Akiyama Ryou POV
Dalam dunia perniagaan, aku mungkin tidak mampu menewaskan Helen Mizuki, pengerusi Genius Global. Aku tidak menyangka yang Mio akan membangun sampai tahap ini. Mio menghilangkan diri selama sepuluh tahun. Dalam tempoh tersebut, dia bangkit dengan menunjukkan kejayaannya serta membina satu empayar dalam dunia perniagaan. Akiyama Group jauh tertinggalan. Dahulu, Akiyama Group merupakan sebuah empayar yang digeruni ramai ahli perniagaan tetapi sekarang, Akiyama Group tidak setanding dengan dahulu.
Aku tahu yang Mio kembali ke Jepun kerana dendam. Jika bukan kerana dendam, kenapa dia ingin menjadi ahli lembaga pengarah Akiyama Group sedangkan kekuasaan yang dia ada sekarang ini membolehkan dia memandang rendah kepada Akiyama Group. Dia boleh memijak Akiyama Group jika dia mahu tetapi sebaliknya dia menawarkan bantuan. Bantuan itu bukanlah bantuan ikhlas. Aku tahu bantuan itu ialah bantuan untuk memerangkap aku. Tetapi jika aku tidak menerima tawaran itu, Akiyama Group akan musnah. Dia menjadi penyelamat dan pemusnah.
"Ryou, kenapa kau termenung?" Soal Sui yang sedang duduk di sofa sambil memegang segelas vodka.
"Akiyama Mio sudah kembali." Kenji dan Sui kelihatan terkejut tetapi tidak kepada Subaru. Subaru kelihatan tenang tetapi resah. "Dia kembali dengan identiti Helen Mizuki. Mewarisi semua harta dan kekayaan keluarga Mizuki serta menggabungnya di dalam sebuah syarikat yang dia bina sendiri, iaitu Genius Global. Genius Global ialah sebuah syarikat yang memonopoli bidang rekaan tetapi dalam pada masa yang sama, Genius Global mempunyai beberapa syarikat di bawah bidang lain seperti penghotelan, pelancongan, model, muzik, industri dan lain-lain. Mendapat sokongan daripada dua benua besar, iaitu Eropah dan Asia. Malah Genius Global cukup berpengaruh. Ramai ahli perniagaan tidak tahu pemilik sebenar Genius Global kerana pengerusinya jarang muncul di dalam mesyuarat atau pertemuan sesama ahli perniagaan. Tetapi siapa sangka yang model terkemuka, Helen Mizuki ialah pengerusi Genius Global." Jelasku dengan nada tenang tetapi hati aku gementar.
"Jadi, Mio ialah pengerusi Genius Global? Bagaimana dia boleh menaikkan syarikatnya dengan begitu pantas? Bukan mudah untuk dia menjadi seperti itu." Kata Sui.
Aku menggigit bibir bawah ku untuk mengawal rasa gementar ku. "Adakah ini pengaruh Takimachi Group?" Soal Kenji. Aku menggelengkan kepala ku. Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh menjadi jutawan dalam masa sepuluh tahun.
"Kesakitan!" Dalam keadaan buntu, Subaru bersuara. "Kamu bertiga sudah tentu fikir kejayaan Mio ialah sesuatu yang mustahil untuk dicapai tetapi jika dia mencapai kejayaan itu dengan hati yang sakit, dia pasti berjaya." Sambung Subaru sambil merenung papan catur di meja.
"Subaru, apa yang kau maksudkan?" Soal Kenji. Aku juga tidak memahami ayat Subaru.
Subaru berhenti melihat papan catur lalu memandang kami semua. "Kamu semua tahu yang aku ini anak kepada pemilik Kudo Automotive Manufacture. Walaupun kita berkawan lama, ada sesuatu yang kamu semua tidak tahu tentang aku. Tetapi aku tidak ingin memberitahu kamu juga tentang perkara itu." Subaru membuat kami bertambah keliru. "Lahir dalam sebuah keluarga yang kaya-raya tetapi hanya kesakitan yang dirasai. Kerana kesakitan itu, aku bangun untuk menjadi lebih baik dan membuat mereka tunduk kepada ku walaupun mereka ialah orang yang berkongsi pertalian darah dengan ku. Tetapi apabila aku mencapai semua itu, aku tidak mampu berhenti atau kembali kepada mereka. Melihat wajah mereka, dunia ku bergegar dan mampu musnah. Disebabkan itu, aku tidak akan membiarkan mereka melangkaui aku meskipun aku yang akan membantu mereka." Tangan aku terus bergetar selepas mendengar kata-kata Subaru.
"Apa yang kau cakap Subaru? Kami tahu yang kau bersikap dingin tetapi janganlah tunjuk sikap dingin kau kepada kami. Relaks!" Kata Kenji sambil ketawa. Malangnya tangan ku amat gementar sehingga aku tidak mampu menghentikannya.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...