Akiyama Mio POV
Pagi Ahad, Ian menghantar aku ke tempat aku selalu berlatih piano bersama Chiaki Rei. Sejujurnya, Chiaki Rei ialah pelajar kepada Mizuki Naoki. Boleh dikatakan Chiaki Rei mengetahui hampir 80% latar belakang ku. Hanya ada satu sahaja yang Chiaki Rei tidak tahu, iaitu tentang layanan Ryou terhadap ku. Aku tidak pernah menceritakan itu kepada Chiaki Rei kerana aku risau jika dia melakukan sesuatu. Chiaki Rei menyayangi aku sebagai ahli keluarganya. Aku tahu yang dia tidak akan membiarkan aku menderita. Disebabkan Ian mengikut ku ke tempat latihan piano, aku terpaksa memberitahu Chiaki Rei bahawa Ian ialah teman lelaki ku.
Aku menyangkakan yang Chiaki Rei akan terkejut tetapi sebaliknya dia tersenyum. Dia memberitahu aku bahawa dia pernah menemui Ian sebelum ini. Pada masa itu, Ian sedang melihat aku bermain piano di pusat latihan. "Jadi selama ini kau ialah stalker aku?" Soalku kepada Ian dengan senyuman sindiran.
"Aku hanya nampak secara kebetulan." Balas Ian. Aku tahu yang Ian agak berlagak dan tidak mahu mengaku. Tetapi sekurang-kurang apabila dia bersikap begitu, aku sedar dialah Ian yang aku kenal.
Sekitar jam 11 pagi, aku menerima mesej daripada Sara menyoalkan tentang Ian. Aku membalas mesej itu dengan menyatakan "Aku tidak tahu." Tidak berapa lama selepas mesej itu dihantar, Sara menelefon aku. "Aku pergi ke tandas sekejap." Aku meminta izin kepada Chiaki Rei dan Ian yang sedang berbual. Mereka berdua hanya mengangguk.
Dalam perjalanan ke tandas, aku menjawab panggilan Sara. "Mio, aku tahu yang kau tahu keberadaan Ian, kan? Mio, aku harus bertemu dengan Ian. Aku ingin minta maaf kepadanya." Aku mendengar suara Sara menangis. Aku tidak berkata apa-apa. Aku masuk ke dalam bilik air menanti Sara berkata sesuatu. "Mio, aku tahu kau dengar apa yang aku katakan. Aku tahu kau diam kerana kau marah kepada aku. Tetapi aku benar-benar ingin menemui Ian." Kata Sara lagi.
"Apa yang membuat kau berubah fikiran? 16 tahun kau membenci dia dengan memanggil dia sebagai anak iblis. Sekarang kenapa kau begitu kisah kalau dia hilang?" Soal ku.
"Mio, izinkan aku menemui Ian jika kau tahu di mana Ian berada. Aku benar-benar ingin meminta maaf kepada dia." Aku tahu yang Sara menangis tetapi aku tidak pasti tangisan itu satu keinsafan atau tidak. Aku hanya diam sahaja. Kemudian, suara seorang lelaki bercakap di dalam panggilan antara aku dan Sara.
"Mio, saya bapa kepada Ian. Sara sudah cerita segalanya kepada saya. Saya pun sudah menonton filem kamu. Saya tahu yang saya tidak sepatutnya meminta kepada kamu untuk mengizinkan saya menemui Ian tetapi.... Saya ingin meminta maaf kepada Ian." Untuk kali pertama, aku berbual dengan bapa Ian.
"Datang ke Lake Swam Musical Institution sebelum jam 1 petang." Kataku lalu mematikan telefon. Hanya itu sahaja yang aku kata kepada mereka. Jika mereka benar-benar berasa bersalah terhadap Ian, mereka akan datang ke sini dengan secepat mungkin. Aku harap kehidupan Ian akan berubah selepas ini.
Takimachi Ian POV
Dalam sekitar jam 12 tengahari, ketika aku ingin keluar dari tempat muzik itu, aku ternampak Sara dan bapa aku di hadapan pintu. Aku memandang mereka dengan renungan marah lalu cuba menutup pintu. Tetapi dengan pantas, bapa ku menahan pintu itu. "Ian, tolong dengar cakap papa sebentar." Kata bapaku. Aku tidak berkata apa-apa. Kemudian, bapa ku cukup memegang ku tetapi aku menepis tangannya lalu merenungnya dengan pandangan marah. "Nampaknya kau begitu benci papa. Ian, papa minta maaf." Apabila bapa aku berkata begitu, hati aku berasa lembut. Untuk pertama kali, aku mendengar yang bapa aku berkata maaf kepada ku. Aku hanya senyap dan tidak memandang mereka.
Mendengar papa meminta maaf kepada ku, aku menjadi keliru. Aku tidak tahu sama ada aku perlu memaafkannya atau tidak. Namun, mendengar kata maaf yang dia lafazkan, aku berasa terharu dan keliru. Selama ini, papa tidak pernah mempedulikan keadaan aku. Dia selalu sibuk dengan kerjanya. Dia tidak pernah memandang aku sebagai anaknya. Dia membuat aku seperti seseorang yang tidak wujud. Perbuatannya kepada ku amat sukar untuk dimaafkan tetapi apabila mendengar dia meminta maaf kepada ku, aku menjadi keliru.
Kemudian, Sara muncul dan memeluk ku dengan erat. "Ian, maafkan kakak. Kakak tidak sepatutnya menyalahkan kamu." Walaupun Sara memelukku, aku tidak tahu untuk menunjukkan respon ku kepada mereka. Pada masa yang sama, aku tidak boleh menolak Sara. Membenci mereka terlalu lama. Amat sukar untuk menukar perasaan ku kepada perasaan benci. Meminta maaf kepada ku secara tiba-tiba.... Terlalu berat untuk aku menerimanya.
Aku memegang kepala ku. Tetiba aku berasa penat dan pening. Dengan sekelip mata, aku rebah di hadapan Sara. Semasa aku rebah, aku mendengar papa, Sara, Mio dan Chiaki Rei memanggil nama ku tetapi aku tidak boleh memberi respon kepada mereka. Dunia ku menjadi kelam dan hati ku menjadi sakit secara tiba-tiba. Kenapa tubuh ku memberi respon begini? Ada sesuatu yang tidak kena dengan aku.
Akiyama Mio POV
Menurut doktor, Ian menerima tekanan yang amat kuat. Sebab itu dia pengsan. Aku tidak tahu yang mendengar kata-kata maaf daripada keluarganya membuatkan dia menerima tekanan sebesar ini. Sekarang, Ian terlantar di hospital. Bapanya dan Sara tidak berani masuk untuk melihat Ian. Mereka merasakan Ian masih belum memaafkan mereka. Disebabkan itu, aku menunggu Ian.
Setelah 4 jam menunggu Ian, Ian mula sedar. Dia kelihatan keliru. "Nampaknya, kau sukar memaafkan keluarga kau. Namun, lebih baik kau memaafkan mereka. Sekurang-kurangnya, kau masih mempunyai keluarga kandung yang berada di samping kau." Kataku kepada Ian sejurus sahaja dia menyedarkan diri.
"Kau tidak faham." Kata Ian sambil meletakkan tangannya di atas dahi.
"Aku rasa kau yang tidak memahami maksud kekeluargaan. Lebih baik kau memaafkan mereka sebelum kau menyesal."
"Jangan berlagak macam kau faham!" Ian melenting apabila aku berkata begitu. Aku berdiri dan menarik kolar bajunya.
"Kau tidak faham maksud kekesalan apabila kau kehilangan sebuah ikatan kekeluargaan. Kau nak tahu apa yang membuat aku kesal dalam hidup aku selain kehilangan ibu bapa ku? Aku punca abang kandung aku hilang selama-lamanya di dalam keluarga Mizuki. Jadi, jangan bercakap seperti kau faham aku sangat!" Tengking ku lalu meninggalkan Ian di dalam wad.
Tidak jauh daripada wad Ian, aku nampak Sara dan bapanya. Aku tidak berkata apa-apa dan terus berjalan keluar dari hospital dalam keadaan marah bercampur sedih.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...