Chapter 13: Nama Keluarga

153 2 0
                                    

Takimachi Ian POV

Aku baru kembali ke penthouse milik Mio daripada mengambil kereta ku di Imperial Hotel. Sekarang aku duduk di dalam bilik tidur yang Mio izinkan. Ketika aku berada di dalam bilik itu, aku mendengar bunyi muzik yang dihasilkan daripada piano. Mio sememangnya pandai bermain piano. Aku rasa dia mahir dalam piano kerana darah yang mengalir di tubuhnya. Mizuki Naoki juga datang daripada keluarga muzikal. Tidak mustahil jika anaknya boleh mewarisi bakat keturunan itu.

Muzik yang dihasilkan oleh Mio sungguh indah dan juga sedih. Namun, alunan muzik itu cukup untuk membuat orang lain beremosi. Ketika aku sedang mendengar muzik yang dimainkan oleh Mio di dalam bilik, aku mengaktifkan komputer riba ku. Tujuan aku mengaktifkan komputer riba ku kerana aku ingin mencari kejadian kebakaran pada empat tahun lalu. Aku juga ingin tahu tentang Mio ataupun Helen Mizuki.

Disebabkan bapa kandungnya ialah pianist, dengan menaip Mizuki Naoki sahaja, cukup untuk mendapat maklumat dirinya. Aku menyemak Wikipedia Mizuki Naoki. Di dalam Wikipedia itu menulis biodata Mizuki Naoki, kehidupan peribadi, anugerah diterimanya serta latar belakangnya. Di dalam Wikipedia itu juga menulis sebab kematiannya. Menurut maklumat yang disampaikan di dalam Wikipedia, Mizuki Naoki meninggal semasa usianya 36 tahun bersama isterinya, Angelia Mizuki (35 tahun) di dalam sebuah kebakaran di Hotel Grand Nikko Tokyo Daiba yang diletakkan di Shibuya. Mayat kedua-dua selebriti itu ditemui dalam keadaan berpelukan. Mereka meninggalkan seorang anak perempuan berusia 12 tahun tetapi anak mereka sampai sekarang masih hilang dan tiada maklumat tentangnya.

Kemudian, aku mencari akhbar lama yang menyiarkan berita kebakaran itu. Sesetengah akhbar melaporkan bahawa anak Mizuki Naoki dan Angelia Mizuki mungkin terkorban di dalam hotel itu juga tetapi mayat gadis itu tidak ditemui. Ada yang melaporkan bahawa Helen Mizuki masih menghilangkan diri dan ada juga yang menyatakan bahawa Helen Mizuki dijaga oleh relatif keluarga Mizuki yang tinggal di luar negara. Namun, laporan polis meletakkan status Helen Mizuki sebagai status tidak diketahui. Polis membuat spekulasi, ada kemungkinan Helen Mizuki terkorban bersama ibubapanya. Ada kemungkinan juga dia menghilangkan diri ataupun dijaga oleh relatif lain. Tiada sesiapa pun tahu tentang status Helen Mizuki. Sampai sekarang, status Helen Mizuki masih lagi berada dalam keadaan misteri.

Aku tidak berani membuat spekulasi ku. Namun, aku berpendapat bahawa keluarga Akiyama cuba untuk menyembunyikan identiti Helen Mizuki. Yang membuat aku bertambah aneh, tiada berita melaporkan bahawa kematian Mizuki Naoki dan Angelia Mizuki berkaitan dengan keluarga Akiyama. Ada kemungkinan keluarga Akiyama membayar wartawan untuk menghentikan mereka daripada menulis tentang kebakaran itu dengan lebih mendalam. Duit menjadi segalanya dalam dunia orang terkaya.

"Takimachi!, malam ini kita makan di restoran makanan Perancis yeah. Aku rasa aku tidak akan masak." Tetiba Mio membuka pintu bilik dan memaklumkan agenda malam ini. Aku mengangguk sahaja. Dia tersenyum lalu menutup pintu bilik. Aku langsung tidak sedar yang Mio sudah habis bermain piano. Selepas Mio pergi, aku menghampiri rak buku di dalam bilik itu. Di rak buku itu, terdapat sebuah album keluarga. Aku mengambil album tersebut dan melihat isinya.

Aku nampak gambar Mio semasa dia sekolah rendah. Nama sekolah rendahnya cukup membuktikan yang dia bukan belajar di sekolah sebarangan. Gambar semasa dia kecil, banyak di luar negara seperti Paris, Venice, United Kingdom, Moscow, Berlin dan negara-negara lain. Hidupnya sungguh bahagia semasa dia tinggal bersama ibubapanya. Namun, kebahagia itu musnah hanya sekelip mata. Aku menutup album tersebut dan menyimpannya semula ke dalam rak. Aku merasakan bilik yang aku duduk sekarang sebenarnya milik Helen Mizuki sebelum dia kehilangan ibubapanya. Ini kerana aku melihat portrait Helen Mizuki semasa dia berusia 11 tahun digantung di dalam bilik ini. Mio sememangnya tidak ingin memori keluarganya hilang.

Akiyama Mio POV

Ian sudah tahu siapa sebenarnya aku. Apabila aku membawa dia masuk ke Penthouse milik keluarga Mizuki, aku rasa segala rahsia ku tidak perlu disimpankan lagi. Memori yang ada di dalam rumah ini cukup memberitahu identiti sebenar ku. Namun, dengan Ian mengetahui identiti sebenar ku, aku dapat mendengar seseorang yang berada di luar dunia hiburan dan dunia muzik memanggil aku dengan nama 'Helen'. Aku rindu nama itu dipanggil. Terima kasih kepada Ian. Disebabkan dia memanggil aku dengan nama 'Helen', aku merasakan yang diriku tidak hilang di dunia ini.

Ketika aku sedang bersandar di tepi katil, aku mendengar pintu bilik ku diketuk. "Helen!" aku tahu Ian yang memanggil ku.

"Masuklah!" Jawabku. Ian datang dan duduk di sebelah ku. "Kenapa?" Soalku kepada Ian.

"Maafkan aku jika aku memeriksa latar belakang kau. Tetapi, aku boleh tahu kenapa berita kematian ibubapa kau macam tiada kaitan dengan keluarga Akiyama?" Bibirku membisu apabila Ian mengemukakan berita tersebut.

Mengenai berita itu, sudah lama aku ketahui. Semasa aku berusia 13 tahun, aku membaca semua laporan akhbar. Tiada satu pun akhbar melaporkan ibubapa aku terkorban kerana cuba menyelamatkan keluarga Akiyama. Keluarga Akiyama sememangnya melakukan sesuatu untuk tidak membabitkan nama mereka di dalam akhbar.

"Keluarga Akiyama tidak ingin kejadian itu membabitkan diri mereka. Jika boleh, mereka ingin menghapuskan segalanya yang berkait dengan kejadian keluarga Mizuki, termasuklah dengan menukarkan identiti aku kepada Akiyama Mio. Setelah mereka menukar identiti aku sebagai Akiyama Mio, Helen Mizuki akan lenyap dalam dunia ini. Cara itulah yang mereka gunakan untuk menyembunyikan Helen Mizuki. Disebabkan mereka menukar identiti, tiada sesiapa pun dapat menjejaki Helen Mizuki." Jelasku. Aku sudah tahu niat mereka.

"Kau pasti marah kepada mereka?" Soal Ian.

"Aku tidak marah. Apabila aku tahu perbuatan mereka, aku membenci mereka. Namun, disebabkan mereka juga, aku terlindung daripada wartawan. Ibubapa angkat ku melayan aku seperti anak mereka sehinggakan aku tidak sanggup untuk mengkhianati mereka. Aku tahu mereka melayan aku seperti itu kerana rasa bersalah mereka kepada keluarga kandung ku. Hidup ku akan menjadi lebih bahagia jika Ryou mampu menerima ku. Yang membuat aku menderita hanyalah Ryou. Ryou melayan aku seperti satu ancaman yang mampu merampas semua miliknya. Ryou selalu kata selagi aku membawa nama Akiyama, aku harus menjadi seperti keluarga Akiyama dan anggap yang diri ku milik keluarga Akiyama. Namun, pada masa yang sama, dia selalu kata yang aku hanya pembawa nama Akiyama dan bukannya darah keluarga Akiyama. Dengan kata lain, dia menganggap aku orang luar." Balasku.

"Disebabkan itulah Ryou selalu menyeksa kau?" Tanya Ian lagi.

Aku mengangguk. "Disebabkan Ryou layan aku begitu, aku ingin mendapatkan nama aku semula. Apabila aku cukup usia 21 tahun, aku ingin menjadi Helen Mizuki semula. Namun, apabila menjadi Helen Mizuki semula, ada kesan buruk dan kesan baiknya. Kesan baiknya, aku mendapat hidup bebas dan menjadi diri ku. Ryou juga tiada hak untuk menyetuh ku. Kesan buruknya pula, media pasti akan membuat spekulasi yang buruk tentang keluarga Akiyama memandangkan mereka menyembunyikan identiti ku."

"Pasti sukar hidup kau, kan?" Kata Ian.

Aku tersenyum di dalam kesedihan. "Namun, menjadi Akiyama Mio akan membuat Helen Mizuki lenyap selamanya. Jalan lain yang boleh aku keluar dari keluarga Akiyama ialah dengan berkahwin. Jika aku berkahwin, nama keluarga aku pasti akan berubah mengikut nama suami."

"Kalau begitu, kahwin sahaja dengan aku. Nama kau akan menjadi Helen Takimachi." Aku ketawa sebaik sahaja Ian berkata begitu tetapi kata-katanya ada benar juga. Kalau aku berkahwin dengan Ian, aku akan bebas daripada keluarga Akiyama.


Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now