Helen Mizuki POV
Jam 12 tengah malam, aku kembali ke penthouse ku di Hirakawacho Mori Tower Residence. Penthouse ini agak mahal daripada yang ku jangka. Demi memiliki penthouse yang selesa dan memenuhi citarasa ku, aku mengeluarkan wang sebanyak 950,000,000 Yen bersamaan 11.45 million USD. Duit hasil daripada aku mengikut orchestra di Eropah habis kerana penthouse tersebut. Namun ada alasan tersendiri kenapa aku ingin membeli rumah ini. Ini kerana aku ingin bersembunyi daripada ramai orang. Setelah aku memiliki penthouse tersebut, aku juga mengeluarkan hampir ½ duit dividen aku untuk memiliki kereta tanpa hutang. Kereta aku pada masa itu tidaklah mewah kerana aku hanya memiliki sebuah kereta berjenama Toyota Camry.
Selepas aku memiliki semua itu, aku pulang ke Jepun. Dua tahun lalu, aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Aku juga bergelut kerana kesempitan wang. Disebabkan itu, aku tidak pernah berehat dan melakukan tiga kerja dalam satu masa. Nasib aku amat baik apabila Haruka membantu aku. Haruka pernah menawarkan bantuan kewangan kepada aku tetapi aku menolak sebab aku yang membazirkan wang simpanan aku. Jadi sebagai balasan, aku harus bekerja untuk mendapatkan semula wang simpanan itu. Syukur kepada Tuhan. Atas usaha keras ku, dalam tempoh setahun, aku berjaya mendapatkan wang simpanan aku yang telah aku keluarkan untuk memiliki asset tetap. Sebagai menunjukkan rasa bersyukur kepada Tuhan, aku mengeluarkan sebahagian hasil pendapatan aku untuk didermakan kepada rumah kebajikan serta melakukan kerja amal.
Guru agama pernah berkata untuk berasa tenang, aku harus melakukan banyak kerja amal dengan ikhlas. Apabila kita melakukan kerja amal, kita akan menyuci sebahagian sifat jahat kita. Aku tidak pasti kata-kata itu betul. Namun, dengan melakukan kerja amal, aku boleh melupakan dendam aku seketika. Aku benci untuk membalas dendam kerana hidup aku berasa tidak tenang tetapi pada masa yang sama aku tidak boleh melepaskan Ryou. Demi mendapatkan kebahagiaan aku semula, aku harus memberi Ryou pengajaran dahulu. Jika aku membiarkan dia, mimpi ngeri pada sepuluh tahun lalu pasti akan berulang.
Mataku mengeling ke arah fail yang menunjukkan aku akan menyelesaikan hutang Akiyama Group. Dokumen itu belum ditandatangani oleh Akiyama Ryou. Apabila teringat tentang tindakan aku semasa mesyuarat tempoh hari, aku boleh ketawa akan kebodohan aku. Jika Haruka dengar tentang perkara ini, Haruka pasti akan ketawa juga. Di dalam dunia ini, tiada orang yang mahu menolong musuhnya. Namun, aku melakukan hal yang orang tidak akan lakukan. Aku menghabiskan duit aku demi menolong Akiyama Group. Aku boleh sahaja tidak menolong mereka dan membiarkan Akiyama Group lingkup. Tetapi jika aku membiarkan Akiyama Group lingkup begitu sahaja, permainan ini tidak akan seronok. Akiyama Ryou membuat aku menderita sedikit demi sedikit. Jadi, aku perlu membuat dia menderita sedikit demi sedikit juga.
Di saat aku memikirkan itu, air mata aku mengalir. Tangisan ku menunjukkan hati aku juga terluka dengan perbuatan ku. Namun, dendam ini tidak akan mengambil masa yang lama. Click! Aku dengar pintu rumah ku terbuka tetapi aku membiarkannya kerana aku tahu siapa yang memasuki rumah ku. Aku memejamkan mata ku. Jari seseorang terasa mengelap air mata ku. "Kau menangis lagi." Kata Haruka yang sedang duduk di hadapan ku.
"Nampaknya begitu. Air mata yang mengalir daripada kemarahan dan kekeliruan." Kataku kepada Haruka.
Haruka mengeluh manakala aku bersandar di sofa. "Kau kelihatan kuat di luar. Wajah kau sangat tegang di hadapan musuh. Namun, hati kau masih rapuh seperti kaca. Kau mudah terluka dan terlerai apabila jatuh." Rungut Haruka.
Bibirku tersenyum. "Maafkan aku kerana kau harus melihat aku begini. Tetapi apa yang boleh aku lakukan. Jika aku tidak menangis, hati aku bertambah sakit." Balasku. Haruka mendekati ku lalu memelukku dengan erat sehingga aku tenang. Apabila hati yang disakiti ini berasa sedikit tenang, aku melepaskan pelukan Haruka. "Kenapa kau datang ke sini?" Soalku.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomansAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...