Helen Mizuki POV
Setelah aku berjaya memujuk Rui, aku menelefon Sara dan memberitahunya untuk mengambil Rui di taman tetapi Sara tidak boleh kerana dia amat sibuk. Aku juga menelefon Ian tetapi Ian tidak dapat dihubungi. Disebabkan itu, aku terpaksa membawa Rui ke pejabat ku. Aku bekerja manakala Rui pula bermain di dalam pejabat aku.
Jam 10 malam, kerja aku di pejabat sudah selesai. Aku menghubungi Ian dan Sara sekali lagi. Kali ini kedua-dua mereka gagal dihubungi. Manakala, Rui pula sudah tertidur. Nampaknya, aku terpaksa menghantarnya pulang ke rumah. Aku mengejut Rui yang sedang tidur. Apabila dia sedar, aku mengajaknya pulang. Aku tidak pernah tahu di mana Ian tinggal selepas kami berpisah. Ternyata Ian tinggal di Villa Lan, iaitu salah sebuah villa milik keluarga Takimachi. Aku menghantar Rui sehingga ke dalam rumah. "Tuan Rui!" Panggil salah seorang pembantu rumah Ian.
"Saya hanya hantar dia ke pulang. Jaga dia baik-baik!" Kataku. Pembantu rumah tersebut mengangguk. Namun di saat aku ingin keluar dari rumah itu, Rui memegang tangan ku.
Aku memandang Rui. Wajahnya sayu. "Boleh mama bermalam di sini?" Sebutnya. Pembantu rumah itu terkejut dan cuba meminta maaf kepada aku tetapi aku menghentikannya. "Mama, Rui nak tidur dengan mama." Katanya lagi.
Aku memandang wajah pembantu rumah tersebut. "Jangan risau. Saya tahu bagaimana perasaan Rui apabila dibesarkan tanpa ibu." Kataku kepada pembantu rumah.
"Tetapi...." Sekali lagi aku menghentikannya.
"Saya akan tidurkan dia. Apabila bapanya kembali, panggil saya." Kataku kepada pembantu rumah. Dia mengangguk sahaja. Kemudian, aku memandang Rui dengan wajah tersenyum lalu membimbingnya sehingga ke bilik tidur.
Malam itu, aku menguruskan Rui seperti anak ku. Aku menyuruh dia membersihkan dirinya dan aku juga menyediakan pakaian tidurnya. Apabila dia baring di atas katil, aku duduk di sebelahnya dan membelainya seperti seorang ibu. Malangnya, tidak berapa lama selepas mendodoikan Rui, aku tertidur di sebelahnya akibat keletihan. Namun, apabila Rui berada di samping aku, aku merasakan seolah-olah anak ku yang mati itu kembali. Walaupun aku dan dia bukan mempunyai pertalian darah, tetapi adanya Rui membuatkan aku berasa tenang.
Takimachi Ian POV
Aku pulang ke rumah agak lewat. Aku melihat telefon bimbit ku dan aku nampak panggilan daripada Helen. Aku ingin menghubunginya tetapi jam sudah melepasi 12 tengah malam. Helen pasti sudah tidur. Keadaan rumah juga sunyi. Aku terus menaiki tangga dan berjalan masuk ke bilik ku. Apabila aku tiba di bilik ku, aku meletakkan beg kerja di atas meja lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Di dingin hari, aku membersihkan tubuh ku serta menyalin pakaian.
Aku sememangnya kepenatan tetapi sebelum aku tidur, aku pasti akan menjenguk keadaan Rui terlebih dahulu. Aku pergi ke bilik Rui dan membuka pintu biliknya. Mataku terbeliak sebaik sahaja aku melihat Helen dan Rui tidur berdakap antara satu sama lain. Sejak bila Helen datang ke rumah ku? Itu persoalan pertama ku. Aku menjenguk ke luar tingkap. Dari tingkap bilik Rui, aku boleh nampak kereta Helen. Selalunya aku alert dengan benda-benda begini tetapi disebabkan aku terlalu penat, aku tidak perasan bahawa ada kereta lain di halaman rumah ku.
Kemudian aku kembali melihat keadaan Helen dan Rui. Aku tidak sampai hati untuk mengejutkan Helen yang sedang tidur bersama Rui. Tambahan pula, mereka ialah ibu dan anak. Aku duduk di sebelah Rui lalu mengucup dahinya. "Good night, son!" ucapku kepada Rui. Selepas mengucup dahi Rui, aku mengucup pipi Helen. "Good night, wife." Bisikku. Aku mencapai selimut tambahan di dalam almari Rui lalu menyelimut tubuh Helen. Mereka berdua tidur nyenyak sekali. Perlahan-lahan aku berjalan keluar dari bilik Rui lalu kembali ke bilik tidur ku.
Aku membaringkan tubuh ku di katil sebaik sahaja tiba di bilik. Namun, malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Aku masih teringat keadaan Helen dan Rui di atas katil. Aku berasa bersalah sekali terhadap mereka. Walaupun mereka tidur bersama tetapi mereka tidak tahu yang mereka ialah ibu dan anak. Banyak kali aku berkata kepada diri ku yang aku akan memberitahu Helen tentang Rui tetapi setiap kali aku ingin melafazkannya, aku takut aku dibenci oleh Helen. Disebabkan itu, aku membiarkan keadaan ini berlaku. Helen, maafkan aku kerana aku tidak mampu memberitahu kau bahawa Rui ialah anak kandung kita. Anak kita masih hidup dan sihat.
Helen Mizuki POV
"Selamat pagi, mama!" Ucap Rui sebaik sahaja aku tersedar. Dia masih berada di tepi ku dengan baju tidurnya.
"Selamat pagi, sayang" Ucapku kembali. Rui tersenyum lalu turun dari katil.
"Papa pasti pulang malam tadi. Jika tidak mama tidak akan tidur berselimut." Apabila Rui berkata begitu, barulah aku perasan yang di atas tubuh ku ada selimut lain. "Papa!" Jerit Rui lalu berlari ke arah pintu dan memeluk Ian. "Good Morning, papa!" Ucapnya lalu mengucup pipi Ian.
"Good morning, son!" Ucap Ian sambil menyusap rambutnya. "Rui pergi mandi dulu. Papa ingin bercakap dengan Helen Mizuki seketika." Kata Ian dengan nada lembut.
Rui berlari ke arahku lalu memelukku. "Papa jangan marah dia. Mulai hari ini, dia akan jadi mama Rui." Ian terkejut apabila Rui berkata begitu. Dia mengelip matanya beberapa kali seperti dia tidak mempercayainya. Anak Ian sungguh bertenaga dan bersemangat.
"Rui, kamu pergi mandi. Mama ingin bercakap dengan papa." Pujuk ku. Rui mengangguk lalu berlari masuk ke dalam bilik air.
Selepas bayangan Rui hilang, Ian datang ke katil dan duduk di sebelah ku. Dia datang dengan membawa sebuah beg kertas. "Nanti salin baju lain." Katanya. Aku mengangguk. "Terima kasih kerana menjaga Rui. Semenjak aku menjadi Pengerusi Takimachi Group, aku tidak mempunyai banyak waktu bersama Rui." Luah Ian.
Aku bangun dan duduk di sebelahnya. Aku memegang tangannya. "Kau tak perlu ucap terima kasih kepada aku. Apabila Rui menjadi anak kau, itu bermaksud yang dia akan menjadi anak aku juga. Suatu hari apabila aku kembali kepada kau, Rui secara langsungnya akan menjadi anak aku." Balasku. Ian terdiam. Wajahnya memberi reaksi rasa bersalah kepada ku manakala matanya menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.
Aku terus merenungnya. "Jika aku tiada masa untuk Rui, boleh kau menggantikan posisi aku sebagai warisnya? Aku tidak ingin membebankan Sara." Ujur Ian. Aku mengangguk. Mungkin disebabkan Ian risau tentang keadaan Rui, dia jadi gelisah. Namun, kehadiran Rui dalam keluarga Takimachi mampu menggantikan posisi bayi aku yang sudah lama tiada.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...