Chapter 10: Harapan untuk diri ini hilang

169 8 0
                                    

Takimachi Ian POV

Walaupun Mio sudah menampar Sara tetapi hubungan Sara dan aku masih tidak pulih. Sara tetap tidak mahu menerima aku sebagai adiknya. Sekarang, semua pelajar di sekolah ku mengetahui aku ialah teman lelaki, Mio. Meskipun aku digelar sebagai teman lelaki, tetapi aku tidak pasti dengan hati ku. Tambahan pula, dalam tiga minggu ini, Mio jarang hadir ke kelas. Dia selalu sahaja ponteng. Apabila aku menyoal guru, guru kata Mio mempunyai masalah peribadi yang membuatkan dia tidak boleh mengikuti pembelajaran. Bukan itu sahaja, laman sosialnya juga jarang 'update'. Aku ingin mesej Mio tetapi aku risau jika dia fikir yang bukan-bukan.

Yang membuat aku risau ialah jika Mio diseksa oleh Ryou lagi. Aku tahu Mio ada konflik dengan Ryou tetapi aku tidak tahu punca konflik yang mencetus pergaduhan mereka. Ryou dan Mio seperti mempunyai penghalang di antara hubungan mereka. Aku tidak boleh memberi sebarang ulasan tentang hubungan Mio dan Ryou kerana hubungan aku dan Sara juga bagai dua individu yang tiada hubungan darah. Dalam pendaftaran kekeluargaan, dia mungkin kakak ku tetapi tidak dalam alam realiti. Sara tidak akan menerima aku sebagai adiknya kerana aku telah merampas ibunya.

"Ian! Ian! Ian!" Tiba-tiba sahabat baik Mio, Ayase datang menemui ku dengan senaskah majalah. "Nampaknya, Mio berjaya menjadi idol." Kata Ayase kepada ku sambil menunjuk gambar Mio di dalam majalah. "Mio kelihatan cantik dengan solekan dan juga dandanan rambutnya." Ulas Ayase.

"Kau mengetahui Mio ialah Helen?" Soalku kepada Ayase. Ayase mengangguk.

"Aku mengenali Mio sejak sekolah menengah rendah. Dia sahabat pertama aku yang aku punya semasa sekolah menengah rendah. Semasa di sekolah menengah rendah, aku selalu dibuli tetapi disebabkan Mio, aku tidak lagi dibuli. Pada usia 14 tahun, Mio selalu sibuk dan terlibat dengan aktiviti. Mio tidak memberitahu aku aktiviti yang dia terlibat tetapi aku menemui dirinya ialah Helen A. M semasa Piano Concerto di Tokyo Hotel. Aku peminat Helen A. M. jadi, aku ingin mendapatkan autografnya di bilik solekan. Aku membuat kesilapan apabila aku curi-curi masuk ke bilik persalinan. Pada masa itu, aku melihat Helen menanggalkan rambut palsunya. Rambut palsu yang dipakai membuatkan aku mengenali dia sebagai Mio. Dia mahu aku berahsia tentang ini. Sekarang, hanya kita berdua sahaja tahu yang Mio ialah Helen."

"Bukan kita berdua. Kakak aku juga mengenali Mio ialah Helen. Kakak aku peminat Helen. Dia mengenali Helen dari rambut sampai hujung kaki. Tetapi kau tahu kenapa Mio menggunakan nama Helen?" Soalku kepada Ayase.

"Aku tak pasti. Tetapi Mio selalu kata yang nama 'Helen' adalah anugerah yang terbesar buat dirinya." Jawab Ayase. Aku terdiam. "Aku tahu kau merindui Mio. Apa kata kau melawat dia?" Cadang Ayase.

Aku melihat majalah itu. "Aku tidak pasti kalau aku boleh pergi." Kataku sambil membaca sinopsis filem itu. Filem yang Mio berlakon kali ini ialah Dark Moon. Di dalam filem Dark Moon, Mio memegang watak sebagai seorang adik perempuan yang tidak pernah diterima oleh kakaknya kerana ibu mereka mati akibat cuba menyelamatkan Mio daripada kemalangan. Sepuluh tahun kemudian, watak yang Mio pegang itu cuba membalas dendam kepada keluarganya dengan merampas segala milik kakaknya, termasuk cinta. Di dalam majalah itu tertulis yang mereka menerima Mio sebagai pelakon watak adik yang tersisih kerana eksperasi wajahnya yang begitu sedih dalam muzik video Chiaki Rei. Eksperasi wajah yang sedih itu telah menggerakkan hati pengarah untuk memberi watak adik yang tersisih kepada Mio. Nampaknya, Mio akan terlibat dengan dunia hiburan lagi.

Akiyama Mio POV

Aku menerima tawaran untuk menjadi pelakon dalam filem Dark Moon kerana aku merasakan watak yang mereka tawarkan kepada ku hampir similar dengan kehidupan aku tetapi jika aku baca sinopsis filem ini, dia lebih mirip kepada kehidupan Ian. Aku percaya yang aku boleh membawa watak ini. Semenjak aku menjadi pelakon, aku jarang kembali ke rumah. Jika aku kembali pun, mungkin lewat malam. Aku tidak memberitahu keluarga Akiyama yang aku terlibat dalam dunia hiburan. Lagipun, tiada guna untuk aku memberitahu mereka. Lambat atau cepat, aku harus menyara kehidupan aku sendiri memandangkan aku mempunyai niat untuk meninggalkan keluarga itu.

Melibatkan diri dalam dunia hiburan merupakan salah satu cara untuk aku mendapatkan wang. Hasil daripada kerjaya muzik ku, aku berupaya membeli sebuah kereta. Manakala, sebuah lagi kereta ialah anugerah bapa angkat ku kepada ku. Sekarang, aku menggunakan kereta yang diberi oleh bapa angkat ku untuk ke mana-mana. Manakala sebuah lagi kereta, aku simpan. Apabila aku ingin menyembunyikan diri, aku boleh bertukar kereta tanpa keluarga Akiyama tahu.

"Kau terlibat dalam bidang hiburan?" Suara lelaki yang paling aku benci kedengaran. Aku tidak menjawab dan mata ku masih terpaku pada skrin telefon bimbit. "Abang nak kau keluar dari dunia hiburan." Tegas lelaki tak guna itu. Aku meletakkan telefon ku di meja lalu memandangnya.

"Kalau saya tak mahu?" Soalku. Dengan ganas, Ryou datang dan cuba menampar ku. Disebabkan aku sudah biasa kena tamparannya, aku sudah boleh duga bila tamparannya akan hinggap di muka. Di saat tangannya hampir terkena muka ku, tangan sebelah kanan ku dengan pantas memegang tangan Ryou. Aku memberi renungan maut kepada Ryou. "Aku tidak akan membiarkan kau menyetuh muka ku." Kataku.

Ryou tersenyum lalu menempis tangan ku. "Oh, nampaknya kau semakin berani. Kau sedar yang kau bukan sesiapa di dalam rumah ini." Kata Ryou. Aku hanya diam. Tangan kiri ku perlahan-lahan mencapai gunting di atas meja. Kemudian, wajah Ryou berubah dan cuba untuk menyetuh aku melalui keganasan tetapi aku dengan pantas mengambil gunting dan mengacu kepadanya. "Jika kau berani menyetuh aku, aku berani untuk mencederakan kau. Sekarang keluar dari bilik aku sebelum tangan ini membunuh kau." Kataku sambil mengacu gunting. Ryou perlahan-lahan mengundur dan aku perlahan-lahan maju ke hadapan. Ryou mengundur dan keluar dari bilik ku. Sebaik sahaja Ryou keluar, aku mengunci pintu bilik ku bersama empat selak pintu.

Selepas Ryou muncul di dalam bilik ku secara tiba-tiba dan menampar aku, aku membuat selak di bilik ku. Malah, di hadapan bilik ku juga, aku memasang CCTV. Jika dia berani buat apa-apa kepada ku, aku akan membawa bukti itu dan menunjukkannya kepada polis. Aku sudah bosan hidup dalam ketakutan tetapi ternyataannya yang aku masih takut. Aku harap aku boleh menghilangkan diri ku di dalam dunia ini. Dunia yang penuh dengan ketakutan dan kecurigaan. 

***************************************

Hello. my readers.

Terima kasih kerana membaca cerita ini. Tolong berikan comments untuk cerita ini supaya saya boleh menambahbaikkan jalan ceritanya.

Jika mahu tahu koleksi cerita saya, boleh follow twitter saya:

Twitter: oliviaamran

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now