Takimachi Ian POV
Kerjaya Mio semakin maju. Dari model komersial menjadi Miss Japanese. Kecantikannya tiada tandingan. Berita tentang dirinya semakin gempak. Namun, kebelakangan ini aku menjadi risau terhadap dirinya. Ada satu artikel menulis yang wajahnya mengimbas Angela Mizuki. Walaupun wajah mereka tidak sama tetapi mata dan tubuh badannya mirip seperti Angela Mizuki. Artikel itu siap memuat naik gambar Mio dan Angela Mizuki. Aku menjadi amat risau tentang diri Mio kerana dirinya menjadi tumpuan media. "Saya tidak tahu yang wajah saya mirip dengan Angela Mizuki. Tetapi wajah ini ialah anugerah Tuhan buat saya. Jika saya memiliki wajah seperti Angela Mizuki, iaitu bekas Miss Japanese, saya amat bersyukur kepada Tuhan." Mio mengeluarkan kenyataan seperti itu demi menyembunyikan identitinya.
"Apa yang kau baca?" Soal Mio kepada ku yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang akhbar di penthouse milik keluarga Mizuki.
"Tentang diri kau. Wartawan mula perasan yang wajah kau hampir sama dengan ibu kau. Bagaimana?" Tanyaku lalu melihatnya. Mio baru sudah mandi. Dia keluar dengan memakai seluar pendek dan kemaja T berwarna putih berlengan pendek berserta rambutnaya yang bungkus dengan tuala.
"Biar sahaja apa yang media nak tulis. Aku tidak begitu kisah. Lagipun jika wartawan berjaya mengesan aku ialah Helen Mizuki, itu lagi baik. Dengan mudah aku akan mendedahkan perbuatan Ryou." Balas Mio. Setiap kali Mio diseksa, Mio merakam perbuatan itu melalui CCTV dan memberikannya kepada ku. Jika dia melaporkan kepada polis, semua dengan mudah dapat diselesaikan tetapi Mio tidak mahu kerana dia memiliki rancangan lain.
"Kau sudah kata begitu, nampaknya aku tiada pilihan lain kecuali menurut keinginan kau." Kataku kepada Mio. Mio tersenyum sambil tangannya mengambil dokumen H & I boutique. "Helen, kau masih rasa yang kau tidak perlu membalas dendam kepada Ryou? Sekarang kau sudah kaya. Kau boleh buat apa sahaja dengan wang yang kau miliki." Cadang ku kepada Mio.
Mio menggelengkan kepalanya. "Belum tiba masanya. Aku harus menyelesaikan sesuatu terlebih dahulu." Kata Mio dengan bernada sayu. Mio masih lagi sedang berusaha mendapatkan semula harta keluarga Mizuki. Dengan bantu Chiaki Rei, pelajar kepada Mizuki Naoki, Mio berjaya menemui peguam keluarga Mizuki. Dia memberi penerangan tentang dirinya dan peguam itu sudah mengesahkan dia ialah Helen Mizuki. Sekarang hanya tujuh orang yang tahu identiti sebenar Akiyama Mio. Aku, Sara, bapa aku, Ryusei, peguam keluarga Mizuki serta Chiaki Rei. Tujuh orang kami masih menyokong Mio dalam perjuangan mendapatkan semula hak keluarga kandungnya. Aku tahu apa yang dia perjuangkan tetapi aku masih berada dalam kekeliruan. Banyak perkara yang Mio tidak menceritakan kepada ku. itu membuatkan aku tidak tahu rancangannya.
Akiyama Mio POV
"Saya tidak sangka yang kamu sudah menjadi seperti ibu kamu. Harta keluarga Mizuki yang saya uruskan amat banyak. Keluarga Mizuki mempunyai harta di dalam dan di luar negara. Tahun hadapan, Cik Helen sudah mencapai usia 18 tahun. Cik Helen dengan rasminya akan menjadi pemilik harta keluarga Mizuki. Selepas usia Cik Helen 18 tahun, Cik Helen ingin saya menguruskan harta itu atau Cik Helen yang menguruskannya?" Selepas selesai penggambaran di Tiffany & Co sebagai model komersial untuk barang kemas yang bakal syarikat itu lancarkan, aku pergi menemui Peguam Izumi. Peguam Izumi ialah peguam yang mengurus harta keluarga Mizuki bertahun-tahun lamanya.
"Saya ingin Peguam Izumi menguruskannya." Kataku kepada peguam tersebut.
"Baiklah. Anyway, saya berasa bersyukur sangat kerana saya mampu menemui pewaris untuk keluarga Mizuki. Memandangkan kedua-dua anak kepada Mizuki Naoki mempunyai status hilang, saya menjadi begitu khuatir. Jika saya tidak boleh menemui kedua-dua anak Mizuki Naoki dalam masa 20 tahun, saya tiada pilihan lain kecuali mewakafkan semua harta keluarga Mizuki kepada kerajaan." Jelas peguam itu.
"Itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya saya muncul dan membuktikan diri saya sebagai pewaris. Anyway, Peguam Izumi ada apa-apa pertunjuk tentang Hayden?" Aku terus menyoal tentang abang kandung ku.
Peguam Izumi bersandar di kerusi sambil mengeluh. "Hayden masih dalam keadaan misteri. Namun, berita gembiranya tiada bukti yang menunjukkan dia mati. Kemungkinan besar, Hayden ada di suatu tempat di mana kita tidak tahu. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang Hayden. Tambahan pula, China bukan sebuah negara kecil." Ujur Peguam Izumi.
"Saya faham. Harap saya boleh bertemu dengan Hayden semula." Bisik ku. Peguam Izumi hanya mengangguk. "Saya harus pergi sekarang." Maklum ku kepada Peguam Izumi.
"Okay. And congratulation because you success to be Miss Japanese for this year, Helen." Ucap Peguam Izumi. Aku tersenyum lalu keluar dari pejabatnya.
Setelah aku memenangi anugerah Miss Universal Japan, aku menjadi wanita tercantik di Jepun. Tawaran untuk aku menjadi model dan pelakon bertambah. Hidup seharian ku mula sibuk. Namun, ada kebaikannya juga setelah digelar sebagai Miss Universal Japan sebab nama ku di alam muzikal juga melambung. Sementara aku menjadi popular, aku akan berusaha untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Semua yang aku lakukan ialah sebagai persediaan untuk aku keluar dari keluarga Akiyama.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
Lãng mạnAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...