Helen Mizuki POV
Di dalam mesyuarat, semasa semua ahli lembaga pengarah Akiyama Group membincangkan masalah kewangan, aku langsung tidak bersuara. Aku hanya duduk di kerusi ku sambil membaca dokumen yang setiausaha Akiyama Ryou sediakan. Aku tahu Akiyama Group mempunyai kegawatan dalam masalah kewangan. Aku juga boleh lihat nilai negatif di dalam imbangan perdagangan syarikat. Nilai negatif itu menunjukkan bahawa pulangan yang akan diterima oleh pemegang saham berkemungkinan sedikit ataupun tidak mendapat sebarang pulangan. Situasi ini menunjukkan bahawa pemegang saham untuk saham utama lebih untung kerana mereka akan mendapat pulangan terlebih dahulu berbanding ahli lembaga pengarah.
Menggadaikan beberapa buah anak syarikat di bawah Akiyama Group juga tidak mampu menampung jumlah hutang. Aku mula tertanya-tanya bagaimana Ryou menguruskan syarikat ini. Semasa di bawah pimpinan bapa angkat aku, keadaan Akiyama Group amat stabil dan sukar untuk sesiapa menggoyahkannya. "Tuan Akiyama Yuusuke pernah kata kepada saya dahulu. Jikalaulah anak gadisnya, Mio masih hidup, keadaan syarikat tidak akan jadi seteruk ini. Anak gadis Tuan Akiyama Yuusuke amat bijak dan berfikiran panjang." Salah seorang ahli lembaga pengarah yang sudah lama bekerja di dalam Akiyama Group berbisik kepada ahli lembaga di sebelahnya. Aku secara tidak sengaja terdengar perbualan itu. Bukan hanya aku tetapi juga Ian. Ian memandang aku dengan pandangan sayu.
Bibirku menutup rapat. "Saya rasa anak gadis Tuan Akiyama Yuusuke lebih baik daripada anak lelakinya." Balas ahli lembaga satu lagi.
"Nampaknya tahun ini berkemungkinan kita tidak akan mendapat sebarang dividen." Tetiba seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan Takimachi Ian bersuara. Lelaki itu kelihatan elegant dan bijak. Soalannya seolah-olah ingin menguji jawapan Ryou. Matanya tepat memandang ke arah Akiyama Ryou menanti jawapan yang bakal dijawab oleh Ryou nanti.
Aku menjeling ke arah Akiyama Ryou. Pembantunya membisikkan sesuatu. Kemudian, matanya memandang ke arah lelaki yang menyoal soalan kepadanya. "Saya faham situasi Akiyama Group agak kritikal. Tetapi Tuan Yu Li Shang jangan risau. Saya akan mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini supaya kita semua akan mendapatkan dividen kita." Jawab Akiyama Ryou. Jawapannya boleh membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Mustahil untuk dia mendapatkan sumber wang yang cukup bagi membayarkan dividen kepada semua ahli lembaga pengarah.
"Maafkan saya kerana saya masuk campur. Melihat kepada laporan di dalam dokumen yang disediakan, agak mustahil untuk semua hutang boleh dibayar dalam masa setahun. Dengan kata lain, agak mustahil juga untuk kami sebagai ahli lembaga pengarah mendapatkan sebarang pulangan pada hujung tahun ini. Saya tidak mahu meninggalkan Akiyama Group begitu sahaja kerana itu akan membuatkan diri saya bergelar sebagai seseorang yang tidak bertanggungjawab. Memandangkan saya ialah pemegang saham kedua terbesar untuk Akiyama Group, saya berasa bertanggungjawab dalam masalah ini juga. Demi menyelesaikan masalah ini, saya akan membayar semua nilai negatif di dalam imbagan dagangan ini. Tetapi dengan syarat, Akiyama Group harus meningkat jumlah hasil supaya kami sebagai ahli lembaga pengarah boleh menikmati faedah kami." Aku sengaja menghulurkan bantuan kepada Akiyama Group.
Ryou memberi pandangan jelek kepada ku. "Mustahil. Nilai negatif itu terlalu banyak. Ianya mungkin akan memberi kesan kepada syarikat Cik Helen Mizuki." Kata Ryou.
"Jangan risau. Syarikat saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Pengerusi Akiyama jangan risau. Saya ingin melakukan ini. Jika bantuan saya terlalu membebankan Pengerusi Akiyama, anggap sahaja ini sebagai kebajikan saya kepada Akiyama Group. Saya tidak meminta sebarang balasan." Kataku.
Akiyama Ryou kelihatan resah dan cemas. Namun, aku percaya yang dia tiada pilihan. Demi menyelamatkan Akiyama Group, dia harus menerima bantuan aku. "Pengerusi Akiyama, kita harus menerima tawaran Cik Helen Mizuki." Aku mendengar pembantunya melontarkan pendapat. Kemudian, Ryou memandang setiap wajah ahli lembaga pengarah.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...