Takimachi Ian POV
Aku menerima berita yang Mio melahirkan anak aku. Di saat itu, perasaan takut dan gementar, semuanya aku buang. Aku hanya ingin melihat Mio dan anak aku. Namun, apabila aku tiba di hospital, perasaan itu hilang. Akiyama Ryou dan orang-orangnya mengusir aku keluar dari hospital. Mereka juga menghalang aku daripada melihat anak aku. Namun, pada saat itu juga aku sedar betapa tidak bermayanya aku apabila duit dan kuasa hilang.
"Akhirnya budak Takimachi yang angkuh dan berkuasa hilang." Aku melihat Akiyama Ryou menyindir ku dengan senyuman sinis. Betapa pandang rendahnya dia kepada aku. "Jika kau ingin bertemu mereka, langkah mayat aku dahulu. Tetapi melihat keadaan kau, aku tidak yakin yang kau boleh melangkah mayat aku. Kau sudah tidak punya apa-apa. Takimachi Ian, jika kau sayang Mio, ceraikan dia dan biar aku menjaga dia." Tambahnya. Bagaimana aku akan membiarkan dia menjaga Mio sedangkan sebelum ini dia menyeksa Mio.
Malam itu, selepas aku diusir oleh Akiyama Ryou, aku tidak begitu mudah berputus asa. Aku tetap tunggu Mio di luar hospital kerana aku tahu Akiyama Ryou pasti akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Aku bukan manusia yang mudah percaya kepada firasat sendiri tetapi firasat pada malam itu amat kuat. Selama 24 jam, aku memantau, seharian selepas Mio bersalin, aku nampak Akiyama Ryou membawa bayi ku. Aku keluar dari kereta dan mengekori Akiyama Ryou secara perlahan-lahan.
Akiyama Ryou membawa bayi itu ke sebuah pokok besar yang tidak begitu jauh daripada hospital lalu meletakkan bayi tersebut di bawah pokok itu bersama balutan kain. Bayi itu menangis. "Kau tidak sepatutnya dilahirkan di dunia ini. Disebabkan itu aku enggan membiarkan engkau melihat Mio dan Ian, iaitu ibubapa kau." Aku mendengar sendiri yang Akiyama Ryou berkata begitu kepada bayi yang baru berusia satu hari. Kemudian, dia meninggalkan bayi itu begitu sahaja dan kembali ke hospital. Bayi itu menangis sekuat hati seperti dia memahami situasinya.
Aku membiarkan Akiyama Ryou masuk ke dalam hospital. Setelah bayangnya hilang, aku mengambil bayi itu dan bergegas kembali ke kereta. Aku memeluk bayi tersebut. "Jangan risau. Papa tidak akan membiarkan kau kesejukan. Papa tidak mampu menyelamatkan kau daripada Akiyama Ryou tetapi papa tidak akan membiarkan kau menjadi mangsa keadaan. Mulai hari ini, papa akan menjaga kau." Bisik ku kepada bayi tersebut lalu membawanya pergi dari hospital itu. Helen, maafkan aku! Aku tidak boleh memberitahu kau yang anak ini selamat. Namun, demi cinta kita, aku berjanji akan menjaga anak ini dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang.Bisik hati ku.
Di dalam perjalanan pulang ke rumah, aku menelefon Ryusei. "Ryusei, aku menerima tawaran kau. Aku akan menjadi General Manager di syarikat keluarga kau tetapi dengan syarat kau harus menyelamatkan Takimachi Group." Kataku di dalam telefon. Semasa aku mengambil keputusan itu, hati aku dipenuhi dengan dendam. Aku masih boleh memaafkan Akiyama Ryou jika dia memisahkan aku dan Mio tetapi membuang bayi aku seperti anak anjing, aku tidak dapat memaafkannya. Apabila tiba masanya, aku akan membuat Akiyama Ryou mengemis dan jatuh tersungkur serta merayu kemaafan kepada aku.
"Cepat sungguh kau membuat keputusan." Aku mendengar Ryusei menyindirku di dalam telefon.
"Aku ada sesuatu nak beritahu kau nanti." Balasku.
Ryusei ketawa kecil. "Baiklah, Ian. Aku akan membantu kau. Kita jumpa esok." Selepas Ryusei berkata begitu, aku mematikan telefon bimbit ku dan terus membawa bayi itu pulang ke rumah.
Akiyama Mio POV
Aku baru sahaja lepas menyusu bayi ku. Ketika aku sedang meniduri bayi ku, Ryou datang ke dalam wad. Dia datang tanpa berkata apa-apa lalu mengambil bayi aku yang sedang tidur. "Ryou, apa kau nak buat?" Tanyaku dengan nada bengis. Ryou memandang aku dengan muka marahnya.
"Anak ini akan memberi masalah kepada kau. Lebih baik dia mati sahaja." Balas Ryou lalu membawa bayi itu keluar dari wad. Aku cuba menghalang Ryou tetapi aku baru sahaja selesai operasi.
Ketika aku hendak berlari kea rah Ryou, aku terjatuh dan darah keluar dari tubuh ku. Ryou menoleh ke belakang lalu mengarah seorang jururawat membantu aku. "Ryou, jangan apa-apakan bayi itu. Dia tidak bersalah. Aku merayu kepada kau." Aku benci untuk merayu tetapi demi anak, aku terpaksa. Ryou memandang aku dengan pandangan bengis. Dia tidak berkata apa-apa lalu membawa bayi itu pergi.
"Ryou! Ryou! Ryou! Jangan ambil anak aku. Jangan bawa anak aku pergi." Aku teriak sambil berusaha untuk bangun dan berlari ke arah Ryou tetapi aku gagal kerana situasi tubuh ku yang masih lemah. "Jangan cederakan anak aku!" Aku mengulang ayat itu beberapa kali. Air mata aku mengalir dan aku meraung tetapi tanpa simpati, Ryou tetap mengambil anak aku. Di dalam tangisan dan dalam keadaan tubuh ku yang lemah, aku pengsan.
Apabila aku sedar dari pengsan, aku mendapat berita yang anak aku sudah tiada. Pada saat itu, aku merasakan yang seluruh harapan aku runtuh. Jururawat ku memberitahu yang anak aku sudah dikebumikan di rumah abu berdekatan dengan hospital. Jururawat ku cuba mengenangkan aku tetapi bagaimana aku akan tenang jika semua kebahagiaan aku dirampas oleh Ryou. "Tinggalkan saya bersendirian." Aku mohon kepada jururawat itu. Jururawat tersebut hanya mengangguk lalu meninggalkan aku.
Aku bersendirian di atas katil. Air mata aku mengalir dan hati aku kosong. Aku merasakan seluruh dunia ku kelam. Hati aku hampa, hancur dan berkecai. Aku juga tidak sanggup memberitahu berita sedih ini kepada Ian. Ian pasti akan berasa terbeban dengan berita ini. Disebabkan itu, aku langsung tidak mesej atau menghubungi Ian. Sekitar jam 12 tengahari, semua pengawal keluar makan. Pada masa itu, aku berusaha bangun dari katil. Keajaiban berlaku kerana aku berupaya untuk berjalan. Aku amat bersyukur kerana aku mampu bangun dari katil itu. Aku menukar pakaian ku dan mengambil telefon serta dompet ku lalu melarikan diri dari hospital.
Aku pergi ke perkuburan keluarga Mizuki. Di sana aku menangis sepuas-puas hati. "Mama! Papa! Helen sudah tidak punya apa-apa. Ian sudah pergi meninggalkan Helen dan Ryou membunuh anak Helen. Helen hilang segalanya. Kenapa Helen tak mati sahaja? Sekurang-kurangnya Helen tidak akan mengalami penderitaan dan kesakitan ini. Mama! Papa! Apa harus Helen lakukan?" Aku menangis di hadapan kubur ibubapa ku. Di sana, aku meraung sepuas-puas hati aku. Aku tidak pernah menangis seperti ini. inilah kali pertama aku teriak dan bersedih sepuas hati ku. "Helen! Helen!" Seorang lelaki datang memelukku. Aku memandang lelaki itu. Sekali pandang, aku mengenali lelaki tersebut. Lelaki itu sahabat aku semasa berusia 12 tahun. Hubungan kami terpisah kerana aku berpindah selepas ibubapa aku meninggal dunia. Aku mampu mengenalinya kerana pandangan matanya. Dia ialah Takashi Haruka.
Melihat Haruka, satu kata-kata muncul di ingatan ku. "Helen, kau harus bangun. Walaupun kau kehilangan segalanya, ingat yang hidup ini merupakan sebuah anugerah." Kata-kata itu pernah dilafazkan oleh Haruka semasa dia menziarahi hari perkebumian ibubapa ku. Aku kembali memandang kubur ibubapa aku. Tangan ku menggeser air mata. "Akiyama Ryou, aku akan bunuh kau! Aku tak akan maafkan kau! AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU SAMPAI BILA-BILA! AKU AKAN PASTIKAN KAU HIDUP MERANA DAN MELUTUT DI HADAPAN AKU!" Jerit ku sepuas hati. Haruka tidak berkata apa-apa dan terus memelukku. Aku menangis di dalam pelukannya.
Di saat itu, Helen Mizuki yang sentiasa mengalah dan takut mati. Di dalam diri ku, muncul Helen Mizuki yang penuh dengan kebencian dan dendam. Kerana kesakitan yang aku alami, aku memilih untuk hidup di dalam kegelapan. Aku sudah tiada apa-apa yang harus hilang di tangan Ryou. Kebahagiaan aku sudah musnah. Anak aku sudah tiada. Suami aku sudah pergi. Jadi, tiada apa yang akan aku hilang kelak. Itu bermaksud tiada apa juga yang akan menjadi ancaman untuk aku membalas dendam kepada Akiyama Ryou. Mama Akiyama dan Papa Akiyama, Mio minta maaf. Dendam ini mungkin akan melibatkan mama dan papa tetapi Mio enggan untuk melihat Akiyama Ryou bahagia dan juga mengalami penderitaan ini. Disebabkan itu, Mio akan musnahkan Ryou sepertimana dia memusnahkan Mio. Akiyama Ryou, dia.... binatang lebih mulia daripada dia! Perbuatannya tidak mampu dimaafkan.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
Roman d'amourAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...