuk ke dalam kereta lalu melepaskan nafas ku. Jujur aku katakan yang aku masih takut dengan Ryou tetapi ketakutan itu boleh di atasi apabila aku berkata kepada diriku yang aku ini Helen Mizuki. Helen Mizuki ialah gadis yang tidak takut kepada sesiapa kerana Helen Mizuki tiada apa yang bakal dia hilang kelak. Jika Akiyama Mio, dia ialah gadis yang bertimbang rasa. Aku tidak akan jadi gadis itu lagi. Aku bersandar di kusyen kereta sambil mengenangkan diri ku. Aku memejam mata ku.
Di saat aku memejam mata ku, memori pahit itu kembali. Imbasan di malam aku terpaksa melepaskan Ian. Pada malam yang sama, aku berasa sakit ketika melahirkan anak hasil daripada cinta aku dan Ian. Anak yang sepatutnya menjadi kekuatan cinta aku dan Ian. Baru satu hari selepas aku memegang dan menyusu anak itu, aku kehilangan dia. Ryou merampas anak itu daripada aku dan membunuhnya. Di usia 18 tahun, aku manusia yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap kali aku mengingati kejadian itu, jiwa aku meronta. Hati ku menjerit kesakitan. Aku tidak akan mampu memaafkan dia. walaupun Tuhan memaafkan Ryou, hati aku tidak akan pernah memaafkan dia meskipun dunia ini kiamat. "AKU TIDAK AKAN MEMAAFKAN KAU! AKU TIDAK AKAN!!!!!" Jerit ku di dalam kereta sambil menggenggam stering. Aku boleh merasakan mata aku kemerahan dan pipi ku dipenuhi dengan lelehan air mata.
Aku membuka mataku. Diriku berasa sedikit tenang. Aku mengambil sehelai tisu basah lalu mengelap semua solekan di muka. Aku tahu wajah ku pasti hodoh kerana tangisan. Disebabkan itu, aku terpaksa menanggalkan solekan. Aku juga tidak mampu melihat wajah aku di cermin kerana aku sendiri tidak mahu melihat wajah aku yang hodoh itu. Biarlah wajah ini kembali tenang seketika sebelum aku melihat ke cermin.
Selepas menanggalkan solekan, aku cuba menghentikan air mata ku. Agak sukar untuk aku menghentikan air mata kerana kesakitan di hati tidak mampu dilafazkan. Namun, dengan kata-kata 'Tangisan ialah satu kekalahan.', air mata aku boleh berhenti lebih cepat daripada dijangka. Tambahan pula, tangisan tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Anak yang aku kandung tidak akan kembali ke pangkuan ku lagi. Apabila aku berasa tenang, aku menampal solekan di wajah ku semula lalu memandu kereta ku keluar dari bangunan Akiyama Group.
Yu Li Shang POV
"Li Shang...." Luo Ke Rui menyebut nama ku. Aku duduk di dalam kereta sambil memandang Helen yang kecewa. Dari kereta ku, aku boleh lihat betapa protesnya dia. Tangisan dia! Kemarahan dia! Kekecewaan dia! Jika difikirkan semula, aku merasakan yang hidup aku ibarat matahari. Walaupun aku dibesarkan dalam kumpulan mafia tetapi aku memberi sinaran kepada sahabat-sahabat aku. Sedih dan gembira, aku berkongsi bersama dengan Yu Ren Liang dan juga sahabat-sahabat ku. Tiada banyak perkara yang aku sembunyi daripada mereka kecuali tentang identiti aku sebelum menjadi Yu Li Shang. Manakala, Helen hidup ibarat bulan. Sentiasa berada dalam keadaan suram, takut dan kecewa. Apa yang berlaku kepada Helen, boleh dikatakan salah ku. Jika aku lebih giat dalam mencari Helen, Helen pasti tidak menderita seteruk ini.
"Sally! Ke Rui, boleh kalian berdua pulang ke hotel dahulu. Aku memerlukan kereta." Kataku kepada dua orang sahabat ku yang setia. Sally memandu kereta ku dan kembali ke hotel. Apabila tiba di hotel, Sally dan Ke Rui turun dari kereta. Aku keluar dan memandu kereta tersebut keluar dari hotel. Petang itu, aku pergi menziarahi kubur kedua ibubapa aku.
Sebaik sahaja aku tiba di kubur tersebut, aku melihat kubur itu bersih tetapi bunga di kubur itu sudah layu. Mungkin Helen sudah seminggu tidak melawat kubur ini. Aku melihat kedua-dua kubur itu. "Mama! Papa! Hayden sudah kembali. Hayden tahu perkebumian mama dan papa diurus oleh Peguam Izumi. Disebabkan itulah mama dan papa dikebumikan di sini. Mama! Papa! Maafkan Hayden kerana baru sekarang Hayden berani muncul di hadapan mama dan papa. Hayden anak derhaka." Kataku sambil meletakkan bunga di kedua-dua kubur. "Mama! Papa! Hayden tahu yang masa tidak boleh kembali tetapi Hayden bersumpah yang Hayden akan menjaga serta mengembalikan kepada Helen. Hanya itu sahaja yang mampu Hayden lakukan untuk membayar dosa Hayden kepada mama dan papa." Tambahku lagi.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...