Chapter 24: Tujuan sama tetapi jalan berbeza

109 2 0
                                    

Takimachi Ian POV

Aku sudah berada di Shanghai. Di Shanghai, aku hanya membawa anak lelaki aku dan juga seorang pengasuh untuk menjaganya. Demi menyelamatkan Takimachi Group, aku terpaksa bekerja dari bawah. Aku mengorbankan pendidikan aku dan memilih untuk memasuki pasaran buruh. Beberapa hari selepas aku berada di Shanghai, Ryusei datang ke Nanling Corperation, anak syarikat Yokohama Global, iaitu tempat aku bekerja. "Ian, kau pasti mahu mendengar berita ini. Isteri kau, Helen hilang dari jagaan keluarga Akiyama. Keluarga Akiyama cuba mencarinya tetapi tidak temui. Polis mengesyaki yang Akiyama Mio sudah tiada di Jepun.

Aku terlepas fail yang aku pegang dan melihat Ryusei. "Apa?" Aku terkejut apabila mendengar berita itu.

"Tiada siapa melihat Mio selepas dia lari dari hospital. Berita tentang kehilangan Akiyama Mio tersebar luas di Jepun. Ada orang kata dia mungkin bunuh diri kerana mereka terjumpa beg tangannya di lautan. Namun, mayatnya masih tidak temui." Aku terduduk selepas mendengar berita itu. Di dalam hati aku, aku merasakan yang Mio tidak mungkin membunuh diri. "Polis menemui sesuatu di dalam telefonnya. Email yang tidak dihantar. Di dalam email itu menulis, kebahagiaan aku sudah musnah. Maafkan aku kerana aku tidak dapat melindungi anak kita dan juga cinta kita. Mulai hari ini, hidup aku sebagai Akiyama Mio akan berakhir." Kata Ryusei sambil menunjukkan mesej yang tersebar di dalam internet. Kehilangan Mio setakat ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

Aku menggenggam penumbuk di tangan. Di dalam hati aku, perasaan bersalah dan marah bercampur. Aku berasa bersalah kepada Mio tetapi aku berasa marah kepada Ryou pada masa yang sama. Aku menahan kesedihan di dada. Mata ku menoleh melihat ke luar tingkap sambil menikmati pandangan di luar. "Ryusei, selagi polis tidak dapat membuktikan yang Mio mati.... Selagi polis tidak dapat menemui jasad Mio, aku enggan menerima kematian Mio. Aku percaya Mio pasti bersembunyi di suatu tempat. Tempat di mana dia boleh berasa selamat. Namun, dendam aku terhadap Akiyama Ryou tidak akan berhenti. Aku akan membuat dia merana dan melutut di hadapan aku. Roda tidak selalu di atas." Kataku kepada Ryusei sambil menggenggam penumbuk dengan erat. Ryusei memandang aku dengan pandangan simpati. Mataku memandang cincin di jari. Helen, maafkan aku kerana aku meninggalkan kau tetapi aku meninggalkan kau kerana aku enggan untuk menceraikan kau. Bukan itu sahaja, demi anak kita juga, Takimachi Rui, aku terpaksa pergi. Maafkan aku, Helen. Bisik hatiku.

Takashi Haruka POV

Aku mendengar semua cerita Helen. Aku tidak menyangka yang hidupnya amat menyedihkan. Abang angkatnya, Akiyama Ryou memusnahkan kehidupannya. Perbuatan Akiyama Ryou tidak boleh dimaafkan. Aku dibesarkan dalam keluarga kongsi gelap. Aku membunuh ramai orang tetapi setelah mendengar cerita Helen, aku merasakan yang abang angkatnya lebih kejam daripada aku. Mendengar cerita Helen, aku merasakan yang aku ingin menyeksa Akiyama Ryou tetapi Helen tidak membenarkan hal itu berlaku kerana dia tidak mahu aku ada masalah disebabkan dia.

Helen hanya ingin aku bantunya untuk mengembalikan nama dia. Disebabkan aku sebahagian daripada Yakuza, aku mampu mendapatkan nama Helen semula, iaitu daripada nama Akiyama Mio kepada Helen Mizuki. Di saat nama dia kembali menjadi Helen Mizuki, aku boleh melihat betapa bahagianya dia. Akhirnya dia boleh hidup dengan namanya sendiri. Selepas dia mendapatkan namanya sebagai Helen Mizuki, dia menghantar boring permohonan serta rakaman videonya dalam piano kepada International Piano Academy Lake Como di Itali. Dua minggu kemudian, dia dipanggil untuk menyertai uji bakat secara langsung di sana.

Setelah dua minggu ujibakat itu selesai, Helen Mizuki sah menjadi pelajar di International Piano Academy Lake Como. Apabila Helen berjaya memasuki akademi itu, aku bertanam azam untuk sering menziarahinya. Mendengar segala penderitaannya, aku dengan rela hati ingin menjadi penemannya. Disebabkan itu, aku memberitahu bapa aku untuk membenarkan aku belajar di Itali juga. Helen, kau tidak akan bersendirian lagi. Aku akan membantu kau untuk membalas dendam kepada Akiyama Ryou.

Akiyama Mio/Helen Mizuki POV

Terima kasih kepada Haruka. Selepas menemui Haruka, semua rancangan aku berjalan dengan lancar. Keluarga Takashi memberikan aku perlindungan. Mereka juga membantu aku untuk mendapatkan nama aku semula. Sekarang aku bukan lagi Akiyama Mio. Aku ialah Helen Mizuki. Selama tujuh tahun nama itu hilang dalam hidup ku. Akhirnya, impian aku untuk menggunakan nama tersebut kembali. Namun, aku harus memulakan segalanya dari bawah. Disebabkan nama aku sudah kembali kepada Helen Mizuki, aku membuang segala-segalanya berkaitan dengan Akiyama Mio di dalam lautan termasuk telefon bimbit ku ke dalam laut. Biarlah Akiyama Mio itu hapus buat selamanya di dalam hidup aku. "Kau okay?" Soal Haruka ketika kami berdua berada di atas jambatan sambil melihat lautan yang luas.

"Aku sudah mendapatkan nama aku semula. Itu bermaksud Akiyama Mio sudah tiada. Biarlah Akiyama Mio mati setakat ini." Balasku sambil tersenyum.

Haruka ketawa kecil. "Helen, apa perancangan kau sekarang?" Soal Haruka.

"Untuk masa sekarang, aku tiada apa-apa untuk membalas dendam kepada Akiyama Ryou. Aku masih lemah dan tidak berkuasa. Namun, itu tidak bermaksud bahawa aku membiarkan dia terus bahagia. Dia sudah menghancurkan kebahagiaan aku, keluarga aku dan juga membunuh satu-satunya anak aku bersama Ian. Aku tidak boleh membiarkannya lagi. Aku tidak boleh memaafkan dia. Memandangkan Tuhan tidak mengambil nyawa ku, jadi aku memilih untuk membalas dendam. Walaupun aku mungkin tidak boleh mendapatkan suami dan anak aku semula tetapi sekurang-kurangnya aku berpuas hati. Rancangan aku sekarang, setelah aku mendapatkan kuasa, aku akan menggunakan kuasa itu untuk membuat Ryou menderita. Aku percaya masa itu akan tiba." Jawabku dengan nada sayu bercampur perasaan marah.

Haruka tersenyum kepada ku. "Aku gembira melihat kau bangun semula." Ujur Haruka.

Aku tersenyum. "Aku harus bangun jika aku ingin menang." Balasku dengan nada sinis. Diri ku sudah tidak sama seperti dulu. diriku dipenuhi dengan dendam dan marah. Biar pelanduk lupakan jerat tetapi aku tidak akan melupakan jerat itu. Ryou akan masuk di dalam perangkap aku suatu hari nanti. Lihatlah nanti!

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now