Setahun Kemudian....
Akiyama Mio/ Takimachi Mio POV
Sudah setahun aku menjadi isteri kepada Ian. Hidup aku cukup bahagia. Ian menjaga aku dengan baik sekali. Mengenai kerjaya ku, aku masih lagi seorang pelakon dan model. Perniagaan butik H & I juga bertambah maju. Syukur kepada yang Maha Esa. Namun, itu juga menandakan sudah setahun aku tidak menjejakkan kaki aku di rumah keluarga Akiyama. Apabila ibubapa angkat aku ingin menemui aku, mereka akan datang ke rumah keluarga Takimachi. Disebabkan perbuatan Ryou melebihi batasan, pasangan suami isteri Akiyama berasa bersalah kepada aku. Oleh yang demikian, segala asset yang mereka beli untuk ku, mereka menyerahkan kepada ku sebagai hadiah. Aku juga dijadikan sebagai pemegang saham dalam Akiyama Group. Aku tidak ingin semua itu tetapi mama dan papa ingin memberikannya kepada ku.
Jika diikutkan kekayaan, aku sudah cukup kaya dan aku tidak memerlukan harta keluarga Akiyama lagi. Namun, atas hubungan yang aku ada bersama keluarga Akiyama, aku menerima juga saham itu. Aku fikir apabila ibubapa angkat aku sudah tiada, aku akan mengembalikan harta tersebut kepada keluarga Akiyama semula. "Apa yang kau fikirkan?" Tetiba Ian datang ke atas katil dan memelukku dari belakang.
"Tiada apa. Aku hanya keletihan sahaja." Balasku.
"Keletihan? Kerja kau amat membebankan?" Soal Ian sambil bermain dengan jari ku.
"Aku tidak rasa yang kerja aku bertambah tetapi semakin hari aku merasakan semakin penat. Kadang-kadang aku pitam di tempat kerja." Balasku. Ya! Kebelakangan ini aku berasa aneh dengan tubuh ku. aku mudah pitam dan pening serta cepat kepenatan.
Kemudian, aku melihat Ian menarik laci sebelah. Dia melihat tuala wanita ku di dalam almari yang belum berbuka. "Berapa lama kau tidak datang 'period'?" Soalan Ian menjadi amat serius. Aku tahu apa yang Ian fikirkan.
"Ian, aku tidak mungkin mengandung. Kali terakhir kita bersama 3 bulan lepas. Kalau aku mengandung, sudah tentu aku dapat pertanda lebih awal." Jawabku sambil tersenyum walaupun hati aku ragu.
"Sebab kali terakhir kita bersama tiga bulan lepaslah, aku tanya bila kali terakhir kau datang 'period'."Protes Ian.
Aku tahu yang 'period' aku sudah lewat untuk bulan ini. "Empat bulan lalu." Balasku dengan nada sayu.
Ian tidak berkata apa-apa lalu meninggalkan aku di atas katil. Dia menghampiri almarinya lalu mengambil sesuatu. Kemudian dia kembali dan menghulurkan aku alat ujian kehamilan. "Ujian ini tidak akan mendapat keputusan 100% tetapi aku ingin kau check sama ada kau mengandung atau tidak. Jika kau mengandung, esok kita pergi klinik untuk pemeriksaan lebih lanjut." Nada Ian agak serius. Aku tidak berkata apa-apa lalu mengambil alat ujian kehamilan itu dan pergi ke bilik air.
Kira-kira 30 minit kemudian, aku keluar dari bilik air dengan membawa penguji itu. Ian mengambil penguji kehamilan tersebut. Dia melihat keputusan itu. Aku risau jika dia memberitahu sesuatu yang negatif. Namun, sebaliknya berlaku apabila tetiba dia mencium bibirku dan memelukku dengan erat. "Esok kita pergi ke klinik. Terima kasih, Helen." Bisiknya dengan penuh kebahagiaan. Aku tidak menyangka yang Ian begitu gembira mendengar berita kehamilan aku. Disebabkan Ian tidak suka budak-budak, aku risau jika dia tidak akan menerima bayinya. Ternyata, dia mahu menerima zuriat ini. Bibirku mengukir senyuman.
Takimachi Ian POV
Pagi itu, aku membawa Mio bertemu dengan doktor. Mio sememangnya disahkan mengandung tiga bulan. Aku amat gembira mendengar berita itu. Aku bakal menjadi bapa. Disebabkan Mio mengandung, aku memilih untuk membuat pengajian separuh masa di universiti dan separuh masa bekerja. Mendengar berita kehamilan Mio, papa dan Sara yang lebih gembira daripada aku. Mereka tidak sabar menerima kelahiran baru di dalam keluarga Takimachi. Aku amat bersyukur dengan anugerah Tuhan itu.
"Tidak sangka yang kau boleh menjadi seorang bapa." Ryusei menyindir aku ketika kami berdua berada di kelab malam. Aku tersenyum.
"Siapa sangka yang Helen akan mengandung. Namun, aku mula risau tentang keadaan dia. Helen masih bekerja. Kerja seorang model bukan mudah." Rungut ku.
"Kau harus faham. Helen ialah anak kepada Angelia Mizuki, model tercantik di Jepun. Mustahil jika kau minta dia berhenti kerja itu." Ujur Ryusei.
Ryusei ada benarnya juga. "Aku hanya risau." Balasku.
"Kau tidak perlu risau. Aku percaya yang Helen pasti ada jalan penyelesaian." Kata Ryusei. Aku berasa tenang seketika. Namun, berita kehamilannya membuatkan aku menjadi lelaki paling bahagia di dunia ini.
Akiyama Ryou POV
Sahabat aku, Takashima Kenji datang ke tempat kami berkumpul. "Ryou, aku rasa kau perlu mendengar berita ini. Mio mengandung anak Ian." Umumnya lalu duduk di sebelah Subaru. Aku memandangnya dengan pandangan maut. "Aku nampak Mio bersama suaminya di hospital. Mereka baru keluar dari Bahagian Sakit Puan." Tambah Kenji.
Berita itu langsung tidak memberikan aku sedikit kegembiraan. Hati aku semakin sakit mendengar berita tersebut. Aku menggenggam gelas di tangan lalu mencampak ke lantai. "Apa salahnya dia mengandung anak suaminya?" Soal Subaru yang sedang bermain catur dengan Hanazano Sui.
"Kau marah pun, tiada ada apa yang boleh ubah. Mio sudah bersuami. Sudah tentu dia akan mengandung serta memberi zuriat kepada suaminya." Tambah si Sui.
Aku bangun lalu berdiri di tepi tingkap melihat permandangan Metropolitan Tokyo. Kemudian, aku ketawa kecil. "Nampaknya gadis itu semakin bahagia di dalam dakapan budak Takimachi. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap milik aku. Aku akan pastikan dia jatuh dalam pelukan aku." Kataku dengan penuh keyakinan sambil bibir ku tersenyum.
Aku enggan menerima kenyataan yang Mio bahagia dengan orang lain. Disebabkan itu, aku akan menjalankan rancangan ini untuk memusnahkan seluruh keluarga Takimachi. Apabila keluarga Takimachi musnah, Mio akan kembali kepada keluarga Akiyama. Aku akan mengambil hak milik ku semula. Lihatlah, Mio. Kau tidak akan bahagia selamanya di dalam pelukkan lelaki kau kerana kau milik aku.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...