Chapter 47: Kekalahan yang Pasrah

87 2 0
                                    

Helen Mizuki POV

Date Suzuki, wanita yang malang. Dia baru sahaja pulih daripada sakitnya beberapa hari yang lalu. Aku memberikannya sebuah apartment yang jauh dari Tokyo. Di apartment itu, aku menggajikan seorang pembantu untuk membantu kehidupan hariannya. Di mata Suzuki, aku ialah malaikat. Tetapi di belakang, aku juga seorang syaitan kerana aku ingin membalas dendam kepada Ryou. Untuk berjaya, aku boleh menggunakan Suzuki tetapi aku tidak sampai hati kerana aku juga mengalami perkara yang sama. Aku pernah kehilangan anak aku kerana Ryou. Ryou bukan manusia lagi. Jika dia tahu Suzuki menemui aku, jika dia tahu Suzuki memberitahu segalanya, aku percaya yang Ryou pasti akan menyakiti Suzuki. Disebabkan itulah, aku menyembunyikan perempuan malang itu daripada Ryou. Demi menyembunyikan Suzuki daripada Ryou, aku meminta bantuan Haruka. Haruka mengupah beberapa orang untuk memantau keadaan Suzuki. Terima kasih kepada Haruka.

"Helen, Suzuki kelihatan baik-baik sahaja." Kata Haruka.

"Baiklah. Haruka, kalau apa-apa berlaku kepada aku kelak, jangan izinkan Suzuki kembali ke Tokyo. Perempuan seperti Suzuki, dia pasti akan cuba membantu aku daripada tangan Ryou tetapi kemunculan dia akan merbahayakan dirinya dan bayi di dalam kandungan. Oleh itu, tolong cuba sedaya upaya agar dia tidak kembali ke Tokyo." Mohon ku.

Haruka terdiam. Di saat itu, setiausaha ku masuk. "Cik Helen, segalanya sudah siap. Penilaian pertandingan itu bermula." Kata setiausaha ku. Aku mengangguk lalu berjalan keluar dari pejabat.

Aku masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan wajah tenang. Manakala bibir Ryou tersenyum lebar. Aku tahu yang dia akan menang dan aku akan kalah tetapi aku hadir juga mesyuarat kerana aku ada rancangan lain. "Akiyama Group diminta untuk membentangkan rekaannya." Umum juru acara. Aku terdiam. Di saat itu, Ryou bangun dengan bangga sekali dan membentangkan rekaan yang dia ciplak dari tangan ku.

Sepanjang perbentangan itu dijalankan, aku hanya diam. Apabila tiba giliran aku untuk bentang, aku membentangkan segalanya seperti biasa. Aku bentang segalanya seperti rancangan ku walaupun aku tahu yang aku akan kalah kelak. Selepas perbentangan dilakukan, undian pun dilakukan. Majoriti menunjukkan Ryou pemenang untuk pertandingan ini. Aku hanya bertepuk tangan sahaja. Kemudian, sekumpulan pihak media datang dan serbu bilik mesyuarat di saat Ryou dijemput untuk memberi ucapan. "Memandangkan saya sebagai pemenang, saya akan mengumumkan sesuatu. Sebulan daripada sekarang, saya dan Pengerusi Helen Mizuki akan melangsungkan perkahwinan." Umumnya dan pihak media menangkap gambar Ryou. Tetapi di saat itu, di skrin projector, muncul video mengenai rancngan kotor Akiyama Ryou.

"Mio akan kalah. Dia tidak akan menang. Saya sudah atur segalanya papa. Rancangan bernas Mio di tangan saya. Mio pasti akan kembali kepada keluarga kita." Suara Ryou kedengaran di pembesar suara sambil gambaran di skrin projector itu menunjukkan perbualan Ryou dan bapanya.

"Ada bagusnya juga Mio tukar nama keluarga kerana rancangan kita boleh berjalan dengan lancar." Balas bapa Ryou. Aku tersenyum. Semua ahli lembaga pengarah terkejut melihat video yang tayangkan.

Kemudian, Takimachi Ian masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil berkata "Tiada siapa boleh berkahwin dengan Helen Mizuki kerana dia masih isteri saya yang sah." Apabila Ian mengumumkan perkara itu, media memberi tumpuan kepadanya. "Saya dan Helen Mizuki berkahwin semasa usia kami 17 tahun. Pada masa itu, Helen Mizuki masih dibawah jagaan keluarga Akiyama. Dengan kata lain, saya berkahwin dengan Helen Mizuki di bawah nama Akiyama Mio. Kami tidak pernah bercerai. Kami berpisah kerana paksaan keluarga. Baru-baru ini, Helen Mizuki sudah menukarkan data perkahwinannya. Dengan kata lain, perkahwinan kami berdua sememangnya rasmi kerana Helen Mizuki telah menukarkan nama di dalam dokumen perkahwinannya." Kata Ian sambil menunjukkan kad perkahwinan kami berdua.

"Kenapa Pengerusi Takimachi dan Pengerusi Helen Mizuki berkahwin pada usia yang begitu muda?" Ujur seorang wartawan. Takimachi Ian tersenyum lalu menunjukkan video di mana Ryou menyeksa aku semasa aku masih di usia remaja.

"Inilah alasan saya berkahwin dengan Helen Mizuki. Saya ingin melindunginya daripada Akiyama Ryou. Akiyama Ryou juga hampir memperkosakan Helen Mizuki. Disebabkan itu, saya berkahwin dengan Helen Mizuki tetapi Akiyama Ryou sudah memisahkan kami berdua setelah dua tahun berkahwin. Oleh yang demikian, kami berdua terpaksa memilih jalan yang berbeza." Sambung Takimachi Ian.

Selepas itu, polis hadir ke dalam bilik mesyuarat untuk menangkap Akiyama Ryou. Akiyama Ryou melarikan dirinya daripada bilik itu. Polis mengejarnya dan wartawan pula sibuk mencari Akiyama Ryou. Keadaan menjadi kalam-kabut. Rancangan ku berjaya dan bibir ku tersenyum lebar. Tetapi rancangan tidak berjaya seratus peratus kerana Ryou masih bebas walaupun hidupnya diancam.

Takimachi Ian POV

"Kakak, tolong bawa Rui ke Brooklyn bersama kakak." Kataku kepada Sara.

"Ian, kenapa?" Soal Sara.

"Selama ini saya berhenti menjadi diri saya kerana saya ingin melindungi Rui. Tetapi sekarang, saya ingin kembali menjadi diri saya yang dulu demi menyelamatkan Helen daripada Ryou. Saya tahu sebaik sahaja saya kembali menjadi diri saya yang asal untuk menyelamatkan Helen, Rui mungkin dalam bahaya. Oleh itu, saya ingin kakak membantu saya melindungi Rui." Jawabku.

Sara menghembuskan nafasnya. "Kakak tidak akan menyoalkan rancangan kau, Ian. Tapi pastikan yang Helen kembali kepada sisi kau." Kata Sara. Aku hanya mengangguk.

Selepas Rui selamat di tangan Sara, aku meminta Ryusei mencari tahu rancangan Helen. Aku berpakat dengan Helen dalam memerangkapkan Ryou. Hari ini, aku boleh melihat kejayaan rancangan aku. Untuk kali pertamanya, aku melihat yang Helen gembira. "Helen...." Aku menghampiri Helen dan memeluk pinggangnya. Helen menoleh ke arahku dengan senyuman.

"Terima kasih suami ku." Ucap Helen.

"Cough! Cough!" Haruka pura-pura batuk. "Kalau nak bermesra, rasanya tempat ni tidaklah sesuai." Tegur Haruka. Aku ketawa kecil. "Nampaknya, aku pun kena cari pasangan tersendiri." Nada Haruka kedengaran seperti cemburu dengan kebahagiaan aku dan Helen.

"Haruka, aku ingin mengucap terima kasih kepada kau. Sepuluh tahun yang lalu, kau telah banyak membantu Helen." Ujurku.

"Pengerusi Takimachi, satu komen yang paling aku rasa nak beritahu kau. Dalam banyak-banyak lelaki bergelar suami di dalam dunia yang telah aku jumpa, aku tidak pernah jumpa suami yang gagal seperti kau." Kutuk Haruka tanpa belas kasihan. Hati ku ini rasa bagai dihiris-hiris apabila mendengar kata-kata Haruka. "Walaupun kau gagal menjadi suami tetapi kau berjaya menjadi bapa. Kau menjaga anak kau dan Helen dengan penuh kasih sayang." Kata Haruka. Bibirku hanya tersenyum. Kemudian Haruka memandang ke arah Helen. "Helen, aku harap kau telah menemui kebahagiaan kau. Satu lagi yang aku nak beritahu kau, malam ni cuba fikir untuk cari posisi yang boleh menggoda lelaki." Kata Haruka lalu menjelir lidah kepada Helen. Helen menanggalkan kasut lalu baling kepada Haruka. "Ganasnya!" Tegur Haruka lalu berjalan keluar.

Aku menyentuh bahu Helen. "Aku masih belum beritahu Rui yang kau ialah ibu kandungnya. Tetapi aku harap kau boleh kembali hidup bersama aku." Kata ku kepada Helen.

Helen menyentuh tangan ku lalu menggelengkan kepalanya. "Aku akan kembali kepada kau apabila Ryou ditangkap oleh polis." Balas Helen. Jawapannya amat mengecewakan aku. 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now