Yu Li Shang POV
Semenjak aku mengetahui kubur ibubapa ku, aku selalu menziarahi kubur. Setiap petang, selepas aku selesai pekerjaan aku, aku akan memastikan yang aku ada masa untuk menziarahi kubur ibubapa aku. Aku tidak tahu bagaimana rasa hidup tanpa orang menyayangi ku sebab Yu Ren Liang terlalu memberi kasih sayang kepada aku. Apabila aku sedih, dia selalu ada di samping ku. apabila aku sakit, Yu Ren Liang akan menjaga aku. Walaupun aku sedih kerana aku terpisah dengan keluarga aku, tetapi aku dibesarkan dalam keluarga yang menyayangi aku.
Nasib Helen berlainan dengan aku. Helen lebih merasai kehilangan ibubapa kami kerana kematian ibubapanya benar-benar di hadapan matanya. Dibesarkan tanpa kasih sayang yang secukupnya dan terpaksa menempuh seksaan abang angkat, aku tidak boleh membayangkan perasaan Helen. Meskipun aku tidak tinggal sebumbung dengannya, tetapi apabila aku berdekatan dengannya, aku merasakan yang aura Helen amat suram dan menyedihkan. Tiada langsung aura yang ceria dan gembira. Mungkin kerana itu, mama dan papa melawat aku di dalam mimpi.
"Kita bertemu lagi." Aku tersedar apabila mendengar suara Helen. Aku menoleh ke arahnya. "Kau membersihkan kubur keluarga saya?" Soalnya.
Aku mengangguk. "Bapa saya yang minta saya melakukan semua ini. Bapa saya kata yang kawannya, Mizuki Naoki tiada waris sebab anak gadisnya hilang selepas kematiannya. Saya cuba untuk menjelaskan kepadanya yang awak ini anaknya tetapi nampaknya bapa saya enggan mendengar penjelasan saya." Aku menipu Helen. Aku terpaksa menipunya kerana aku tidak ingin dia mengetahui aku ini ialah Hayden Mizuki.
"Saya rasa saya tahu kenapa bapa awak kata begitu. Kalau awak ada masa, saya ingin menjemput awak ke rumah saya supaya saya boleh menjelaskannya. Harap selepas awak mendengar cerita saya, awak tiada masalah untuk jelas kepada bapa awak." Tawaran Helen sukar untuk ditolak. Tambahan pula, aku sememangnya ingin mengetahui kebenarannya.
Namun, Helen bukan seseorang yang boleh dipercayai sekarang. Walaupun dia ialah adik kandung ku, tidak semua perkara aku boleh mempercayainya. "Kenapa kamu beria-ria ingin menjelaskan segalanya kepada saya? Kita baru sahaja berkenalan." Ujurku.
"Saya rasa awak bukan seorang penipu. Jika awak seorang penipu, kenapa awak sanggup membersihkan kubur ini di belakang saya? Saya rasa saya percaya dengan cerita awak. Jadi, saya akan memberitahu awak supaya awak tidak menghadapi masalah dengan bapa awak." Jelasnya. Aku hanya mengangguk lalu mengikutnya ke rumah.
Helen tinggal di sebuah Penthouse di Hirakawacho Mori Tower Residence. Penthousenya kelihatan mewah dan selesa. Aku melihat sekeliling penthousenya. Di saat aku melihat sekeliling kediamannya, aku ternampak potret keluarga Mizuki tergantung di ruang tamu. Aku merenung potret tersebut. potret itu merupakan potret terakhir aku bersama keluarga ku. "Aku menginginkan keluarga aku lengkap. Tetapi segalanya berakhir. Aku sepatutnya mati bersama mereka." Kata Helen sambil memberikan aku segelas jus anggur.
"Kenapa kau berkata begitu?" Soalku lalu menghirup jus anggur yang diberi oleh Helen. Helen menjeling potret keluarga.
"Kira-kira 15 tahun lalu, jika ibubapa aku tidak menyelamatkan Akiyama Yuusuke dan isterinya, ibubapa aku pasti masih hidup. Pada 15 tahun lalu juga, jika aku boleh memboloskan diri aku daripada genggaman Akiyama Yuusuke dan isterinya untuk masuk ke dalam kebakaran itu, aku pasti sudah bersama dengan ibubapa aku di alam lain." Aku memandang Helen semasa Helen berkata-kata. "Budak lelaki di sebelah aku itu ialah abang aku. Dia hilang semasa umur aku 10 tahun. Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau mati. Kekadang aku mengharapkan yang dia masih hidup tetapi kekadang aku merasakan lebih baik dia tiada di dalam hidup aku. Jika dia masih hidup, hidup aku mungkin tidak sebegini. Mungkin hidup aku lebih baik. Namun, ada sesuatu yang membuat aku mengharapkan dia tiada. Alasan aku tidak ingin bertemu dengannya kerana aku tidak mahu dia melihat diri aku yang sekarang." Sambung Helen lalu duduk di atas sofa berhampiran.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...