Helen Mizuki POV
Matahari memasuki jendela. Aku terjaga dari tidurku. Seluruh tubuh ku masih sakit. Namun, aku sedar apa yang sedang berlaku kerana tangan Ian masih memeluk pinggang ku. Aku cuba menoleh melihat wajah Ian yang sedang tidur. Namun, aku mengejutkan Ian apabila aku berasa sakit di bahagian intim. "Tubuh kau okay?" Soal Ian dalam keadaan mata terpejam.
"Okay tetapi rasa sakit sedikit." Jawabku. Ian memelukku dengan erat di dalam selimut.
"Maaf sebab aku terlalu kasar." Bisik Ian.
"Tidak mengapa. Ini bukan kali pertama kau begini. Sepuluh tahun yang lalu juga kau pernah agresif seperti ini." Balasku. Sudah tentulah aku tahu tabiatnya. Ian ialah suami aku. Namun, aku berasa aku membuat salah apabila aku mengadakan hubungan seks dengan Ian. Dendam masih belum tamat tetapi aku sudah membenarkan suami aku menyentuh tubuh ku. Berita paling seronok hari ini, aku tidak boleh bergerak sebab sakit seluruh badan. Semalam Ian seperti harimau kelaparan. Dia memakan aku banyak kali. Namun, semua yang berlaku ialah impian aku. Aku ingin bangun tidur di sebelah suami ku dan melihat wajahnya setiap pagi.
Tangan ku perlahan-lahan menyusap pipi Ian. Wajahnya kelihatan matang daripada sebelumnya. "Kenapa?" Soal Ian yang masih pejam mata.
"Aku merasakan semua ini bagai mimpi. Aku fikir aku mungkin tidak akan bangun tidur di samping kau lagi setelah sepuluh tahun." Balasku sambil tangan ku menyusapnya.
"Ke mana kau menghilang selama lapan tahun? Aku tahu yang kau baru sahaja kembali ke Tokyo pada dua tahun lalu." Kali ini matanya menatap mata ku semasa dia menyoal.
Aku mengalih pandangan ku. Mataku memandang ke siling bilik. "Aku berhijrah ke Lake Como di Itali. Setelah aku kehilangan kebahagiaan aku, aku membuat keputusan yang nekad. Aku menukar nama aku dan pergi berhijrah ke Lake Como sebagai pelajar muzikal. Sebelum aku pergi ke Lake Como, aku membuang segalanya mengenai Akiyama Mio. Hidup sebagai Akiyama Mio amat menderita. Apa guna lagi hidup sebagai Akiyama Mio jika suami serta anak aku hilang di tangan Akiyama Ryou? Menjadi Helen Mizuki lebih baik kerana Helen Mizuki mampu membuat banyak keputusan, tidak kiralah keputusan itu baik atau tidak." Luahan aku kepada Ian.
"Sekarang kita sudah dewasa. Kita boleh bersatu dan aku juga lebih kuat untuk menentang Ryou." Kata Ian sambil bermain dengan jari ku.
Aku menggelengkan kepala ku. "Ian, aku tidak boleh hidup sebagai isteri kau lagi. Masih banyak perkara yang belum aku selesaikan. Jika aku kembali ke pangkuan kau, segala yang aku bina akan hancur." Balasku.
"Kau tidak takut? Kau yakin kau cukup kuat?" Ian kelihatan serius ketika menyoal soalan itu.
"Ian, kebahagiaan aku sudah musnah. Aku kehilangan segalanya. Jadi, tiada apa yang perlu aku takut lagi sebab tiada apa yang bakal aku hilang di tangan Akiyama Ryou. Namun, terima kasih kerana kau memberikan malam yang indah semalam untuk aku." Kata ku sambil air mata mengalir.
Ian mengelap air mata itu lalu memeluk aku dengan erat. Aku mampu menghidu bau tubuh Ian. "Terima kasih kerana kau tidak menolak aku semalam." Balas Ian. Ian seolah-olah memahami aku. Namun, aku tidak pasti sama ada Ian memahami aku atau tidak. Tidak kisahlah. Asalkan aku boleh merasakan detik kebahagiaan untuk seketika.
Takimachi Ian POV
Petang itu selepas aku selesai kerja di pejabat, aku menemui Ryusei di kolam renang rumahnya. Aku dan Ryusei berenang bersama. Selepas tiga pusingan kami berenang, aku keluar dari kolam mandi dan duduk di kerusi berhampiran dengan kolam. "Badan kau penuh dengan kesan cakaran. Sejak bila kau belajar tidur dengan perempuan lain selain Mio? Oh, silap! Dia sekarang ialah Helen." Sindir Ryusei lalu meminum air mineral.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...