Chapter 18: Melebihi Batasan

176 4 0
                                    

Akiyama Ryou POV

Mio semakin popular. Disebabkan itu, dia menjadi tumpuan media dan juga idaman ramai lelaki. Tambahan pula, Mio semakin berani melawan aku. Dia bukan lagi gadis yang menuruti semua kata-kata ku. Di dalam matanya, dia melihat aku sebagai musuh yang dia ingin bunuh. Aku tidak ingin dibenci olehnya tetapi aku juga tidak ingin dia menganggap aku sebagai abangnya. Disebabkan itu, aku bertindak begitu. Namun, perasaan cemburu aku tidak mampu dikawal. Aku tidak boleh lihat dia bersama lelaki lain. Masalah sekarang, dia menjadi teman wanita kepada Takimachi Ian. Takimachi Ian bukan orang sebarangan yang boleh aku pijak. Keluarganya amat berpengaruh. Tetapi hati aku tidak merelakan dia memiliki Mio.

"Haaaah!!!!!!" Teriak ku lalu mencampak gelas vodka ke lantai.

Tiga orang sahabat ku memandang ke arahku. "Ini sudah tentu pasal Mio." Ujur Hanazano Sui.

"Hurmmm.... Apa kau nak buat? Mio semakin popular. Tetapi aku memang akui yang dia amat cantik. Jika dia bukan adik kau, sudah lama aku memerangkapnya di dalam pelukan ku." Celah Takashima Kenji, lelaki buaya darat. Semua wanita dia tiduri.

"Apa yang membuat kau marah? Jika kau menghalang dia bercinta dengan lelaki lain pun, kau tetap akan menjadi abangnya sahaja sebab nama keluarga kamu berdua sama. Namun, sampai bila kau mampu menghalang Mio daripada bercinta? Fakta sains menyatakan wanita semakin matang. Lambat atau cepat, kau harus menerima kenyataan yang dia akan menjadi milik orang lain, kecuali dia kembali kepada keluarga Mizuki." Kata Kudou Subaru, lelaki paling angkuh dalam kumpulan ku.

Subaru benar. Apa pun yang berlaku, aku hanya akan menjadi abangnya. Aku ingin hubungan lebih daripada seorang abang. Aku ingin dia menganggap aku lelaki, bukannya sebagai seorang abang. "Aku ingin mengusirnya keluar dari keluarga Akiyama tetapi ibu bapa aku terlalu menyayangi dia. Mustahil untuk aku mengusirnya." Jawab ku lalu duduk bersama mereka.

"Ada satu cara sahaja yang akan membuat kau memiliki Mio selamanya. Tetapi ibubapa kau pasti akan marah kepada kau. Walaupun mereka marah, mereka pasti akan mengembalikan Mio kepada keluarga Mizuki." Tetiba Kenji mencadangkan sesuatu. Dia menghampiri ku dan berbisik kepada ku tentang rancangannya. Aku tahu rancangan itu merupakan satu jenayah tetapi cara itu, aku boleh memiliki Mio selamanya sebagai seorang wanita.

Akiyama Mio POV

Sekitar jam 11 malam, aku pulang ke rumah selepas aku selesai kerja ku di luar. Ketika aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah, aku perasan yang kereta Ryou ada di luar. Aneh! Selalunya dia pulang lewat tetapi hari ini dia pulang awal. Tidak mengapa. Mungkin dia tiada komitmen untuk dilakukan. Aku berjalan masuk ke bilik ku dengan gaun yang agak terdedah. Aku tidak suka memakai gaun seperti ini tetapi aku malas hendak menyalin pakaian. Jadi, aku pulang dengan gaun berwarna grey yang agak buka di bahagian dada dan belakang dengan skirtnya di paras paha.

Keadaan rumah agak sunyi. Bilik Ryou juga gelap. Mungkin dia sudah tidur. Jadi, aku pun masuk ke dalam bilik ku sambil tangan ku membuka sanggul rambut ku serta barang perhiasan. Selepas aku menanggalkan semua barang perhiasan di tubuh ku, aku mengambil tisu 'make up remover' lalu berjalan untuk mengunci pintu bilik sambil mengelap semua solekan di wajah. Namun, ketika aku hendak menutup pintu bilik, Ryou menarik pintu itu daripada di tutup. Bibirnya tersenyum sambil matanya menjeling ke arahku. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan kaki ku mengundur ke belakang. Ya! Aku masih takut dengannya. Bibirnya terus tersenyum seperti mempunyai maksud di sebaliknya. Apabila seluruh tubuhnya sudah di dalam bilik ku, dia menarik pintu bilik dan menguncinya. "Apa kau nak?" Soalku sambil mengelap solekan di wajah lalu membuang tisu yang sudah dipakai ke dalam tong sampah. Aku cuba untuk memperlihatkan diri ku seperti tidak takut kepadanya sedangkan hati ku gementar bagaikan mahu mati.

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now