Akiyama Ryou POV
Di dalam bidang rekaan, aku tahu yang Mio amat arif. Genius Global merupakan syarikat miliknya. Syarikat yang amat kuat dan sukar untuk digoyahkan. Aku akan kalah di dalam pertandingan ini. Tetapi hati ku amat ingin memiliki dia. Disebabkan itu, aku melakukan cara ini dengan mencuri idea Mio.
"Kau amat bijak dalam melakukan semua ini, Ryou." Ujur Subaru yang mengetahui perbuatan kotor ku.
"diamlah!" Balasku.
Subaru menggelengkan kepalanya. "Ryou, aku ingin kau berfikir dua kali. Aku risau jika keadaan menjadi lebih parah. Kau mencuri rekaan Mio dan mengakui ianya milik kau? Kau fikir itu sesuatu yang bermanfaat?" Soal Subaru. Aku hanya diam. Kemudian, Subaru maju ke hadapan dan membawa aku sekeping dokumen. "Tuhan tidak akan menyebelahi orang yang salah." Tambah Subaru sambil memberikan aku sekeping gambar serta laporan kehamilan Suzuki. "Niat kau kali ini juga akan mengharapkan masalah." Kata Subaru lagi.
"Apa maksud kau?" Soal ku.
"Suzuki ada datang menemui aku. Dia ingin bertemu dengan kau tetapi kau tiada. Jadi, dia mengirimkan dokumen ini kepada aku. Suzuki sedang hamil anak kau." Penjelasan Subaru cukup jelas untuk difahami.
"Itu mustahil. Aku dan dia melakukan send dengan berhati-hati." protes ku.
Subaru menggelengkan kepalanya. "kekadang condom tidak menjamin perlindungan. Aku sudah memberi kau amaran sebelum ini. Jangan menggunakan perempuan untuk menggembirakan hati kau. Nanti kau akan merana. Jika kau ingin menafikan Suzuki berhubungan dengan lelaki lain, itu mustahil. Kau yang menghancurkan maruah dia. Kau yang membuat perjanjian dengan Suzuki bahawa dia akan menjadi "friend with benefit" kau. Kau yang mengambil kesempatan ke atas Suzuki di saat dia susah. Sekarang, dia sudah mengandung dan kau pula masih mengejar Mio yang belum tentu menjadi milik kau. Aku tidak pernah melihat manusia seteruk kau." Subaru berceramah kepada aku.
Aku tidak boleh berkata apa-apa kepada Subaru kerana semuanya benar. Kehamilan Suzuki tidak boleh diketahui oleh sesiapa. Jika Mio tahu, rancangan aku akan hancur. "Aku akan uruskan Suzuki. Fokus aku hanya Mio. Walau apa pun yang berlaku, Mio mesti menjadi milik ku." tegas ku.
Subaru menghembuskan nafasnya. "Jangan terlalu tamak. Nanti kau akan kehilangan segalanya." balas Subaru lalu berjalan keluar dari pejabat ku.
Helen Mizuki POV
Rekaan aku sudah tiada di dalam genggaman ku. Aku tahu yang Ryou pasti mengupah orang untuk mencuri rekaan ku. Masa yang ada juga tidak banyak. Aku tidak sempat untuk memikirkan idea baru ku. "Helen?" Jian Mo memanggil ku.
"Jian Mo, aku rasa aku akan kalah dalam pertandingan ini." Balasku.
Jian Mo memelukku tanpa berkata apa-apa. Jian Mo memahami keperitan yang aku rasa. Kemudian, Jian Mo berbisik kepada aku. "Walaupun kau kalah, Genius Global tidak akan menjadi milik Akiyama Group. Aku dan suami ku akan cuba membantu kau." Bisik Jian Mo. Aku terdiam lalu menangis dalam senyap. "Jangan menangis." Bisik Jian Mo lagi.
Ryou sengaja sabotaj perancangan aku. Ryou, walaupun kau mencuri rekaan aku, kau tidak akan menang kerana aku akan memastikan yang kau kalah juga..Aku tidak akan pernah ingin kembali kepada keluarga Akiyama.
Di malam hari, aku duduk bersendirian dan cuba melakar rekaan baru. Aku tahu yang aku sudah tidak punya banyak waktu untuk melakukan rekaan baru tetapi aku ingin mencuba. "Helen, kau patut tidur. Sudah lewat ni." Tegur Hayden yang berdiri di hadapan pintu bilik kerja ku.
"Saya masih belum mengantuk, abang." Balasku sambil mata dan tangan khusyuk fokus kepada kertas pelan.
"Kau ingin menyiapkan rekaan kau secepat ini, pasti kau ada rancangan untuk memerangkap Ryou. Apa rancangan kau?" Soal abang ku.
Bibir ku tersenyum. "Saya ada salinan rekaan itu di dalam komputer saya. Kita lihat sahaja apa akan berlaku kepada Ryou nanti." Jawabku. Hayden menggelengkan kepalanya.
"Jangan tidur lewat sangat." Tegas Hayden. Aku tersenyum.
Selepas Hayden keluar, bibir yang tersenyum kembali menjadi bibir yang tidak bermaya. Aku sememangnya ada rancangan untuk membalas perbuatan Ryou terhadap ku tetapi rancangan aku, aku tidak pasti 100% akan berjaya. Harap semuanya okay pada hari perbentangan nanti.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...