Chapter 3: Kau melebihi batasan, Ian

411 10 0
                                    

Akiyama Mio POV

Selepas waktu persekolahan, Ayase datang menemui ku. Dia memberitahu bahawa Yuriko dibuli di kolam renang. Mendengar sahaja aduan itu, aku sudah menduga semua ini kerja Ian. Ian sememangnya sengaja mencabar kesabaran aku. Mentang-mentang bapanya orang kaya dan juga berpengaruh, dia berani memijak orang lain. Aku benci manusia seperti ini. Sebaik sahaja aku mengetahui Yuriko dibuli, aku dengan pantas berlari. Aku menjadi risau tentang keadaan Yuriko kerana setahu aku, Yuriko tidak tahu berenang. Dia boleh mati lemas jika aku biar keadaan ini.

Apabila aku tiba di kolam renang, aku menanggalkan 'blazer' sekolah ku dan terus berenang menyelamatkan Yuriko. Aku tidak peduli keadaan sekeliling. "Alamak, Akiyama masuk campur." Kata salah seorang pelajar lelaki. Di sekolah tinggi itu, ramai pelajar tidak berani menyetuh aku kerana nama 'Akiyama'. Aku benci sistem sekolah ini. Sistemnya tidak adil. Anak yang datang dari keluarga berpengaruh akan diberi kehormatan manakala anak yang datang dari keluarga kaya dan kurang berpengaruh disisihkan. Jika aku ada kuasa untuk mengubah sistem sekolah ini, aku akan lakukan tetapi aku juga lemah. Ini kerana aku bukan berdarah Akiyama. Aku hanya anak angkat yang menggunakan nama itu.

Aku berenang dan menyelamatkan Yuriko. "Yuriko, kau okay?" Soalku sejurus sahaja aku berjaya membawa Yuriko ke daratan. Yuriko tidak menjawab tetapi aku melihat dia batuk berair. Seluruh tubuhku menggeletar selepas melihat keadaan Yuriko. "Maya, tolong bawa Yuriko ke bilik rawatan." Kataku sambil keluar dari kolam renang itu. Aku berdiri dalam keadaan basah kuyup sambil menggenggam penumbuk.

"Masami Yuriko, bagaimana rasanya apabila anak iblis muncul di hadapan kau?" Soal Ian dengan wajah yang tidak bersalah. Ian masih boleh bersuara walaupun dia tahu kesalahan dia? Dia sememangnya tidak masuk akal. Yuriko tidak berkata apa-apa lalu pergi meninggalkan kawasan kolam renang Bersama Maya. Mata ku kemudiannya menggeling ke arah Ian. "Kenapa? Kau kelihatan menggelentar sekali." Kata Ian tanpa berasa sedikit pun bersalah.

Aku memandang wajahnya. "Ya. Aku memang menggelentar. Ini kali pertama aku rasa menggelentar akibat kemarahan." Kataku.

"Oh.... Tahniah!" Ucap Ian.

Aku tidak berkata apa-apa lalu menampar Ian di hadapan sahabat-sahabatnya. "Ini juga kali pertama aku menampar seseorang di khalayak ramai." Kataku kepada Ian. Ian mengangkat keningnya sebelah. Matanya menggeling ke arah sahabat-sahabatnya seperti memberi amaran untuk meninggalkan kami berdua. Semua pelajar lelaki meninggalkan aku bersama Ian.

"Mio...." Ayase menyebut nama ku seperti dia risau tentang keadaan ku.

"Bawa semua pelajar perempuan keluar dari sini." Arah Ian. Pelajar-pelajar lelaki bertindak mengheret pelajar-pelajar perempuan keluar dari kawasan kolam renang itu.

Situasi menjadi sunyi dan hanya tinggal kami berdua sahaja di kawasan kolam renang itu. Mataku terus menatap mata Ian. Begitu juga dengan Ian. Kemudian, dia menarik tangan ku dan menolak ku ke dinding. Aku ingin menamparnya tetapi dengan pantas dia memegang tangan ku. "Nampaknya, kau semakin berani bermain dengan permainan aku, Akiyama." Ancam Ian.

"Kau fikir dengan menolak aku ke dinding begini, aku takut? Kau tidak cukup untuk menakutkan aku." Balasku. Ya! Ian tidak cukup untuk menakutkan aku kerana dia bukan orang yang mampu menakutkan aku. Aku harus menentangnya dan memastikan aku menang jika aku ingin melawan Ryou suatu hari nanti serta mendapatkan identiti sebenar ku.

"Nampaknya, kau berani. Tetapi kau harus tahu yang kau itu perempuan."

"Tidak semudah itu untuk menakutkan aku." Jawabku.

Ian tersenyum lalu mencium aku di bibir. Tindakannya benar-benar mengejutkan aku. Aku cuba melawannya tetapi semakin aku lawan, semakin kuat dia memegang aku. Aku cuba melepaskan ciuman itu tetapi bibirnya seperti mampu mengawal bibirku. "Le.....pas...kan...." Aku cuba berkata-kata di antara ciuman itu tetapi Ian seperti tidak mempedulikan aku. Disebabkan keinginan yang kuat untuk aku melepaskan diri ku dari Ian, aku menyepak kankangnya.

Dengan sekelip mata, Ian melepaskan aku. Kemudian, aku menarik kolar kemeja Ian dan menolak Ian ke kolam renang. Tindakan itu di luar jangkaan ku. Aku tidak tahu dari mana kekuatan itu datang tetapi kekuatan itu mampu menyelamatkan diriku daripada menjadi mangsa keadaan Ian. Aku berdiri tegak lalu mengelap bibir ku dengan lengan baju sambil melihat Ian berpaut di tepi kolam renang. Aku tidak berkata apa-apa kepada Ian dan berjalan mengambil 'blazer' sekolah ku lalu keluar dari kawasan kolam renang tersebut meninggalkan Ian berseorangan. Apabila aku keluar dari kawasan kolam renang itu, aku melihat Ryou yang berada bersama sahabat-sahabatnya memandang ku.

Aku mengabaikannya lalu berjalan seperti aku tidak melihatnya. Aku pergi ke 'locker' di dalam kelas ku lalu mengambil pakaian sukan ku. Ryou memasuki ke kelasku lalu mengunci pintu kelas. Aku memandang Ryou. "Siapa pelajar lelaki itu?" Soal Ryou dengan nada dingin.

"Bukan urusan abang. Dia urusan saya." Jawabku lalu berjalan ke pintu. Namun, laluan ku dihalang.

"Dia akan menjadi urusan abang." Balas Ryou. Aku tidak menjawab. Ryou kemudiannya menggenggam tangan ku. Genggaman Ryou amat kuat. Aku boleh rasa kesakitan itu. "Beritahu abang, siapa lelaki itu?" Soal Ryou. Aku dengan berani menepis tanga Ryou.

"Dia bukan sesiapa." Jawabku lalu keluar meninggalkan kelas tersebut. Aku berjalan seperti manusia tiada perasaan. Namun, langkah ku terhenti apabila aku teringat tindakan aku. Di dalam hati ku, aku berasa gembira kerana aku berani melawan Ryou buat pertama kali tetapi pada masa yang sama, aku berasa takut yang teramat sangat. Aku tidak berani pulang ke rumah untuk hari ini. Aku tahu yang Ryou pasti akan belasah aku sebaik sahaja tiba di rumah. Kenapa aku masih berasa takut? Kenapa? 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now