Akiyama Ryou POV
Malam itu, aku kembali ke rumah dalam keadaan tertekan. Walaupun bibirku menyatakan yang aku tidak pernah membunuh Akiyama Mio tetapi minda ku tetap menyatakan yang aku ialah pembunuh. Sepuluh tahun yang lalu, apabila Mio hilang dari hospital, aku dan kawan-kawan ku mencari dia di merata-rata tempat. Aku sempat ke rumah Takimachi Ian kerana aku merasakan yang Mio mungkin berada di sana tetapi apabila aku tiba di sana, kakak Ian memberitahu aku yang Ian telah meninggalkan Jepun dua hari sebelum Mio hilang dari hospital. Aku juga pergi ke tanah perkuburan keluarga Mizuki sebab aku tahu Mio selalu ke sana apabila dia berasa sedih tetapi dia tiada.
Namun, usaha aku tidak terhenti di situ. Setiap hari aku mencarinya. Dalam masa dua minggu, aku menerima panggilan daripada polis menyatakan mereka menemui kereta Mio dan juga barangan di lautan. Sungguh aku katakan yang hati aku luruh selepas mendengar berita itu. Mesej yang dia tinggal di dalam email itu tetap merujuk kepada aku. Aku merosakkan kebahagiaannya.
Sejujurnya, perkara itu di luar jangkaan aku. Mio seorang gadis yang kuat dan tidak pernah berputus asa. Tidak kira sejauh mana aku kasar dengannya, aku tahu yang dia tidak akan mengalah dan pasti memberontak untuk menuntut keadilan. Namun, apabila aku mengetahui yang dia menamatkan hidupnya selepas aku memisahkan dia dan Ian serta mengambil anaknya, aku berasa kesal. Perbuatan aku kali ini benar-benar aku tidak mampu menceritakan kepada ibubapa aku. Aku berasa takut kerana Mio mati disebabkan aku.
Mama dan papa sudah tentu menyalahkan aku walaupun mereka tidak tahu cerita sebenar. Selepas polis memutuskan yang Mio berkemungkinan bunuh diri, mama menjadi murung dan sedih. Mama selalu mabuk sambil memanggil nama Mio. Bukan itu sahaja, mama juga hilang kewarasan. Hidupnya hanya dipenuhi dengan minum arak, menangis dan melukis potret Mio. Melihat keadaan mama, aku berasa kesal yang tiada kesudahan. Mama sering menuduh aku dan selalu kata yang aku pemusnah kehidupan Mio.
Pemergian Mio pada masa itu cukup membuat aku menderita. Disebabkan pemergian dia, mama membenci aku dan papa enggan berbicara dengan ku. Keadaan menjadi parah apabila Takimachi Sara memberitahu perbuatan aku terhadap Mio dan Ian. Kebenaran itu membuatkan mama bertambah benci kepada aku. Papa tidak tegar melihat penderitaan mama. Papa turut menderita. Yang membuat papa bertambah marah apabila papa menerima surat pengembalikan saham Akiyama Group daripada Mio. Pengumpulan bukti menunjukkan yang Mio sememangnya ingin pergi meninggalkan keluarga kami.
Sebulan selepas Mio tiada, mama jatuh sakit. Mama tidak mahu makan atau minum kerana kekecewaan dan kemurungan. Papa yang risau akan keadaan mama memutuskan untuk tinggal di luar negara. Mama dan papa membeli rumah Sydney, Australia dan tinggal di sana. Semenjak mereka berhijrah, mama langsung tidak kembali ke Tokyo. Hanya papa yang selalu kembali untuk memantau aktiviti perniagaan. Sebaik sahaja aku tamat pengajian ku, papa memberi kuasa kepada aku untuk mengurus Akiyama Group. Namun, ada ayat yang membuat hati aku sedikit tersinggung semasa papa memberi hak kepada aku untuk menjadi pengerusi Akiyama Group. "Jika kau bukan darah daging aku, sudah lama aku campak kau dari keluarga Akiyama. Ikut marah, aku ingin membuang kau daripada keluarga ini tetapi membuang kau juga tidak akan mengembalikan Mio." Aku ingat ayat itu. Ayat itu juga membuatkan aku merasakan yang ibubapa aku lebih menyayangi Mio daripada aku.
"Habis itu, saya ini apa? Mio hanya anak angkat!" Aku mengengking papa.
"Kau benar yang dia hanya anak angkat tetapi dia lebih berguna daripada kau. Perbuatan kau membuatkan papa dan mama terpaksa memohon keampunan daripada Mizuki Naoki dan Angelia Mizuki apabila kami berjumpa mereka di alam lain. Mati kami tidak akan pernah tenang." Aku boleh nampak yang papa amat kecewa.
"Apa yang penting sangat tentang Mio?" Soalku dengan nada bengis.
"Kau tidak tahu apa-apa. Jika Mizuki Naoki tidak menyelamatkan mama dan papa, kau akan jadi anak yatim piatu!" Tengking papa mengejutkan aku. Aku terdiam dan papa juga diam seketika. "Papa dan mama punca Mio kehilangan kedua-dua ibubapanya. Takdirnya menjadi kejam kerana mama dan papa. Mama dan papa berhutang nyawa dengan keluarga Mizuki. Disebabkan itu, papa dan mama menjaga Mio dan berusaha memberikan dia kebahagiaan. Malangnya, kau memusnahkan segala kebahagiaan itu. Kau membuatkan usaha mama dan papa sia-sia. Sepatutnya kau berterima kasih kerana takdir kau tertukar dengan Mio. Kau yang sepatutnya menjadi anak yatim piatu dan bukannya Mio. Apa yang berlaku kepada Mio sepatutnya berlaku kepada kau. Papa harap kau boleh faham sampai di situ." Aku rasa itulah kali terakhir papa bercakap dengan aku.
Selama ini aku telah salah faham. Aku berfikir yang mama dan papa mengambil Mio sebagai anak angkat kerana mereka simpati kepadanya tetapi ternyata mereka ingin membayar hutang nyawa kepada ibubapa Mio. Aku egois. Disebabkan aku jatuh cinta kepadanya semasa usia ku 14 tahun, aku menyalahkan mama dan papa kerana membuatkan aku menjadi abang kepada Mio. Demi mendapatkan Mio sebagai seorang wanita, aku selalu menyeksa dia supaya dia ingat yang dia tidak akan boleh menjadi anak gadis keluarga Akiyama kecuali dia menjadi isteri aku.
Niat aku terbantut apabila Mio mula bercinta dengan Takimachi Ian. Aku berusaha untuk memisahkan mereka berdua tanpa memikirkan kesakitan Mio. Aku membuang anak mereka kerana aku tahu anak itu akan menyatukan mereka berdua. Namun, Mio membuat keputusan yang lebih tekad dengan meninggalkan segalanya. Walaupun aku berasa kesal pada masa itu, aku tetap meneruskan hidup aku seperti tiada apa-apa. Aku berpura-pura seperti pemergian Mio tiada hubungan dengan aku. Aku sememangnya angkuh!
Setelah sepuluh tahun, apabila aku melihat dia berdiri tegak dan berkeyakinan, aku berasa takut. Akiyama Mio kembali menjadi Helen Mizuki. Petang tadi, aku mengancamnya tetapi dia menyerang kelemahan aku. Mio membuatkan aku merasakan mereka berdua orang yang berbeza. Walaupun aku masih terkejut, tetapi apabila melihat yang dia masih hidup, aku berasa tertipu. Aku mati-matian ingat dia mati tetapi ternyata tidak. Dia bersembunyi dan tunggu masa untuk muncul di hadapan ku. Aku tahu yang dia ingin membalas dendam kepada aku kerana aku telah memusnahkan segala kebahagiaan dia. namun, mengetahui dia masih hidup, aku tidak akan berhenti langkah ku. Walaupun dia membuat dirinya seperti dua orang berbeza, bagi ku dia tetap Mio. Mio, gadis yang sepatutnya akan menjadi milik ku. Aku bersumpah akan memilikinya dan membuat dia mengaku siapa dirinya. "Mio, mari kita lihat sejauh mana kau ingin bermain dengan permainan ini." Bisikku seorang diri lalu menikam gambar Mio di muka hadapan majalah hiburan dengan gunting.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...