Chapter 5: Musuh Ketat!

249 8 0
                                    

Akiyama Mio POV

Aku tidak kembali ke rumah semalam. Aku memilih untuk tidur di sebuah apartment milik bapa ku. Hanya apartment itu sahaja keluarga Akiyama tidak tahu. Jadi apartment itu ibarat tempat persembunyian aku. Apabila hari menjelang pagi, aku pergi ke sekolah dengan pengangkutan awam. Aku selalu tiba di sekolah tepat pada masanya. Di saat aku melangkah kaki masuk ke kelas, aku menyedari bahawa seluruh kelas kecoh. Mataku memandang Ian. Ian kelihatan melakukan sesuatu hal yang nakal lagi. Kali ini dia mengarah semua pelajar lelaki membaling belon berisi tepung kepada guru. Kelas menjadi bising dan tidak terkawal. Manakala, guru kelas kami pula hanya menangis. Seorang guru lelaki cuba menyelamatkan keadaan tetapi terhenti apabila dia melihat Ian. Aku perasan yang Ian memegang sesuatu yang boleh mengancam mereka.

"Mio, Takimachi Ian buat hal lagi." Kata Ayase.

"Apa kita nak buat?" Soal Maya kepada ku. Aku tidak berkata apa-apa lalu berjalan keluar dari kelas. "Mio! Mio!" Maya memanggil nama ku beberapa kali tetapi aku tidak mempedulikan panggilan itu. Aku pergi ke mesin minuman automatik dan membeli air botol berkarbonat coca-cola. Aku kembali ke kelas lalu masuk ke pintu belakang di mana tempat Ian sedang duduk sambil mendengar lagu dengan tangan yang sedang mengoncang botol air berkarbonat. Tanpa aku berkata apa-apa, aku menghala muncung botol coca-cola itu lalu membuka penutupnya. Air coca-cola itu keluar dan memercik ke wajah Ian. Semua pelajar terdiam sejurus sahaja mereka sedar perbuatan ku kepada Ian.

"Mio-chan!!!!" Jerit sahabat-sahabat ku.

"Pulangkan benda yang sepatutnya menjadi milik guru kita." Kataku kepada Ian. Ian tersenyum sinis lalu menarik rambut ku yang Panjang hingga ke paras pinggang.

"Jangan takut kepada dia." Kata Ian kepada semua pelajar lelaki di dalam kelas ku. Peperangan berlaku lagi. Aku tidak boleh berbuat apa-apa kepada Ian sebab dia menarik rambut ku. Kemudian, dia merapatkan tubuh ku ke tubuhnya. Sebelah tangannya melilit leher ku manakala sebelah lagi menunjukkan gambar di mana guru kelas kami sedang bercium dengan doktor bilik rawatan. "Cuba dapatkan jika kau boleh." Cabar Ian.

Aku menjadi bertambah marah lalu mengambil pensel di dalam poket ku dan menikam lengan Ian. Akibat kesakitan, Ian melepaskan aku. Kemudian, aku merampas gambar tersebut lalu mengoyaknya di hadapan mata Ian. "Don't you dare to mess up with me." Balasku dengan pandangan dingin. Ian menggeling ke arahku sambil melihat tangannya yang berdarah. "Jika kau mahu jahanam, sila jahanam seorang diri tetapi jangan memberi kesan kepada orang lain." Tengking ku kepada Ian. Selepas itu, aku memandang guru ku. "Jangan takut lagi. Bukti sudah hapus dan kelas boleh kembali seperti biasa." Kataku lalu kembali ke tempat duduk ku.

"Ian, kau tak apa-apa?" Soal pelajar lelaki yang lain.

"Jangan risau. Aku tidak berasa sakit pun." Jawab Ian lalu keluar dari kelas.

Aku tidak sampai hati melihat kecederaannya. Disebabkan itu, aku mengekorinya. Di saat aku keluar dari kelas mencari Ian, aku melihat dia sedang berada di padang sekolah sambil membasuh tangannya yang berdarah di singki berhampiran padang sekolah. Aku menghampiri Ian lalu menarik tangannya dan membantu dia membersihkan luka tersebut. Selepas itu, aku mencapai tisu di dalam poket 'blazer' ku dan meletakkannya di tempat luka. Aku tidak bercakap apa-apa lalu memegang tangannya dan membawa Ian ke bilik rawatan. Bilik rawatan itu tiada doktor. "Duduk." Jadi, aku menyuruh dia duduk di atas katil. Kemudian, aku mencari ubat untuk merawat lukanya.

"Kenapa?" Soal Ian semasa aku sedang merawat lukanya.

"Aku benci kau membuat aku tidak boleh belajar setiap hari, tetapi mencederakan kau ialah tanggungjawab aku. Aku tidak boleh membiarkan kau menahan kesakitan kerana luka yang aku buat." Jawabku sambil meletakkan plaster di tangan Ian selepas aku meletakkan ubat. "Aku hanya ingin suasana yang aman di sekolah. Aku harap kau tidak akan buat lagi." Kata ku kepada Ian.

Ian tersenyum. "Jika aku tidak boleh membuat kelas begitu, kau akan menjadi sasaran aku." Ujur Ian lalu menarik aku duduk di atas ribanya. Aku ingin menamparnya tetapi dia memegang kedua-dua belah tangan ku.

"Lepaskan aku, Ian." Aku protes.

"Aku janji yang aku tidak akan menganggu kau belajar tetapi aku tidak berjanji yang aku akan berhenti menganggu kau. Disebabkan itu...." Dia tidak menghabiskan ayatnya lalu mencium ku. Sebelah tangannya mengeluarkan telefon bimbit dan menangkap gambar kami berdua bercium. "Kau akan menjadi sasaran aku seterusnya." Sambungnya dengan renungan nakal. Takimachi Ian, kau sememangnya musuh ketat aku! Pada masa yang sama, aku melihat Ryou berada di luar bilik rawatan. Pandangannya seolah-olah ingin membunuh ku. Namun, jika aku mengalah dan melepaskan pelukan Ian, Ryou akan bersangka yang dia menang.

Aku tidak akan membiarkan dia berasa menang. Aku akan membuat dia terus marah dan marah kepada aku. Dengan cara itu, hidup dia tidak akan tenang. Tanpa berkata apa-apa, aku mencium leher Ian. "Jika kau menginginkan permainan, aku boleh bermain dengan kau." Bisik ku lalu menggigit leher Ian supaya mempunyai kesan. Bibirku tersenyum. "Mari kita lihat jika kau boleh berjalan keluar bilik rawatan dengan kesan 'love bites' di leher." Ancam ku. Ya! Hari ini aku membunuh dua ekor kumbang dengan seketul batu. Kemudian, aku melihat Ryou beredar dalam keadaan marah. 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now