Helen Mizuki POV
Tiada apa yang aneh dalam hal ini. Walaupun Akiyama Yuusuke menyayangi aku sebagai anaknya tetapi status aku tidak akan mungkin sama dengan Akiyama Ryou. Sejahat manapun Akiyama Ryou, aku percaya yang bapa angkat aku pasti akan menyebelahi anaknya. Dalam pertandingan ini, aku tahu yang aku akan kalah. Akiyama Ryou akan menggunakan pelbagai cara kotor. Tambahan pula, bapanya menyokongnya. Aku tiada sesiapa untuk membantu aku. Tetapi jika aku tidak melawan dan membiarkan mereka melakukan apa sahaja, hidup aku akan terus terperangkap dengan Akiyama Ryou. Jiwa aku akan terus terseksa.
"Sukar jika kita perlu berlawan seorang diri, kan?" Aku mendengar suara Subaru. Emosi menyampah aku terus muncul sebaik sahaja mendengar suara Subaru. "Aku tahu tentang ini kerana Akiyama Ryou memberitahu aku. Kelihatannya kau pun tahu yang kau akan kalah, kan?" Kata Subaru di saat aku sedang duduk di atas bangku di atas bangku di tepi sungai.
"Kenapa kau begitu sibuk tentang hidup aku? Untuk mendapat maklumat yang memberi peluang kepada Akiyama Ryou untuk menang?" Soalku dengan kasar sekali.
Subaru ketawa kecil. "Kau seorang wanita yang amat rumit untuk difahami." Kata Subaru lalu berduduk di sebelah ku. "Walaupun aku kawan kepada Akiyama Ryou tetapi itu tidak bermaksud yang aku berdiri sama kasut dengan Akiyama Ryou. Helen, aku berupaya untuk membuat kau menang tetapi kau harus mengorbankan seseorang yang kau sayang." Kata Subaru. Perhatian aku beralih kepada Subaru.
"Apa maksud kau?" Soalku.
"Kau harus menceraikan Takimachi Ian." Jawab Subaru.
"Itu mengarut!" Balasku lalu melangkah pergi meninggalkan Subaru.
"Helen!" Panggilan Subaru membuatkan langkah aku terhenti. "Kau pun sedar akan situasi kau. Jika kau menolak tawaran aku, kau akan kalah dan kau tidak akan kembali kepada Takimachi Ian untuk selamanya. Perkahwinan kita hanya sekadar untuk memenuhi keinginan masing-masing. Aku tidak ingin Akiyama Ryou terus berjalan ke jalan yang salah sebab akhirnya dia yang akan terluka. Aku ingin menyelamatkan Akiyama Ryou dari terus dia melakukan kesalahan." Kata Subaru.
"Rancangan kau amat menjijikkan. Perkahwinan bukan satu permainan. Sama ada aku kalah atau menang, aku akan memastikan yang aku tidak akan menjadi milik Ryou. Sesukar mana pun, aku akan memastikan impian Ryou tidak akan tercapai." Balasku kepada Subaru.
"Itu mustahil. Ryou akan menggunakan jalan kotor juga." Ujur Subaru.
Aku menoleh melihat Subaru. "Kenapa kau selalu masuk campur dalam masalah aku?" Soalku dengan agresif.
"Perlukah aku memberitahu kau?" Soal Subaru. Aku mengangkat kening seolah-olah menyoal apa maksud Subaru. "Jika ingatan kau masih kuat, kau pasti ingat kejadian 19 tahun dulu." Kata Subaru lalu menunjukkan reben rambut berwarna putih dan juga seutas jam tangan kepada ku. "Semua ini milik kau, Helen. Sepatutnya kau yang menggenggam dua barang ini tetapi di sebaliknya aku yang menerimanya." Tambah Subaru.
[Flashback]
"Kenapa semua orang harus tipu saya? Kenapa? Kalau mereka tak sayang saya, kenapa mereka mesti ambil saya? Semua orang berjanji dengan saya untuk menjaga saya tetapi mereka tidak pernah menunaikan janji. Kenapa? Kenapa?" Tangisan seorang kanak-kanak lelaki apabila aku menegurnya.
Bibir aku hanya tersenyum lalu memegang tangannya dan membalut luka dengan reben rambut ku. "Maafkan saya kerana saya tidak dapat memahami kamu. Tetapi ibu saya selalu kata yang setiap manusia akan menemui kebahagiaan walaupun jalan yang kita lalui adalah sangat sukar." Kataku lalu memberikan budak lelaki itu seutas jam tangan. "Ibu saya kata jam ini amat istimewa kerana apabila kamu tekan butang di sebelah kiri, jam ini akan memberitahu kamu bahawa jika kita berusaha hari ini, esok akan menjadi hari yang lebih baik."
"Kamu tak perlukannya?"
"Saya tak perlukan jam ini sebab setiap hari, hidup saya menjadi lebih baik. Saya ada abang yang selalu menjadi hero untuk saya."
[Flashback End]
"Hari itu hujan sangat lebat. Kemudian, ada seorang budak lelaki datang kepada kau. Kau menghampiri budak lelaki itu dan memberikan payung untuk aku berteduh. Aku tahu budak lelaki itu ialah abang kau sebab kau memanggilnya 'abang'. Kau juga boleh dikatakan kejam. Kau pergi meninggalkan aku tanpa memberitahu nama kau." Jelas Subaru lagi.
"Bagaimana kau tahu nama aku? Bagaimana kau pasti yang budak itu ialah aku?" Soalku.
"Helen Mizuki ada tertulis di muka jam. Aku percaya jam itu ditempah khas untuk kau. Namun, sekadar tahu nama, aku tidak dapat mencari kau. Setahun kemudian, aku menemui kau di dalam satu majlis. Ibu kau memperkenalkan nama kau dan kau membuat persembahan piano. Disebabkan ibu kau mengumumkan nama kau, persembahan itu menarik perhatian aku. Namun, bukan persembahan itu yang benar-benar menarik perhatian aku. Lebih menarik perhatian aku ialah aku ingin melihat wajah kau. Wajah kau cukup menunjukkan kau pemilik jam tangan ini. Semenjak aku mengetahui kau merupakan anak kepada Mizuki Naoki, aku selalu mengekori perkembangan kau termasuklah kemalangan yang menimpa keluarga kau. Aku amat terkejut apabila aku tahu yang kau menjadi adik kepada Ryou selepas kematian ibubapa kau. Setiap kali Ryou membuat kau menangis, aku cuba membantu kau tetapi pada masa yang sama aku tidak boleh mengkhianati Ryou. Sebab Ryou merupakan orang pertama yang menerima aku. Disebabkan Ryou, kedudukan aku dipandang tinggi dan aku mempunyai kawan."
"Jadi sebab itulah kau hanya memandang aku semasa zaman persekolahan? Scum!" Balasku.
"Aku memahami perasaan kau sebab aku pernah mengalaminya. Disebabkan itu, aku ingin membantu kau sekaligus membantu Ryou. Aku ingin menghentikan Ryou sebelum dia benar-benar menjadi manusia yang tidak berhati perut." Tambah Subaru.
"Setelah mengingati kau ialah budak yang aku tolong, aku mengharapkan masa diputarkan semula supaya kau menjadi kawan aku dan bukannya kawan Ryou. Jika aku membuat kau menjadi kawan aku, aku percaya yang kau tidak akan berada di dalam perangkap dilemma. Tetapi apabila mengetahui kau ialah budak lelaki itu, aku berasa gembira kerana doa aku dikabulkan. Pada masa itu, aku mengharapkan kau menemui kebahagiaan kau." Balasku.
Subaru hanya terdiam. Aku tersenyum kepadanya lalu melangkah pergi. "Nanti!" Subaru menghentikan aku. "Yu Li Shang.... Dia sebenarnya abang kau. Aku ternampak dia di tanah perkuburan keluarga Mizuki. Aku mengetahui dia abang kau apabila dia selalu menyebut mama dan papa apabila dia menziarahi tanah perkuburan keluarga Mizuki." Ujur Subaru.
"Terima kasih kerana kau memberi keyakinan untuk aku mempercayai Yu Li Shang. Yu Li Shang sudah memberitahu aku yang dia ialah abang ku tetapi kepercayaan aku hanya sebahagian. Sekarang aku percaya yang dia ialah abang kandung aku. Terima kasih banyak-banyak." Balasku lalu berjalan pergi.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...