Chapter 25: Di Sini, Perselisihan kita

113 2 0
                                    

10 tahun kemudian

Takimachi Ian POV

Tiga tahun aku berada di Shanghai mengurus Nanling Corperation. Itu bererti tiga tahun juga Ryusei menjadi pemilik untuk Takimachi Group. Setelah Ryusei berjaya menstabilkan Takimachi Group, aku kembali ke Tokyo bersama Takimachi Rui yang pada masa itu usianya dalam lingkungan tiga tahun. Selepas aku kembali ke Jepun, aku mengupah beberapa orang penyiasat peribadi untuk mencari keberadaan Mio tetapi semuanya gagal. Lima tahun aku berusaha menjejak isteri aku, malangnya usaha aku sia-sia kerana tiada seorang pun mengetahui keadaan Mio. Ramai orang menyatakan yang Mio mungkin mati kerana membunuh diri. Namun, hati aku enggan untuk mempercayai itu sebab aku percaya yang Mio tidak akan mensia-siakan hidupnya.

Selama lima tahun aku mencari dia, akhirnya aku berjaya menemui Mio. Malangnya, aku mengetahui kewujudan Mio bukanlah melalui pertemuan peribadi. Aku mengetahui kewujudannya melalui media massa. Dia menukar namanya sebagai Helen Mizuki dan mempopularkan dirinya sebagai pianist serta model. Kecantikannya lebih menyerlah daripada sebelumnya. Namun, ada yang berbeza tentang diri Mio. Anak matanya seperti dipenuhi dengan dendam. Senyuman di kaca televisyen merupakan senyuman pura-puraan. Cara percakapannya lebih kepada sindiran daripada kebenaran. Mio yang aku lihat selepas lapan tahun amat berbeza. Disebabkan perubahan diri Mio, hati aku enggan menemuinya. Bukan itu sahaja, aku juga merasakan sukar untuk membenarkan dia menemui anaknya, Takimachi Rui.

Dua tahun sudah berlalu. Hari ini genap 10 tahun aku berpisah dengan Akiyama Mio tanpa cerai. Walaupun sudah dua tahun aku tahu kewujudannya, aku masih tiada keberanian untuk menemui Mio dan menceritakan segalanya kepadanya. Namun, dendam aku masih belum tamat. Takimachi Group masih lagi bersaing dengan Akiyama Group. Saham yang aku pegang di dalam Akiyama Group sekarang ialah 20%. Aku tidak membeli saham itu. Yang membeli saham tersebut ialah Yokohama Ryusei. Apabila dia menyerah Takimachi Group kepada aku, dia menyerahkan saham itu juga. Aku ingin membeli lebih banyak saham. Disebabkan itu, aku cuba menghubungi pemegang saham kedua terbesar dalam Akiyama Group. Malangnya, pemegang saham kedua terbesar Akiyama Group langsung tidak muncul dalam mesyuarat. Apabila menjadi masalah seperti ini, aku merasakan yang aku ingin muncul sahaja dalam mesyuarat. Malang sekali, aku juga tidak pernah muncul. Setiap kali mesyurat, aku pasti akan menghantar seseorang untuk mewakili ku. Jika keadaan begini terus berlalu, aku tidak akan mampu mengalahkan Akiyama Ryou.

"Papa, kenapa papa nampak sedih?" Tetiba anak aku masuk ke dalam bilik. Aku dan Takimachi Rui tinggal berasingan daripada rumah induk keluarga Takimachi. Aku melakukan hal itu kerana aku ingin menyembunyikan kewujudan anak aku daripada pengetahuan Ryou. Disebabkan itulah, aku tinggal di Villa Lan milik keluarga Takimachi.

Aku mengangkat anak aku yang berusia 10 tahun itu lalu meletakkannya di atas katil. "Tiada apa. Papa hanya runsing tentang kerja-kerja papa." Balasku kepada Rui. Rui tidak memahami situasi aku. "Kenapa tak tidur lagi?" Soalku.

Rui seperti mengeluh. "Papa, Helen Mizuki mengadakan konsert di Tokyo. Saya ingin pergi." Pinta Rui sambil menunjukkan iklan konsert di dalam Ipadnya. Aku terkaku dan terdiam seketika. "Papa pasti tidak mengizinkan saya pergi." Ya! Setiap kali Helen mengadakan konsert dan Rui meminta untuk pergi, aku pasti memberi seribu alasan. Aku takut jika Helen menemui Rui. "Papa, bolehlah izinkan Rui pergi. Rui ingin melihat bagaimana pianist professional bermain piano." Rayu Rui. Melihat air mata anak ku, aku tidak sanggup mengatakan tidak kepadanya.

"Baiklah. Papa akan menemani kau." Aku membenarkan dia pergi tetapi aku akan ikut bersama. Di sana, aku akan memastikan yang Mio tidak akan menemui anak ku. Maafkan aku, Helen. Masih belum tiba masanya untuk kau menemui anak engkau. Aku akan menentukan masa yang tepat untuk kau menemui anak engkau. Bisik hati ku sambil memeluk Rui.

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now