Chapter 6: Jangan bermimpi kau menang

222 9 0
                                    

Takimachi Ian POV

Aku tahu yang Mio tidak ingin mencium ku. Dia melakukan itu kerana dia ingin menyakitkan hati Ryou. Aku nampak semua itu melalui mata Mio. Dua beradik yang saling membenci. Tetapi kenapa? Mereka berdua mempunyai keluarga yang lengkap. Namun, setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Tidak semua orang faham apa yang kita lalui. "Sasaki, kau mengenali Akiyama Mio dari sekolah menengah rendah, kan?" Aku menyoal salah seorang rakan sekelas ku.

"Ya. Kami sekelas dari gred 1 sampai gred 3. Aku tidak begitu pasti tentang dirinya tetapi apa yang aku lihat, Akiyama seperti ada masalah dengan abangnya. Mereka tidak boleh saling bertemu. Pada suatu hari, ada khabar angin menyatakan Akiyama dan seseorang sedang hangat bercinta. Semuanya kerana gambar yang diambil semasa Akiyama dan lelaki itu pergi ke taman hiburan. Sebaik sahaja Akiyama Ryou mengetahui perkara itu, Akiyama Ryou datang ke kelas kami dan menampar adiknya di khalayak ramai lalu meminta adiknya putus hubungan dengan lelaki itu. Bukan itu sahaja, Akiyama Ryou juga membuatkan pelajar lelaki itu dibuang sekolah. Akiyama Mio sempat merayu kepada abangnya agar hentikan semua perbuatan itu tetapi Akiyama Ryou menampar Akiyama Mio tanpa peduli orang sekeliling." Jelas Sasaki.

"Bagaimana keadaan Akiyama Mio selepas itu?" Aku ingin tahu keadaan Mio dengan lebih mendalam.

"Selepas lelaki itu dibuang sekolah, Akiyama Mio selalu sahaja menghabiskan masa di dalam bilik seni. Dia jarang mengikuti kelas. Apabila Akiyama Ryou dapat tahu Akiyama Mio selalu ponteng kelas, dia mengamuk di dalam bilik seni dan mengoyak semua lukisan Mio. Mio merayu agak abangnya berhenti tetapi Akiyama Ryou menarik rambutnya dan menolak Mio. 'Sekali lagi abang lihat kau bersedih kerana lelaki itu, kau tahulah nasib kau seterusnya.' Aku masih ingat ayat itu. Ayat itu seperti ancaman kepada Mio. Semenjak hari itu, sikap Mio berubah. Dia kelihatan ceria di hadapan kawan-kawannya tetapi kelihatan sedih di belakang. Selepas pada kejadian itu juga, Mio lebih tumpukan perhatian kepada muzik berbanding dengan akademik. Walaupun dia jarang hadir ke sekolah sebab muziknya tetapi dia masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang." Jawab Sasaki.

Akiyama Mio.... Aku tidak tahu apa-apa tentang dirinya tetapi dia kelihatan okay di semua orang sedangkan hatinya terluka. Penjelasan Sasaki tidak memberi jawapan kepada semua persoalan aku tetapi satu persoalan terjawab, iaitu alasan Mio sengaja mencium ku. Dia melakukan itu kerana dia ingin membuat Ryou marah. Aku tidak tahu sama ada permainan ini boleh membantu aku menemui jawapan kepada soalan aku atau tidak tetapi sekurang-kurangnya melalui permainan ini, aku mampu menghiburkan diri ku. "Ian, kenapa kau ingin tahu tentang Akiyama Mio?" Soal Sasaki.

"Tiada apa." Kataku sambil menglonggarkan tali leher ku. Ketika itu, aku ternampak Ryou sedang berjalan di koridor. Aku membuka kancing baju ku di atas.

"Ian, dari mana kau dapat 'love bites' itu?" Aku sengaja membuat Sasaki nampak kesan lebam di leher ku. "Siapa perempuan malang itu? Setahu aku, kau tiada minat dengan perempuan." Usik Sasaki.

"Hurmmm.... Siapa tahu rahsia orang, kan? Siapa juga boleh menduga musuh bertukar cinta. Perempuan malang yang memberi kesan lebam ini ialah Akiyama Mio." Aku umum dengan bangga sekali di dalam kelas sambil melihat ke arah Akiyama Mio dan juga Akiyama Ryou.

"Haaaaaaaaahhhhh!!!!" Jerit semua pelajar di dalam kelas. Mio memandang aku dengan renungan membunuh. Bibirku tersenyum. Manakala Ryou menggenggam penumbuknya. Di dalam hati aku, aku ketawa kegembiraan. Aku merasakan yang aku menang kali ini.

"Mio, biar betul? Kau dan Ian ialah kekasih?" Aku mendengar soalan dari sahabat-sahabat sekelas ku kepada Mio. Mio tidak menjawab lalu berjalan menghampiri ku. Wajahnya marah sekali tetapi aku memberi isyarat dengan menjeling mata menunjuk kea rah Ryou. Mio terkaku seketika.

Akiyama Mio POV

Tangan aku begitu ringan untuk menampar Ian tetapi aku terhenti apabila aku melihat jelingan Ian ke arah Ryou. Aku terperangkap. Aku tidak boleh bersikap ganas kepada Ian di hadapan Ryou jika aku ingin membuat dia marah dan tertekan. Pada masa yang sama, perbuatan Ian juga tidak boleh dimaafkan kerana dia memalukan aku di khalayak ramai. Namun, jika aku fikir semula, aku yang memulakan dahulu. Aku yang mencabar dia. Kelihatannya, Ian sudah memulakan permainan ini. Helen, jika kau ingin menyakiti hati Ryou, kau harus bermain dengan permainan Ian. Bisik hati kecil ku.

Aku menarik tali leher Ian lalu mencium bibirnya. Demi menyakiti hati Ryou, aku meletakkan harga diri ku di sebelah. Sekali lagi, Ian terkejut dengan tindakan aku. Namun, kali ini bukan hanya Ian terkejut. Semua pelajar terkejut. "Ya. Aku dan Ian sudah rasmi menjadi kekasih." Umum ku selepas mencium Ian. Ian tersenyum tetapi hati aku menderita.

Seperti yang aku duga, Akiyama Ryou akan melangkah masuk ke kelas ku dan menampar aku di khalayak ramai. Semua kawan-kawan ku di dalam kelas terkejut. Tetapi sesiapa yang sama sekolah menengah tinggi dengan ku, mereka mungkin tidak terkejut lagi kerana tamparan dari abang ku bukanlah kali pertama mereka lihat. "Abang sudah kata kepada kamu. Jangan berani untuk bercinta." Ancam Ryou.

Entah kenapa kali ini aku merasakan ketakutan aku terhadap Ryou kurang. "Kenapa? Adakah bercinta dengan orang sama taraf dan status seperti keluarga Takimachi memalukan nama keluarga kita?" Soal ku. Soalan yang aku tanya itu terselit sindiran. Ryou ingin menampar aku sekali lagi tetapi Ian dengan pantas membelakangkan aku dan memegang tangan Ryou.

"Hentikan. Aku tidak peduli sama ada kau ialah abang kepada Mio atau tidak. Tetapi aku tidak akan membiarkan kau menyakiti teman wanita aku. Jika kau begitu berani, lawan dengan aku, Akiyama Ryou!" Ancam Ian. Untuk kali pertama aku melihat tangan Ryou digenggam erat oleh seseorang. Sebelum ini, tiada sesiapa pun berani melawannya. Tangan ku kemudiannya memegang blazer Ian sambil kepala ku diletakkan di belakang Ian. Air mata ku mengalir. Aku boleh merasakan yang aku masih takut dengan Ryou.

"Mio, kita bincang perkara ini di rumah. Pastikan malam ini kau pulang jika kau tidak mahu abang marah." Kata Ryou lalu menepis genggaman Ian. Aku membisu dan tangan ku erat menggenggam blazer Ian.

"Jika kau ingin menyakiti Mio, aku tidak akan membenarkan dia kembali ke rumah." Tambah Ian.

"Kau tiada hak." Balas Ryou.

"Jangan risau. Aku akan memberitahu ibu bapa kalian yang Mio selamat bersama aku. Jadi, kau tak perlu risau." Ujur Ian sambil memegang tangan ku dengan erat. Ryou terdiam lalu meninggalkan kelas aku. Sebelum Ryou pergi, aku melihat mimik mulut Ryou berkata 'Jangan bermimpi kau menang.' Aku berpura-pura tidak nampak mimik mulut itu. Keadaan di dalam kelas menjadi senyap selepas abang aku pergi. 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now