Akiyama Ryou POV
"Perempuan ini mempunyai tubuh yang mampu memenuhi keinginan aku. Berapa kali pun aku menikmatinya, tidak pernah berasa puas. Tidak hairanlah jika kau tidak melepaskannya." Ujur Kenji. Aku tersenyum. "Malangnya, kau lebih mencintai Mio daripadanya." Kata Kenji sambil duduk di atas sofa dengan rokok di mulutnya. Bajunya tidak dibutangkan dan seluarnya masih tidak memakai tali pinggang.
"Mio akan jatuh ke dalam perangkap aku." Balasku kepada Kenji. Kenji tersenyum.
"Hurmmm.... Aku ada kerja yang hendak dilakukan. Aku pergi dulu. Good luck for your plan." Kata Kenji sambil membetulkan pakaiannya lalu meninggalkan aku bersama Suzuki.
Dalam jam 10 malam, Mio tiba di tempat ku dengan seorang lelaki yang aku upah. Mio datang dengan wajah cemas bersama wang. Untuk pertama kali, aku melihat Mio akur dengan permintaan ku. Aku tertanya-tanya adakah Suzuki itu penting untuk Mio? "Aku sudah membawa semua wang yang kau minta. Sekarang lepaskan Suzuki." Kata Mio. Bibir ku tersenyum lalu menghampiri Mio.
"Wang tidak penting untuk aku lagi. aku hanya memerlukan kau sahaja." Kataku sambil memeluk pinggangnya. Mio cuba menolak aku tetapi aku memeluk pinggangnya dengan kuat sekali supaya dia tidak boleh terlepas. "Mio, aku pernah kata kepada kau bahawa kau tidak akan terlepas daripada aku. Jangan ingat kau sudah berjaya menumbangkan aku." Bisik ku kepadanya.
"Ryou, lepaskan aku. Apa kau nak buat? Aku ini isteri orang." Tegas Mio sambil memberontak. Aku ketawa kecil lalu mencium bibirnya tetapi dengan pantas Mio memukul leher aku dan mengambil pistol di tubuhku.
Ketika Mio mengacukan pistol di tubuh ku, orang kanan ku membawa keluar Suzuki dan mengacu pistol di leher Suzuki. "Jika kau berani menembak, Suzuki yang akan berada dalam bahaya." Kataku kepada Mio. Mio memandang aku dengan wajah serius pada mulanya. Kemudian, wajahnya berubah dengan senyuman di bibir lalu menendang aku dan menembak bahu orang kanan ku. Aku rebah. Mio berlari ke arah orang kanan ku dan merampas pistol di tangannya. Orang kanan ku cuba bangun tetapi Mio memijak perutnya membuatkan dia tidak sedarkan diri.
Kemudian Mio memandang ku. "Ryou, 10 tahun kita tidak berjumpa. Nampaknya kau masih memandang aku sebagai Akiyama Mio yang lemah. Kau silap. Dalam masa 10 tahun, banyak yang berubah. Begitu juga dengan aku. Diri aku juga berubah. Kau fikir aku akan biar kau membuli ku?" Soal Mio sambil mengacu pistol kepada ku. Di saat Mio mengacu pistol kepada ku, aku mula menyedari bahawa Mio bukan lagi Mio yang aku kenal.
Wanita yang pernah aku sakiti dulu sudah tiada. Di mata Mio, aku hanya melihat kebencian dan kemarahan. Dia seperti tidak hairan dengan apa yang berlaku. Namun, perumpamaan orang tua-tua berkata, alang-alang celup perkasam, biar ke pangkal lengan. Aku sudah sampai ke tahap ini. jadi aku tidak akan membiarkan rancangan aku sampai ke separuh jalan. Aku memberanikan diri ku untuk menyerang Mio semula. Kami bergelut antara satu sama lain. Pistol di tangan Mio akhirnya terlepas dan aku berjaya mengawal penggerakkannya dengan aku berada di atas tubuh Mio. "Walaupun 10 tahun sudah mengubah kau tetapi apa yang aku rasa tidak akan pernah berubah. Kenapa kau harus menjadi milik orang lain sedangkan kita besar di dalam rumah yang sama? Setiap kali aku melihat kau, aku akan menjadi gila. Kau ibarat bunga mawar berduri. Mampu melihat tetapi tidak boleh disentuh. Kenapa hati kau milik Takimachi Ian?" Soalku. Untuk pertama kali, aku jujur kepada diriku. Mencintai Mio merupakan penderitaan aku.
"Kau yang memulakan semuanya. Kau yang membuat aku jatuh ke dalam dakapan Ian." Jawapan Mio amat menyakiti aku.
Aku ketawa kecil. "Renungan mata kau cukup menunjukkan yang kau tidak ingin berbaik dengan aku. Walau apa pun yang berlaku, cinta aku tidak akan pernah berubah."
Di saat aku melafazkan perkataan itu, mata Mio tiba-tiba beralih ke tepi. Kemudian, dia tiba-tiba menjerit. "Suzuki, jangan!" Mio mengalir posisi tubuh kami dengan dia berada di atas tubuh ku. Sekelip mata aku mendengar suara kegelisahan Suzuki.
"Ini tidak benar. Ini tidak benar." Sebut Suzuki dengan tangan berlumuran darah. Mio bangun perlahan-lahan sambil menahan kesakitan lalu memeluk Suzuki.
"Kau tidak bersalah. Apa pun berlaku, percaya bahawa Haruka akan mendampingi kau." Bisik Mio kepada Suzuki sambil tersenyum.
Kemudian, dengan tubuh yang berlumuran darah, Mio rebah di atas ku. Aku dengan pantas meribakan Mio. "Kenapa kau selamatkan aku? Bukankah kau benci aku? Kau patut biarkan aku mati sahaja." Kataku kepada Mio dengan meninggikan suara.
Mio ketawa kecil. Kemudian dia memandang aku. "Kematian terkelaluan untuk kau. Kau memusnahkan hidup aku. Disebabkan itu, aku tidak membenarkan kau mati dengan mudah kerana kematian tidak akan membuat kau merasakan kesakitan yang aku alami. Ryou, sekarang permainan kita tamat. Akhirnya aku menemui checkmate untuk permainan ini." Kata Mio dengan bibir tersenyum bersama air mata mengalir. Kemudian, matanya perlahan-lahan terpejam.
"Mio! Mio! Mio!" Aku memanggil namanya beberapa kali tetapi tiada respon. Di saat itu, aku berasa begitu kesal. 'Kematian terkelaluan untuk kau. Kau memusnahkan hidup aku. Disebabkan itu, aku tidak membenarkan kau mati dengan mudah kerana kematian tidak akan membuat kau merasakan kesakitan yang aku alami. Ryou, sekarang permainan kita tamat. Akhirnya aku menemui checkmate untuk permainan ini.' ayat terakhir Mio cukup menunjukkan betapa dia berdendam di dalam hatinya. Dendam yang dia tanam di dalam hatinya membuatkan dia tidak ingin melihat kematian aku. Pengorbanan dia seolah-olah dia ingin aku membayar hutang setiap penderitaannya. Sekarang, Mio sudah tiada. Tangisan tidak akan mengembalikan masa yang berlalu.
Di saat aku menangis, Haruka dan juga Yu Li Shang muncul bersama polis. Yu Li Shang berlari ke Mio dan menolak aku ke tepi. "Helen, kau tidak boleh pergi. Helen, tolong jawab abang! Helen! Helen! Helen!" Yu Li Shang memanggil nama Helen beberapa kali tetapi dia langsung tidak sedarkan diri. "Helen, kau tak boleh pergi. kau tidak boleh tinggalkan abang di sini. Kita baru sahaja bertemu." Aku mendengar tangisan Yu Li Shang. Hubungan Yu Li Shang dan Mio mengelirukan aku. Kemudian, Takimachi Ian datang dan aku pula diheret oleh polis. Mata aku langsung tidak beralih kecuali memandang jasad Mio yang berada di pangkuan Yu Li Shang dan Takimachi Ian. Doa ku yang terakhir buat Mio ialah aku ingin dia sedar.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...